Friday, April 18, 2014

Ampunkan una, Abah..

Assalamualaikum WBT.

Hari ini 18haribulan April 2014 bersamaan Hari Jumaat, penghulu segala hari-hari.. Hari ini aku tinggal di rumah bersama dengan Abah sahaja. Yang lain balik KL.

Di sini, aku mahu kongsikan dengan tajuk 'Ampunkan una, Abah.

Sepanjang minggu ini, aku banyak mengeluh, memikirkan dosa besar yang telah aku buat baru-baru ini. Iaitu.. aku meninggikan suara dengan Abah..

Dalam AL-QURAN, mengatakan tidak boleh berkata 'AH' pada kedua ibubapa..

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua di dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan `Uhh`, dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang ketika memelihara dan mendidikku semasa kecil. " (Al-Isra' : 23 & 24)


Puncanya adalah NASI LEMAK...

Minggu lepas, aku balik ke Kuala Lumpur bersama Abah. Aku terlibat dengan kelas Photoshop di Sungai Besi. Kelasnya sampai petang. Kemudian, aku keluar lagi selepas maghrib, keluar makan malam dengan sahabat seumrah ku. Balik pun hampir pukul 12.00 tengah malam..

Agak penat hari itu, esoknya selepas subuh aku perlu balik ke Perak.. Sepanjang perjalanan aku tidur.. Penat.. Aku kalau duduk dalam kereta, memang memenatkan.. Terus sampai, kena buka kedai pula. Siap-siapkan barang yang baru sampai, tengahari itu, aku perlu ke seri iskandar, untuk membuat roti pula.. Buat roti sampai pukul 6 petang.. Kepenatan tak habis lagi.. Menunggu abah mengambilku..

Sebelum itu, aku dikhabarkan, kucing aku KEMBANG telah mati di langgar oleh Apis.. Ketika itu aku di KL.. aku tak tahan, aku menangis.. kembang... kembang... kembang.. teringat, dia baru aje lahirkan anak seminggu yang lepas.. bagaimana dengan anak-anaknya..

Balik daripada buat roti tersebut, aku terus ke kedai kosong itu untuk lihat anak kucing itu.. aku tak tahan.. aku menangis lagi.. Alahai.. kesiannya kamu.. mak kamu sudah tiada.. Penat campur sedih.. aku gagahkan diri.. Aku tidur lewat.. tapi masih dalam pukul 11 begitu..

Esok nak kena bangun awal.. aku perlu masak nasi lemak. Pukul 5 sudah bangun.. siap-siap masak dalam 9 pot, aku terus menghadap illahi.. dan bersahur.. Aku tidak tengok langsung keadaan nasi tersebut.. sehingga aku solat subur dan sempat membaca Al-Quran, 1 muka surat..

Lepas itu, aku tengok.. alamak nasi mentah.. Sudah pukul 6.30 ni.. Nak kene bungkus cepat, sebab nak hantar ke sekolah.. Silap aku juga..kenapa tak tengok nasi tu. Nasib baik nasi tu mentah di atasnya, tidak dibawahnya. Asingkan yang mentah itu ke dalam periuk yang lain. Yang okey itu, panaskan balik, takut-takut ada mentah yang lain. Agak kelam kabur waktu itu.. Campur penatnya, mata pun sembab, ngantuknya.. semuanya ada..Bungkuslah nasi itu dengan daun pisang.. Aku ingat lagi, ada 17 bungkus nasi lemak yang sempat siap. Yang mentah itu, panaskan balik dan masak. Tapi masih ada yang mentah tu..

Masa agak lewat juga la.. agak-agak nasi sudah okey, bungkus yang itu dan bawa ke kedai untuk makanan pagi. Bersiap-siap sambil longlai.. dan cepat-cepat beri anak kucing itu susu.. dan terus ke kedai..

Waktu pagi dalam pukul 10 pagi begitu, aku terima panggilan abah.. terus abah marah aku.. kenapa nasi mentah!? sambal tak sedap! kenapa tak pakai sambal mama!? esok jangan jual lagi. jangan berniaga lagi.! aku terdiam.. pada mulanya aku cakaplah.. itu sambal kak yang masak. ada banyak lagi. ingat nak habiskan itu. nasi itu tak sempat aku nak explanation terus kena marah..

esoknya, aku terasa beremosi.. aku rasa, aku teringat apa yang abah cakap semalamnya.. esok jangan berniaga lagi.. aku kata, sepatutnya, abah menyokong aku untuk berniaga, bukan suruh berhenti berniaga. bla bla bla, tanda ketidakpuasan hati aku ini..

Abah singgah ke kedai, abah jumpa aku.. abah tanya, nasi lemak semalam dapat berapa? aku tak jawab.. aku terus marah abah.. 'abah sepatutnya sokong una, ataupun, abah cakaplah apa yang perlu una baiki kat nasi ke, kat sambal ke, bukan suruh una stop berniaga. sudah, una tak nak da berniaga. taknak da cakap pasal nasi lemak lagi..!' aku marah tanda aku protes..

Aku tak tahan, aku terus call mama cakap pasal tu sambil menangis.. Abah, bla bla bla.. Abah marah una sebab nasi lemak tu.. una sedih mama, una sedih kenapa abah cakap macam tu kat una.. aku pun letak telefon, dan menangis lagi.. sambil membuat roti.... aku tengok, roti aku pun xsihat dek marahnya ku kat abah dan menangis di depan rezeki..

Tangisan aku tak habis-habis.. sampai ke petang.. baru aku fikir.. kenapa aku marah abah macam tu.. kenapa aku tinggikan suara..? Kenapa? dan kenapa? sudah, aku sudah serba salah. Ya Allah, apa da aku buat ni.. Aku mesej mama, 'mama.. una serba salah..' Mama cakap, 'banyakkan istigfar.. Abah itu abah una.. Buat macam biasa. Sabarlah una..'

Aku lagi serba salah bila mama cakap macam tu.. Aduhai.. una..

Balik tu, aku minta maaf kat abah.. Abah cakap, 'bukan apa.. nanti yang buruknya nama abah. abah yang dapat namanya.. tapi.. una buat salah, kenapa abah hukum una sampai macam tu..' macam biasalah.. abahkan.. marahnya masih ada.. aku pun tak keluar bilik sampai ke paginya..

Rupanya..

Aku terlebih emosi sebab, keesokkan harinya, aku datang bulan!! Ya Allah! patutlah hormon aku tak stabil.. dek layan hormon itu sampai aku tinggikan suara pada abah.. MasyaAllah!! Astagfirullah al-azim!! Tapi aku fikir faktornya sekeliling aku mempengaruhi keadaan itu termasuklah kepenatan aku, emosi aku terganggu, sedih aku, jaga hati semua orang dan semuanya dalam 1 masa yang sama.. Oh una..

Hari-hari aku berasa bersalah.. aku berdosa.. aku berdosa dan aku berdosa..

Ya Allah.. ampunkan dosa aku.. Bukan mudah mahu menjadi wanita solehah.. Bukan dari pembacaan tetapi pengalaman yang mengajar untuk menjadi lebih baik dan terus mengapai cita-cita menjadi wanita solehah..

Mudah-mudahan..

erm... banyak perkara perlu aku belajar lagi..Yang penting, kena pandai mengawal marah.. agak susah disitu.. permudahkanlah Ya Allah.. Perkongsian aku ini, adalah serba ringkas yang cuba aku ceritakan.. erm.. semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah! Amin!!

Keep berdoa dan berdoa.. Wasalam..



P.S : aku kene banyak berkhidmat untuk abah lepas ni.. membalas jasa abah.. ampun maaf dan salah una, ABAH...



0 comments:

Post a Comment