Saturday, June 14, 2014

La la la la

Assalamualaikum..

Hari ini hari sabtu. 14 Jun 2014. Hari di mana, perlawanan Spain & Holland di World Cup 2014 di Brasil. 5-1, holland menang. Malam tadi tak boleh tidur.. Sebabnya panasnya hanya Allah yang tahu.. Sehingga aku berpindah tidur bilik Along.. lepas tu.. aku mimpi ngeri.. menakutkan..uhuhu

Disebabkan demam bola.. aku pun excited jugalah. walaupun tidaklah nampak sangat. Segan. Sebab kalau perempuan over sangat karang, nampak poyo! hehehe..

Ini muka aku tahun world cup 2010. excited tak aku dulu. (Dulu aku gila-gila orangnya.. hehehe.. sekarang tak da.. mahu jadi solehah! )Aku minat German. Walaupun sampai ke suku akhir tahun tu, its okey German. Tahun ini, aku kurangkan sikit dari minat bola. Agaknya jiwa bola tu da tidak berapa sangat minat. Faktor usia juga kot.


Semalam pergi fitting baju pengantin kat rumah kawan anis. Murah jugalah, RM 1599 dapat sepasang baju pengantin (semuanya dapat full aksesori baik lelaki dan perempuan + kasut sekali), pelamin, walkaway, mekap, bantal nikah. Colornya torqoise.

Dress aku gaun tapi kanda bersampin. Itu di namakan design kontemperari. hehehe. Baju aku agak labuh tapi fit dekat pinggang.. Malu pulak pakai macam tu. kecuali, aku kene kuruskan lagi kat pinggang supaya baju tu tidak nampak fit sangat. Kak zeti pun kata, nanti dia cuba besarkan sikit kat pinggang tu.. Hope nampaklah longgar sikit.. (kene banyak berdoa pasal baju tu. yelah mahu keberkatan dalam perkahwinan tersebut).

Aku juga request, aku tak pakai bulu mata palsu.. Aku akan pujuk juga walaumacammanapun. Aku takut effectnya kemudian hari.. (in the future & akhirat) menghalalkan apa yang diharamkan.. Sorry kalau aku kolot, tapi itu namanya ilmu.


Hari ini.

Hari ini start aku pergi ke kursus kahwin. Di Plaza City di belakang Risda. Aku akan pergi ke sana dengan Kanda dan Sahabat baiknya Pian. Kami pergi bertiga. Eloklah juga. Start petang sehinggalah Ahad satu penuh hari. Harapan supaya kursus kahwin ini berjalan dengan lancar. Amin. :))


p/s: lagi 3 bulan nak nikah.. hati sudah berdebar-debar.. Kanda kata, jangan mengelabah okey. OKEY KANDA!! tegurlah kanda jika dinda mengelabah. itu sifat kena belajar tuuu... uhuhu

0 comments:

Post a Comment