Monday, May 26, 2014

ulangtahun.

Assalamualaikum WBT.

Selamat ulangtahun pertama kali untuk perkenalanku dengan tunangku.. Aku terkedu bilamana, kanda post gambar kami bersama di wall fb kanda. :))

Terima kasih kanda atas segala-galanya.. Dinda yang banyak buat masalah, dinda kena banyak muhasabah diri dan banyak yang perlu dinda belajar.. Dugaan cabaran sebelum dan selepas bertunang sungguh hebat. Bagaimana nak mengawal emosi, jiwa, hati.. Perkara tersebut membuat diriku memahami setelah aku sendiri mengalaminya..

Bukan mudah nak jadi wanita solehah rupanya.. bukan mudah Allah nak berikan macam tu sahaja. Mungkin, Allah nak uji kita ketahanan, jiwa, kesanggupan, kematangan kita dalam mengendali situasi dan keadaan yang kita sendiri tak pernah alami..

haha.. aku share ini.. sebab.. sebelum aku berjumpa dengan kanda.. tak ada lelaki nak berkawan dengan aku kecuali seorang.. itu pun aku tanya mama perihal dia.. tak nak lah cerita pasal dia.. sebab itu perkara lepas.. kemudian.. selepas berjumpa dengan kanda.. mak aii.. berderup kawan lelaki nak berkawan dengan eden ni.. suami orang, 2 orang.. 5 orang bujang.. tak ke banyak tu.. aku pun pelik.. mana datang depa ni..

paling tragis.. aku kawan dengan lelaki orang sampai aku pun termasuk dalam cerita itu sehingga isterinya marah, aku lawan cakap isteri dia.. dia mengadukan tunang aku.. okey.. aku sendiri pun agak pelik kenapa aku gila sampai tahap macam tu.. entah lah.. Aku fikir, Allah nak uji aku ni.. Allah nak aku belajar kot.. ambil pengajaran. da tahu jangan buat lagi.. okey.. malam-malam aku berdoa supaya diberikan takdir yang baik dalam hidupku..

Aku pun minta maaf kepada semua orang yang mengenali diri aku.. aku manusia biasa.. banyak dan banyak perkara aku kena belajar.. ilmu yang aku baca, kadangkala hilang, kadangkala ingat balik.. teringat kanda kata.. jika kita tahu ilmu tu tapi tak pratikkan pun, tak boleh juga. Apa yang kita tahu itu, kita kene pratikkan.. Betul.. eden pun dengar benda yang sama macam yang kanda cakap..

Tapi untuk membaca buku untuk tambah pengetahuan, boleh kan? hehehe..

okeylah, sudah malam.. aku nak tidur.. esok nak puasa sunat. insyaAllah, tinggal syaaban.. kemudian, kita akan berpuasa di bulan ramadhan. :))

0 comments:

Post a Comment