Saturday, April 5, 2014

Effect Buku

Assalamualaikum WBT.

SABTU

Semalam hari Jumaat. Penghulu segala hari. Post aku terbaru di Facebook.

"Selamat Hari Jumaat. Ustaz Amin kata hari jumaat ada 12 doa yang dimakbulkan. Cari dan cari sepanjang hari Jumaat itu. Yang pasti, salah satu doa tersebut ada di antara 2 khutbah solat Jumaat."

Hari Jumaat mengingatkan lagi aku di Mekah dan Madinah :))

Hari ini, aku membuat rutin biasa. Di pagi sabtu, aku menerima whatsapps dari tunangku. Erm.. agak lama aku tidak menerima khabar di waktu subuh dari beliau. Teringat saatku dengannya sebelum dan selepas subuh dahulu. Ada dan pastinya kami berbual-bual dan bertanya khabar dan sebagainya.

Kata tunangku, 'saya di mana? Saya ada di Bota. Kenapa kanda?' Kemudian, beliau memberikan gambar. Gambar itu menulis perkataan SERI ISKANDAR. 'Aik? Kanda di seri iskandar?' Rupanya, beliau mahu ke Lumut bersama mak abah dan anna ke sana untuk Majlis Cukur Jambul katanya. Aku sempat juga kirim salam kepada mak abah, selamat datang ke seri iskandar ke bota. Semoga perjalanan kalian berjalan dengan baik dan selamat. :)

Seperti biasa, pagi sabtu ini ada pasar di depan kedai. Sempat juga aku membeli beberapa ekor ikan untuk santapan kucing dan aku sekeluarga. Antara ikan yang sempat aku beli adalah ikan sardin RM 15 untuk 5 ekor kucing ku, 2 ekor ikan siakap RM 9.80, dan ikan bawal 3 ekor RM 14. Semuanya fresh dan besar-besar. Alhamdulillah, rezeki Allah berikan kepadaku dan sekeluarga.


Kandil di Kaki Gunung



Kemudian, aku ke kedai seri iskandar. Rutin harianku semasa (otw) ke sana, aku akan membaca buku Kandil Di Kaki Gunung hasil penulisan Puan Roza Roslan setiap 2 atau tiga tajuk. Bukunya tebal, dan mukasuratnya adalah 735. Sepertinya aku membaca kamus yang tebal! Alhamdulillah, hampir sebulan juga aku menghabiskan buku ini.


Pembacaanku tadi hampir ke penghujungnya.. Aku sedih kerana buku itu sudah sampai penamatnya. Aku seperti di dunia Puan Roza itu sendiri. Dimana beliau menceritakan kisahnya dari zaman kecil, zaman remaja, zaman universitinya, zaman pekerjaannya, zaman perkahwinannya, zaman suami isteri, zaman penghijrahannya, zaman melahirkan anak, zaman menjaga anak, zaman ke luar negara dan lain-lain.

Nanti akan aku post kan sipnosis dan beberapa cerita menarik dari buku ini. Aku rasa, rugi kalau tak kongsi. Setiap daripada penulisan beliau, pasti ada doa. Setiapkali sampai ke doa, pasti aku akan doakan sama untuk diri aku sendiri. Bila mana aku membaca, aku akan menghadap luar kereta dan membacanya di dalam hati. Semuanya aku serahkan kepada Allah swt.

Rasanya, malam ini atau esok lusa, baru habis membacanya. Buku apa yang akan aku baca selepas ini? Entahlah, insyaAllah, adalah tu Allah berikan ilmunya kepadaku. :)

Petang itu, aku pulang semula ke bota. Aku berjumpa dengan kakak sedaraku, kak shida. Aku nak buat kunci lagi. Sambil berbual-bual, tiba-tiba aku menerima panggilan dari tunangku. Tunangku berada di Peneng pula. Dari Lumut, naik bas, terus ke Peneng. Katanya turun di Butterworth. Kawannya Shah ambilnya di situ.

Dalam borak-borak, aku boleh pula tersasul.. terpanggil tunangku, ABANG... bukan apa.. selalunya kami akan cakap, kanda dinda. Aku pulak, hai kenapa pulak tiba-tiba tersasul ni.. Last dia kata, 'hah! ada orang lain ke? Eh! kanda, tak de lah tak sengaja. Sebenarnya, dinda ada baca buku ini. Ia buat dinda termimpi-mimpi..' Siap ada bukti supaya, beliau mempercayai apa yang aku katakan. Almaklumlah, sebelum ini aku ada menyembunyi khabaran dan sesuatu dibelakang dia. Aku pun sudah berjanji tidak buat lagi. Ya Allah, mengeletar hati dan jantung ini.

Sebenarnya, beberapa hari ini selepas membaca buku ini, pasti aku selalu kira-kira, selepas berkahwin apa yang perlu aku panggil untuk kanda. ABANG? Itu yang selalu aku fikirkan. sebab, abang itu panggilan isteri kepada suami untuk orang melayu. Aku membaca buku ini, mesti fikir, macam mana nanti aku dengan suamiku.. ABANG AM..? ABANG? atau KANDA? nanti depan mak abah, mama abah dan ahli keluarga lain, akan panggil kanda? erm.. perkiraan aku.. segan. tapi, aku tengok Along panggil Abang Rudy masing-masing panggil SAYANG, YANG.. rileks aje.. hehehe.. itu lah berangan-angan nak panggil Kanda, ABANG.. hehehe..


Effect

Effect buku ini hebat penangannya terhadap aku. Aku terbuai dek asyik penulisan Puan Roza. Perkataan dan tulisan beliau pasti ada menulis 'Nikmat makna yang hendak engkau dustakan..'. Setiapkali gerak hati berbisik dan berbicara, pasti Allah mendengar. Apa jua yang dihajati pasti Allah akan tunaikan tidak kira cepat atau lambat, ya atau tidak dan yang pastinya juga, Allah Maha Mendengar, Allah tahu mana yang terbaik untuk kita! Semuanya telah tercatat di Lauh Mahfuz.


Ada dalam Ayat Al-Quran,  Surah Al-Hadid, ayat ke 22.

'Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah'.


Ayat ini aku baca dua hari yang lepas. Itulah nikmat Allah berikan kepada aku, aku rasalah. Sebab, setiapkali apa yang terdetik dalam hati, kadang-kadang ia keluar dari Al-Quran itu sendiri tanpa aku duga! Ya Allah, nikmat manakah hendak engkau dustakan..

Kesimpulan dari itu, aku tahu semua kejadian dan situasi yang terjadi ke atas diriku ini, telah pun tertulis di Kitab Allah LAUH MAHFUZ. Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. Aku ini banyak sangat dosa yang tak terbilang. Hanyamu aku memohon pengampunan.

Amin.!

P/S : Ya Allah, kirim salamku kepada kekandaku Azham Abara Ahmad. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga cita-cita untuk menjadi Datuk Bandar tercapai! Amin.! :)



0 comments:

Post a Comment