Sunday, March 23, 2014

Komplot ABS Seri Iskandar, Frozen dan PRK.

Assalamualaikum.

Hari ini 23 Mac 2014 - Ahad.

Pagi ini, aku ada meeting ataupun komplot dengan ahli ABS baru yang aku kenal. Ini adalah meeting pertama kali kami untuk tertubuhnya Chapter Seri Iskandar. Ketua Chapter adalah Tuan Abdul Tablin @ Tabi'in dibantu oleh Kak Nurul Huda. Antara ahli yang lain adalah, Kak Ina Mokhtar , Kak Linda dan aku sendiri. Lima orang sahaja buat masa ini. Ini dikira Founder Team kami.

Masing-masing mempunyai kerjaya masing-masing dan juga kepakaran yang aku rasa semua hebat-hebat. Tuan Tablin mempunyai pengalaman berniaga agak hebat. Asalnya dari Tawau, Sabah. Berhijrah ke semenanjung untuk berniaga. Pelbagai pengalaman juga beliau ceritakan.

Kak Huda dan Kak Ina adalah pensyarah KPM yang masing-masingnya dibawah course yang sama. Kak Huda mengajar course keusahawanan manakala Kak Ina mengajar Matematik.  Masing-masing juga berhijrah dari Negeri Timur datang ke Perak.

Aku dan kak linda pula, mempunyai kepakaran yang berbeza. Masing-masing asal dari course yang berbeza. Kak linda lebih kepada Sains Komputer (Programming) dan aku asalnya dari Art and Design. Dari Kuala lumpur berhijrah ke Perak..

HAHA.. Semua berhijrah untuk mencari sesuap nasi. Ya Allah, permudahkan urusan kami, Ya Allah. :))

Kami berkumpul, untuk menghasilkan projek-projek seperti berikut:

1. Service Training - melibatkan kelas-kelas. Contohnya, kelas Al-Quran, Kelas Kem Solat, Kelas Photoshop, Kelas Keusahawanan, Kelas Komputer, Kelas Memasak dan lain-lain mengikut kepakaran kami.

2. Outdoor Activities -  Perkara ini dibangkitkan Tuan Tablin dan Kak Ina. Ia lebih kepada Event Management dan Travel Agency. Tuan juga ada pengalaman mengenainya dan juga Kak Inda juga mempunyai hal yang sama. Menariknya, percutian di Perak, sebenarnya, banyak yang menarik! Aku sendiri pun tak banyak jelajah. Perancangan dan aturcaranya sudah ada. Tunggu untuk buat BMC dan untuk mulakan sahaja. InsyaAllah, perancangan ini bila-bila boleh dijalankan.

3. Roti - Dikendalikan oleh aku dan kak linda. Roti telah pun berjalan selama 2 bulan. Alhamdulillah, dengan ada partner yang baru ini, harap-harap dapat diperkembangkan lagi. InsyaAllah, kami mempunyai rancangan seperti membekal kacang-kacang, keropok dan kuih raya.

Kami akan berniaga dengan kaedah Lean Startup. Apa yang ada di tangan, itu yang digunakan untuk modal. Meeting kami seronok dan mudah-mudah semuanya berjalan dengan lancar. Amin!



Frozen.


Anak buah ku membeli DVD Frozen. HEHEHE...

Aku gelak bukan apa, dulu, aku selalu gelakkan Afiq dan Nadirah. Setiap hari menyanyi lagu ni. Aku kata, 'tak habis-habis lagu ni'. La ni, aku pula yang berjangkit.

Jalan cerita Frozen ni bagi aku sangat menarik. Penceritaannya lebih kepada LOVE. Love yang ditunjukkan dalam cerita ini adalah kasih sayang antara Ibu Bapa kepada Anak, kasih sayang antara Kakak dan Adik, kasih sayang dengan haiwan, kasih sayang lelaki dan perempuan.

Effectnya dan jalan ceritanya membuatkan aku berhenti seketika dari melipat kain. HAHAHA..
Aku bagi 5 star!! Mari ler kita tengok!


PRK.

Kemenangan PRK, memihakkan kepada Dr. Wan Azizah.
Majoriti dalam 5K jugalah.
Orang kajang ramai rupanya.
Tapi katanya peratusan orang yang membuang undi, kurang dari PRU 13.

Apa-apa pun TAHNIAH kepada Doktor atas kemenangan itu.



P/S :  hari ini satu kerja design tak buat lagi. Malam ini buat sikit. Lewat sikit tidur sebab sudah tidur petang tadi. Nikmat tidur petang jarang-jarang sekali dapat aku buat. Tahu tak elok tidur petang, tapi suka.. hehehe..

Let it go!! :))

0 comments:

Post a Comment