Monday, April 21, 2014

Bunga Kaktus Yang Cantik dan Besar.


Assalamualaikum WBT.

Ini aku sharekan pokok kaktus aku yang sangat besar.

Sebenarnya pokok kaktus ini sudah tinggi sama tinggi dengan atap rumah atukku. Agaknya angin kuat, pokok ini tumbang dan jatuh seperti dalam gambar ini.

Dulu, bunganya boleh dikira. ada 1 kuntum, ada 2-3 kuntum. Terbaru ini, kaktus ini makin banyak mengeluarkan bunganya. Sudah tidak terbilang.

Masya Allah, Allah Maha Besar. Allah menghidupkan pokok kaktus ini dengan keluarkan banyak kaktus yang sangat cantik! Setiap kali pokok ini berbunga, aku pasti seronok dan tersenyum sekali. Suka! :)

Entahlah, aku suka pada pokok bunga tapi tidak pada bunga yang konvokesyen tu. hahaha. Itu aku tidak suka. sebab, pokok itu tidak berguna lagi dan lama-lama akan jadi kering. Buang dan tiada nilai.

Yang ini, ia akan membunga dan hidup dengan izin Allah. Mehlah tengok bunga kaktus ini. :))




Terbaru ini, aku menanam daun pudina dengan abah. Abah, ada tak pasu kosong? Abah kata, Ada. Abah ambilkan sampai 3 buah pasu! Abah, una nak 1 aje. last-last, aku tanam ketiga-tiga daun pudina ini sambil aku berdoa, Ya Allah, baikkanlah semula hubunganku dengan Abah.. Aku sayang abah..

Moga-moga, daun pudina aku menjadi. Amin!


p/s: Aku suka bunga. Teringat, mama ada tanam pokok bunga ros warna pink di Ampang. Aku petik dan aku berikan kepada kekandaku Azham. Hehehehe. sekuntum aje aku berikan. Nah kanda. Muka kanda, pelik aje.

Bunga ini akan layu, kanda. Ini hadiah dinda untuk kanda. :))

0 comments:

Post a Comment