Tuesday, March 4, 2014

Dunia ini Pinjaman sahaja

Assalamualaikum WBT.

Kisah DUNIA INI PINJAMAN SAHAJA..

kisah ini, aku ambil dari buku, ILMU KEHIDUPAN - RINGKAS TAPI SIGNIFIKAN. Penulis yang aku suka ada penulisan Puan Roza Roslan.

Kisah beliau banyak diceritakan mengenai wanita, ibu, anak dan keluarga. Diterapkan dengan ilmu-ilmu islam. Antara yang aku ingat akan kisah yang diceritakan oleh Puan Roza.

1. Mengenai seorang isteri dahulunya sebelum berkahwin, seorang yang pandai memasak. Setelah beliau berkahwin dengan pilihannya, suaminya menyuruh beliau untuk belajar memasak cara masakan ibunya. Kerana ego seorang wanita, beliau seperti tidak mengendahkan akan kata-kata suaminya.

Beliau ada wanita bekerjaya. Pergi kerja waktu pagi, balik waktu petang. Tiada masa untuk memasak untuk keluarga. Beberapa tahun kemudian, anak-anak sudah pun belajar ke peringkat tinggi dan ada yang telah bekerja. Bila tiba musim raya, beliau cuba untuk memasak, tetapi, suaminya dan anak-anaknya lebih gemar untuk makan makanan di luar.

Beliau terasa dengan perkara tersebut. Dahulu, aku pandai memasak, kini, suami dan anak-anak tidak mahu makan masakan ku.. Bila diperhatikan, suaminya sendiri ke dapur akan memasak seperti mana ibunya memasak. Bila dipelawa masak untuk suami, suaminya kata, tidak perlu. Boleh masak sendiri.

Hati beliau terdetik dan sedih dengan keadaan tersebut..


2. Mengenai kunjungan tetamu datang ke rumah Puan Roza di Jabal Uhud. Wanita yang datang adakalanya datang sendirian tanpa mahram. Kira-kira wanita-wanita ini berusia 45 tahun ke atas. Mereka di jamu dengan 2 juadah. Satu juadah rohani, dan satu lagi juadah makanan.

Juadah rohani diberikan oleh Prof. Kamil iaitu tazkirah atau majlis ilmu. Prof Kamil mahukan rumah beliau dijadikan seperti taman-taman di syurga. Disebabkan itu, beliau tidak jemu untuk mempelawa tetamu Umrah dan Haji ke rumah beliau.

Setelah itu, akan dijamu pula juadah makanan yang dimasak oleh Puan Roza. Selalunya dimasak dengan makan masakan Arab. Kabsah, mandy, Ozi, Maglubeh dan lain-lain juadah Arab.

Usai selesai makan, wanita-wanita ni akan ke dapur untuk membawa pinggan seperti kebiasaan wanita Malaysia lakukan. Ada wanita akan cuba menceritakan kepada Puan Roza mengenai suami mereka. Ada yang mengata, suaminya belum bersedia menunaikan umrah, ada yang berkelakuan begini, suaminya begitu dan macam-macam lagi perkara mengenai suami masing-masing.

Satu cara Puan Roza berikan / penyelesaian.

'Adakah suami puan-puan macam Firaun?

Yang mengaku dirinya tuhan?'

Kebanyakkannya akan mengatakan, 'Tidaklah sampai begitu sekali.'

Puan Roza akan kata, 'Sudah-sudah lah kita bercakap-cakap mengenai suami kita. Kita ini masih di tanah Haram. Tidak elok berkata mengenai belakang suami kalian. Doa banyak-banyak, sesungguhnya Allah Maha Mendengar.'


3. Dunia ini pinjaman daripada Allah. Aku terkesima bila baca.. 'Suami/isteri/anak/ibu/ayah/adik-beradik itu pinjaman daripada Allah'. 

Kisahnya seperti ini. Seorang wanita ini menjadi isteri ke-2 dengan bos besar ditempat tersebut. Pada mulanya, beliau hanya seorang kerani sahaja. Bosnya menjadikan beliau isterinya ke-2. Kesemuanya dipenuhi segala permintaan dan persediaan untuknya, tetapi ada 1 syarat sahaja yang tidak dapat dipernuhi iaitu, tidak akan beraya dirumahnya. Hanya di rumah pertama sahaja.

Satu hari,  agaknya Allah nak uji beliau, beliau memberontak dan menyuruh suaminya beraya di rumahnya. Beliau merajuk dan suaminya banyak kali memujuk beliau. Suaminya tidak lagi datang memujuk. Beliau menyesal dengan tindakan tersebut.

Puan Roza kata, sesungguhnya suami itu pinjaman dari Allah.

Beliau pun bertaubat dan mendekatkan lagi dengan Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadat. Doa Puan Roza kepada beliau, moga-moga rajuk suaminya tidak lama..


Satu lagi kisah, di mana hari majlis perkahwinannya, rakannya sekolahnya telah meninggal dunia. Beliau meninggal kerana kemalangan jalan raya di KLIA. Beliau sedang mengandung anak kedua. Yang hidup, suaminya dan anak pertamanya. Di situ kita nampak bahawa ibunya telah di ambil semula oleh Allah swt. Paling menyedihkan, anak sulungnya yang masih kecil telah kehilangan pun ibunya.. Innalillah..



Kenapa ye. Bila fikir balik, semua perkara adalah pinjaman Allah. Allah berikan kepada kita dan bila-bila masa Allah akan datang ambil balik hak milik Allah. Mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan, kaki, perut, akal, nafsu, perasaan, nikmat tidur, nikmat makan, nikmat buang air, nikmat melihat dan lain-lain nikmat yang tak terhitung dek akal kita ini.

Ada baca doa selepas bangun tidur? Aku syorkan baca lah dalam bahasa melayu doa ini.

'Alhamdulillah, Yang mematikan dan yang menghidupkan, kepadaMu aku kembali.'

Syukur segala puji baginya, Allah masih lagi memberi banyak nikmat kepada kita.


 4. Mengenai mata. Mata wanita cepat terpesona dengan perkara-perkara hiasan terutama hiasan dunia. Puan Roza berkata, beliau telah lama tidak memakai emas. Emasnya dahulu, digadaikannya dengan memperoleh, RM8000. Beliau tidak mengambil satu sen dari hasil emas tersebut. Niat beliau untuk anak-anak dan sedekah kepada yang memerlukan.

Hebat bukan.. bukan mudah untuk kita menjaga hati terhadap hiasan dunia ini.

Mengenai beliau datang ke rumah orang Arab di Madinah. Di dalam rumah tamunya, dihiasi dengan perabut atau barangan hiasan daripada emas. Beliau menjaga hatinya dan berdoa akan tidak melihat perkara-perkara sedemikian. Akhirnya, mata beliau tidak menyangka akan melihat juga hiasan tersebut sehingga beliau terpegun! MasyaAllah. Itulah hakikat seorang wanita. :))



Terakhirnya, aku hanya manusia yang kerdil lagi kecil. Banyak lagi aku perlu belajar mengenai dunia ini. Aku banyak sangat buat salah dan silap. Ada juga hilang kewarasan aku kerana mengejar dunia yang sementara ini. Aku malu dengan diri ku ini. Malu sangat seperti mahu hilang seketika dari dunia ini dan terus memakai abaya menutup muka. Tinggal Mata aje.. hehe. itu lah bayangan aku..

Aku cuba belajar dari kesilapan ini dan menganggap, semua ini adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan dan ketabahan aku untuk menjadi lebih kuat dan membuat aku sentiasa mengingati Allah SWT.



Terima Kasih Allah atas segala nikmat yang kau berikan. Walaupun sekejap, atau ada perkara sementara aje aku rasai, perkara itu terasa sangat-sangat aku hargai! :))


 (TERINGAT kisah cinta Ahmad Ammar - seorang pemuda yang baik yang baru meninggal dunia tahun lepas 2013, yang menjadi hangat kematiannya di kebumikan di bumi Uthmaniyah. Satu-satunya rakyat Malaysia ditanam di situ. Bersama-sama dengan para syuhadah! Itu juga suatu pengajaran mengenai, Dunia ini sementara..)

Ada suatu ayat dari Beliau Ahmad Ammar

Jika engkau mahukan teman,
cukuplah Allah sebagai teman,

Jika engkau mahukan musuh,
cukuplah nafsu sebagai seteru.

Jika engkau mahukan hiburan,
cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.

Jika engkau mahukan nasihat,
cukuplah mati sebagai nasihat.

dan,

ayat ini membuatkan aku bangun,

'Abah, dunia ini untuk berjuang dan untuk penat,
kita rehatlah bila mati nanti di syurga.'

Beliau meninggal dunia untuk syahid dan mahu bertemu dengan bidadari syurga..

Sungguh murni niatnya, dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.

Erm...

itu sahaja penulisan ku kali ini. mohon maaf atas segala kesalahan aku yang kerdil lagi berdosa ini..

Assalamualaikum WBT.



P/S :  aku mahu jadi baik.. aku tak nak buat jahat da..

0 comments:

Post a Comment