Sunday, May 25, 2014

Makngah Hasnah. Al-Fatihah..

Assalamualaikum WBT.

Hari ini 25 Mei 2014, Ahad. Dalam hati ni, macam-macam nak cerita.. Bila mana, dalam masa yang sama, macam-macam berlaku.. Sedih, sayu, gembira, terharu dan lain-lain lagi..

Kisahnya berlaku apabila, aku mendapat perkhabaran berita mengenai Makngah ku Hasnah Binti Mahmud.. telah meninggal dunia pada malam jumaat pada jam 12 tengah malam pada 23Mei 2014.. Dalam whatsapp, abang hanip ada beritahu, kondisi makngah agak kritikal.. aku hanya pandang sekali imbas.. sebabnya.. aku tidur pada waktu tu..

Pada pukul 12.15, aku menerima panggilan along, aku terkejut.. first yang terkeluar dari mulutku.. "makngah kenapa..??" along kata, "makngah sudah meninggal dunia.." aku terkedu.. "innalillahiwainnalillahirojiun.." pada mulanya aku tidak menangis.. tapi aku terkejut.. lalu aku terus telefon kak linda.. kak linda.. makngah sudah meninggal dunia.. kak linda kata, "esok subuh kita balik KL.. okey.." dan aku call kanda mengenai perihal tu.. kanda tanya, "dinda okey ke?" aku cakap.. "okey kot.". last-last, baru aku menangis..

aku da tak tahan, aku pun cakap, "kanda, okeylah.. nak bacakan yassin untuk makngah.." aku bangun, dan ambil wuduk, bacakan yassin untuk makngah.. lepas itu, baru aku call mama.. rupanya, mama ada di HUKM dengan abah.. mama melihat sendiri, makngah nazak ketika itu.. mama cakap, "makngah terus dimandikan di hospital dan kalau nak balik, balik lepas subuh. sebab, dikebumikan selepas solat jumaat.. okey mama."


aku teringat, bila kali terakhir aku jumpa makngah?

2 minggu lepas, hari jumaat, di masjid al-azim semasa kelas agama di sana.. Makngah tegur, dan duduk di sebelah aku.. makngah duduk di atas kerusi.. sehingga kelas habis.. macam biasa.. bila nak balik.. sure akan peluk makngah.. cium pipi makngah.. terasa lagi pelukan makngah..

erm..

makngah aktif juga di facebook. selalu juga komen apa-apa status aku di fb. antaranya..


 kali terakhir makngah komen di fb pada 13mei.


ini ketika aku komen mengenai prof kamil. ketika ini, kami sama-sama ada membaca buku puan roza, kandil di kaki gunung. 


ini gambar umrah. makngah ingin lagi ke sana.. aku baca.. sayu aje hati ni.. masihkan berpeluang ke sana lagi...?


Makngah, una masih teringat.. makngah selalu panggil una NONI.. una teringat.. bila mana, kita pergi ke langkawi waktu kecil-kecil.. makngah berikan una tag nama yang tulis nama una NONI.. tag itu bentuknya love. una ingat lagi. rasanya tak lupa sampai bila-bila.. tanya along, kenapa makngah panggil aku NONI? "entah, kau sorang aje makngah panggil ko macam tu.." tanya mama, kenapa makngah panggil una NONI? mama cakap, "mama tak tahu.." masih tanda soal sehingga sekarang.. entah kenapa aku tak tanya dulu-dulu..

Sampai ke rumah makngah.. aku solat dhuha dulu, baru aku bacakan yassin untuk makngah.. time tu, aku tak tengok lagi makngah. sebab ditutup dengan kain jarang.. kak ida bukakan lah kain tu.. aku tengok.. rupa makngah, kelihat tersenyum.. sayu aje muka makngah.. air mata terus keluar.. terus aku menangis.. makngah... makngah.. tak tahan..

"kak ida.. una nak cium dan peluk makngah.. tak tahan rasanya.. rindunya nak peluk makngah.." kak ida kata, "boleh, tapi jangan menitik airmata.. okey-okey.." aku pun peluk sikit dan cium makngah.. lembutnya pipi makngah.. Ya ALLAH... sedihnya tak terkata.. tak habis aku menangis sehingga jenazah di bawa ke dalam van untuk disembahyangkan.. dapat juga cium kali terakhir di dahi makngah sebelum diangkat..

"along, aku nak ikut pergi kebumi makngah. okey. lepas solat, kami terus ke bukit permai untuk dikebumikan jenazah makngah." rupanya, ada 4 orang telah dikebumikan pada hari jumaat hari itu.. sungguh istimewa orang-orang ini.. agaknya, apa amalan mereka ye?

aku perhatian wajah-wajah kak mimi, kak lin, abang anip, kak ida.. semua sedih dan letih.. kami sekeluarga memang rapat dari kami kecil lagi.. selalu bergilir-gilir datang ke rumah.. makan-makan..

siapa sangka.. ayat yassin, dua yang terakhir..

"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, JADILAH! Maka jadilah sesuatu itu. Maka Maha Suci (Allah) yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan."


aku sendiri agak takut juga.. mama dengan abah nanti.. bagaimana penerimaan aku nanti.. boleh ke.. aku tak pasti.. yang pasti, semuanya adalah pinjaman Allah.. dan aku takut nak bayangkan.. Ya Allah..

Aku kena banyak-banyak berbakti dengan mama dan abah.. tinggal 4 bulan lagi, aku akan menjadi isteri. Sungguh banyak pengorbanan mama dan abah tak terhitung dan terbilang.. banyak-banyaklah berdoa untuk ibu dan ayah kita.. kita ini duduk di dunia, sekejap aja.. semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan dan menjaga mereka hingga ke akhir usia..

Amin Ya Rabbal Al-Amin..

Minta dan mohon sedekahkan AL-FATIHAH kepada makngah saya..


ps :  boleh ke aku nanti menjaga mama dan abah..? persoalannya.. aku kena banyak mendengar dan mencari ilmu tentang penjagaan ibu dan ayah ketika mereka tua nanti.. Ya Allah, kuatkan hati aku!



0 comments:

Post a Comment