Tuesday, June 17, 2014

Minggu lalu yang indah..

Assalamualaikum WBT.

Salam semua yang mengenali diriku. Aku mahu bercerita mengenali kejadian yang berlaku Jumaat, Sabtu dan Ahad minggu lalu. Aku namakan minggu lalu yang indah. :)

Jumaat.

Hari Jumaat adalah hari segala penghulu hari dan juga hari yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila setiap kejadian yang berlaku pada hari tersebut..

Pada hari tersebut, aku, anis, ajak dan juga kanda bersama-sama ke tempat dan rumah kawan anis yang jual baju persandingan dan pelamin. Kali pertama kami berempat menaiki kereta bersama. Sampainya di rumah tersebut, aku tengok ada beberapa baju pengantin bergantung di dinding rumah tu. Satu yang aku terus pandang adalah baju persandingan turqoise. Aku dan kanda duduk dan diterangkan mengenai pakej tersebut.

Aku agak jangkal sedikit dengan kanda ketika itu. Sebabnya, kami sudah lama tak jumpa. Rasa-rasanya 3 bulan jugalah tak jumpa. uhuhu. Seperti yang lepas aku cerita mengenai pakej tersebut, harganya bolehlah dalam RM 1599. Sudah bayar deposit RM300 kepada kak zati itu. Kiranya sudah booking lah.

Aku pun mencuba baju itu, okey, akan ketat di situ.. uhuhu.. Tapi kak zati kata, bole dibesarkan lagi. okey la tu. Kene standby corset untuk pakai baju tu.uhuhu Kanda pun try juga baju. seluar okey, baju dalam okey, baju luar, kene bukak lagi jahitan itu. hehe..

Anis dan Ajak juga try baju kat situ. hehe nasib Ajak baik, sebab kakak tu buat baju baru untuk Ajak. Sebabnya, baju anis sudah ada, baju lelaki sahaja belum ada. Sama juga dengan warna kami, turqoise. uhuh. Kami pun baliklah dan makan di tepi jalan. Paling istimewa kedai tu, ada nasi goreng ketum. hahaha. Ajak order ayam goreng ketum. hehehe. Nasib baik tak lalok lah time tu. hehe. Rupanya pedas sahaja. Itu sahaja.


Sabtu,

Hari sabtu adalah hari pertama untuk kelas pertama kursus pra perkahwinan. Kami bertiga, aku, kanda dan pian sama-sama menghadiri kursus tersebut. Kursus itu dibuat di Plaza City, Ampang. Bayarannya, RM 80 seorang. Kelas start 2.30 petang. Sebelum itu, sempat juga pergi kenduri kahwin dekat felda perdana di jalan semarak. Sangat grand kat situ. Besar, selesa, ada nyanyian, pelamin yang besar dan tinggi, sejuk, makanan pun banyak. Rasa kecil aje disitu. uhuhu.

Kemudian, sempat lagi ke kedai jahit kedai kak ani. Ambil baju pernikahan. Hehehe. Cantik pulak tengok baju tu. Baju kurung biasa aje aku buat, yang menampakkan cantik, lace baju tu, ada manik-manik. hehehe.

Sudah lewat sudah. Aku tawakal aje lewat, nasib hala ke ampang tak jem. Abah rileks aje bawak kereta. Mama dengan aku dan mengelabah da. hehehe.

Sesampainya, aku terus keluar dan kanda panggil. Aku toleh. La, kanda baru sampai ke? Ingat sudah sampai da. Nampak kanda dengan pian. Hehehe.. Kami naik sama-sama ke kelas itu. Pembelajaran pertama kami bersama dengan encik sani dengan tajuk Pengurusan Kesihatan Keluarga. Aku pun seronok dengar ceramah beliau. Perkara dalam dan luar diceritakan dan paling menarik, banyak tips yang diberikan oleh beliau.


Lelaki paling susah nak ungkap perkataan CINTA. Encik itu memberi formula :

S+S = B (Susah+senang = Bahagia)
S+S = B (Sabar+Solat = Bahagia)

Berkelahi - tidak boleh lari tetapi jangan melampaui tatasusila komunikasi islam.
Bergaduh - Berdoa - Allah.

Carilah keberkatan di awal perkahwinan. Selalu berdoa untuk pasangan yang berkahwin jika pergi ke majlis perkahwinan.

Paling penting, pengantin, jangan lupa solat Zohor. Itu selalu ditinggalkan walaupun anda Raja Sehari.

Berus makeup juga perlu dikenalpasti. Ini kerana, kebanyakkan bulu, adalah dari bulu babi. Nak mengenal pasti, hujung bulu tersebut ada bercabang. Itu bulu babi. Jika kita menggunakannya, muka kita di kira perlu di samak semula.. hehe.. macam mana tu.. 

Usia anda capai 60tahun, teruskan berCINTA.

Jaga kesihatan dari sekarang. Elakkan penyakit 4 serangkai (Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi dan Kanser).

Berjanji dengan diri sendiri untuk jaga kesihatan.

Di depan makanan, elakkan bercakap yang yang tidak baik.

Puteri, curahkan apa yang terbuku dihati jika anda ingin sihat.

Anak perlu ramai. dan perlu tahu darah pasangan.

Saringan HIV perlu dibuat. Tamat tempoh adalah 6 bulan.

Puteri Perlu buat catatan period 3 bulan terakhir ketika tiada haid. Untuk memudahkan dan menentukan tarikh dan masa kandungan.

Perlu beli buku, BUKU PANDUAN LENGKAP PENJAGAAN IBU DAN ANAK.

Lakukan pemeriksaan Payu Dara. Jagan kesihatan selepas bersalin.

Lelaki yang sihat mengeluarkan sperma sebanyak 30juta. Sperma lelaki tahan di dalam rahim perempuan adalah selama 3-4hari. (Sperma akan mengeliling telur wanita sebanyak 7 kali seperti tawaf.)

Antara faktor mandul adalah, 40% lelaki - 50% wanita - 10% kedua-duanya.

Petua untuk isteri, jangan beli nasi bungkus. Nasi perlulah masak dengan fokus dan selawat dan berdoa (rendam seluruh pergelangan tangan ke dalam air.)

Awal mengandung, jangan makan atau minum air tapai samada ubi atau nasi. Elakkan makan nenas. banyakkan membaca Al-Quran, dan baca 3 kul. Amalkan minum air zam-zam dengan menghadap Kiblat dan selawat dan berdoa/niat setiap 3 kali teguk. Baki air zam-zam tersebut, sapukan diperut kandungan untuk memudahkan persalinan kelak.

Ibu perlu menyusu anak selama 2 tahun. Susu ibu boleh tahan selama 3 bulan dan perlu ada tarikh. Setiap hari perlu ada 3 botol. Buat rekod setiap susu yang dipam.

Itu antara yang diberikan oleh Encik Sani. Ada banyak lagi perkara yang dikongsikan. Ini sebahagiannya.

Kemudian, kelas belajar AKHLAK. Kesian kat penceramah itu. Slidenya taknampak tulisannya. background hitam termasuklah text pun hitam..

Tapi ustaz ni buat lawak kasar sikit. Nama aku menjadi sebutan.. Hahah Glamor gitu.

Okeylah, next kelas, kan aku post ye. :))


P/S : Kelas mengenai perkahwinan patut juga dilakukan setiap 3 tahu 5 tahun sekali untuk pasangan selepas berkahwin. Supaya terbit lagi jiwa hati manusia kepada CINTA. :))

0 comments:

Post a Comment