Tuesday, August 19, 2014

Hitung Hari-hari

Assalamualaikum WBT.

Dengan ini saya isytiharkan bahawa, INSYALLLAH, saya akan bernikah dengan tunang saya, Azham Abara Ahmad pada 13 September 2014 pada hari sabtu bulan hadapan. Doakan saya dan tunang saya berbahagia hingga ke Jannah ye. Kenduri saya pada hari yang sama manakala kenduri pihak lelaki pula pada 16 September 2014 iaitu jatuh pada Hari Malaysia. :))

hihihi..

Jeng jeng jeng..

Pengalaman bertunang..

Pengalaman bertunang adalah suatu situasi dimana kita mengenal pasangan kita masing-masing.. Aku lah specialnya, banyak buat salah.. Ermm.. kami pun banyak berterus terang dan banyak perkara yang telah dibicarakan dan dibincangkan. Perihal yang aku tidak ketahui, jadi aku tahu dan ia suatu yang agak terkejut.. tapi aku anggap ia semua ini mematangkan diri dan tunang aku sendiri. Dari kosong-kosong hingga ke perkara-perkara yang agak details.

Kami pada awal pertunangan, cabarannya, kami agak rasa jauh.. bila mana, masing-masing jauh dan ada perkara/pekerjaan yang perlu dilakukan. Konflik antara aku dan tunang agak rasanya sampai xtahu nak cakap macam mana.. tapi kami kuat pada satu perkara iaitu pertemuan kami di Mekah di Multazam..


Bagaimana kami bersatu semula?

Kami bersatu semula selepas kami pergi kursus kahwin pada 14 Jun 2014. Dimana, aku, tunangku dan sahabatnya bersama-sama menghadiri kursus kahwin. Lepas tu, kami sedar akan tanggungjawab yang mendatang selepas kami berkahwin. Wah! makin hampir rasanya time tu nak kahwin.. uhuhu

Indahnya saat itu.. sangat indah! seperti yang aku impikan bilamana, aku dan tunang aku bersatu semula, bermesra seperti awal perkenalan. Mengambil berat antara satu sama lain, dan baru kami merancang dan atur semula perancangan perkahwinan kami.

Syukur Alhamdulillah Syukur Ya Allah.!!

Ada lagi satu perkara yang kami sendiri tak jangka akan persamaan kami.. 2 minggu sebelum raya, aku dan tunang aku berbual di telefon, kami boleh facetime? (facetime ni baru aku tahu bilamana tunangku kata, 'guna laptop mac kan?'; 'Aha'; 'Kenapa?' Cuba buka apps FACETIME kat mac. Buka-buka, boleh berbual sambil tengok muka masing-masing.. hihi) Pada mulanya, agak janggal, sebab baru aje kenal dengan apps ni.

Lama-lama, kami banyak juga berbual dan berborak sambil tengok muka. hihi. sampai satu tahap, kami gelak, aku menangis, kadang-kadang buat keje pun sambil facetime. hihi.. Dan sampai satu tahap tu, di bulan puasa, timbul satu topik, dan topik itu membuatkan kami serasi dan sama-sama suka. Kira boleh ngam lah. Hampir setiap malam kami berbicara topik itu.

Alhamdulillah, jika itu menyatukan kami, moga-moga ia berkekalan hingga ke syurga Mu Ya Allah..!

Sekarang, aku pun sudah berkenalan dengan saudara tunangku. Ramai! Aku kene buat simpan data untuk mengenali saudara maranya. hehe. Aku suka, sebab rata-rata mereka mengalu-alukan kehadiran aku dalam keluarga mereka. Aku terharu sangat. Time tu, hari open house yang dibuat di rumah Mak Langnya di seremban. Hihi.. masing-masing ada kata 'Welcome', 'Selamat Datang', dan ada yang ajak berbual-bual. Alhamdulillah..


Kira-kira hari,

Sekarang tinggal 25 hari aje untuk menjadi isteri orang.. Tanggungjawab aku akan berubah selepas berkahwin. Dahulu, aku wajib taat pada mama dan abah. Lepas ini, aku wajib taat kepada suamiku. ustaz amin kata, perkahwinan 10 tahun itu, masih lagi pengantin baru. Setiap saat dan masa akan banyak perkara baru akan dipelajari. Cari persamaan, kelebihan dan kebaikan pasangan masing-masing. Banyakkan bersabar dan bersabar dan bersabar.

Terima Kasih kepada tunang, kerana mengajar diri ini untuk menjadi lebih sabar dan tenang.

"More Respect each other, Love will come to you."


p/s : Doakan kami ye.. :))




0 comments:

Post a Comment