Sunday, July 6, 2014

Come Back Home

Assalamualaikum WBT.

HEHEHE... kenapa aku gelak dulu ni? hehehe.. aku hampir seminggu tak berpuasa ni. uhuhu.. nikmat makan dan minum aku dapat tetapi tidak kepada ibadat.. tidak dapat solat dan membaca Al-Quran...

why come back home..?? suatu hari, sedara aku menyuruh tengok cerita korea ni, roommate. Katanya, cerita baru. Yeke? Aku pun tengok episode pertama, pada mulanya, aku tak berapa faham, lama-lama, eh syok pulak cerita ini.

Kisahnya, ada 11 orang, 6 lelaki dan 5 perempuan duduk dalam satu rumah. kira macam rumah sewa tapi seperti adik beradik. ini cerita mengenai kehidupan artis korea dalam satu rumah. kita sebagai umat islam, tidak perlu contohlah duduk rumah sekedudukan seperti itu. just ambil point yang menarik sahaja.

Yang menariknya, ada gabungan artis singer seperti chanyeol exo-k, san won, park bom 2ne1, so ra, sohe, kang jung, min woo, dan lain-lain, aku tak ingat nama depa. seronok tengok depa, melihat kehidupan sebenar artis korea. Rupanya, penat jadi artis di korea, keluar pagi balik pun pagi juga. Nampak lah juga hasil usaha yang depa buat. Hasilnya pun lumayan. Itulah artis. uhuhu..

Depa sangat hormat antara satu sama lain. Walaupun mereka terkenal, tapi depa respect antara satu sama lain. Nampak orang pun tunduk hormat. Tolong menolong, sentiasa take care sesama mereka. Share experience, bakat, kisah silam, suka duka mereka. hehe..

Come Back Home, lagu single 2NE1. best juga lagu tu dengan satu lagi lagu gotta be you. Dalam kumpulan itu ada Park Bom. Aku pada mula tak berapa gemar dengan dia, macam agak pelik dan gedik, lama-lama aku tengok cerita roommate tu, baru tahu watak sebenarnya. Dia ni comel dan cute! haha. aku selalu ternanti kehadiran dia dalam cerita tu. Baru-baru ini ada kes pasal Bom.. Katanya ada scandal drug pada tahun 2010.. Aku pun macam sedih juga la, tapi agaknya kisah silamnya gitu..

Latest news, Park Bom dikatakan tidak lagi join dalam cerita roommate.. Ia disahkan oleh YG entertaiment dan SBS.. sedihnya.. no more BOM dalam cerita ni.. nak buat gane.. Penyeri dalam cerita sudah tiada untuk next week show.. erm.. Hope BOM COME BACK HOME again..


Hari ini,

Pagi-pagi aku berfacetime dengan kanda. hehehe.. malam semalam tak sempat berfacetime. Kanda tengok bola dengan sedara dan abang ipar kanda. hehe.. sebenarnya tunggu juga nak berfacetime untuk malam tu, tapi rilek2 una.. tidur lagi best.. hehehe..

Aku bangun lewat. atenya tak pose.. hehehe.. Bangun pukul 7.30 pagi aku berfacebook dulu.. dan aku share mengenai wasiat Sharifah Aini.. Aku terima message inbox.. rupanya kanda mesej..yeah!! kanda tak tidur lagi.. Kanda ajak berfacetime sekejap (sekejap tu dalam erti kata 2jam.. hahaha)

Kami berbual-bual dan sampai satu part tu, aku kepoyoan ketika itu. Teremosi dan mengarut! hahaha.. entahlah satu soalan simple sehinggakan aku menangis! aku blur! sehingga aku menceritakan hal atau perangai buruk aku yang tidak diketahui orang. hehehe.. jeng jeng jeng..


Forgive and Forget.

Aku ada satu part dalam kehidupan ini adalah memendam perasaan. Aku jenis simpan dalam hati dan tidak mahu cerita kepada orang. Bila mana aku sudah sampai maximum dan tidak boleh dikawal, aku meletup! Aku akan buat sesuatu dimana boleh buat gaduh la. Kawan aku zuliana faham keadaan aku, dia selalu marahkan aku. Una, jangan simpan dalam hati. Luahkan. Ko kalau simpan akan jadi dendam. Ya Allah, aku tak tahu mengawalnya, zul..

Bila aku cerita ini kepada kanda, kanda kata, kanda juga macam tu, simpan dalam hati. Tapi ada caranya. Caranya ialah, forget dan forgive. Yeke kanda? YA.

Kesimpulan yang boleh aku buat adalah, jika ada sesuatu yang berlaku lebih baik aku maafkan dan lupakan perkara tersebut (auto delete) mengenai cerita mengarut tu. Keluar dari hati dan perasaan ini. Lupakan dan carilah kebaikkan yang lain. (itu rasa aku lah..). Ye itu lebih baik.

Terima kasih kanda. Kerana memberi jalan penyelesaian mengenai hati dan perasaan yang sekian lama terbuku di hati ini. Syukur Alhamdulillah aku dipertemukan kanda dan pertemuanku adalah kerana Allah Taala. Allah yang temukan kami. :))


Al-Quran.

Okey, aku target nak membaca Al-quran dan membaca tafsiran sekali. Mengenai khatam, aku sudah 3tahun berturut-turut khatam ketika bulan puasa. Tahun ni, lain sikit. Aku kalau boleh, cuba memberi sedekah setiap hari samada, sedekah wang, tenaga atau makanan. Moga segala dipermudahkan. Amin :))


p/s :  lagi 2 bulan lagi nak sampai majlis perkahwinanku.. dup dap dup dap.. doakan ku ye!!! Amin!! :))

0 comments:

Post a Comment