Sunday, March 16, 2014

Bersangka Buruk vs Bersangka Baik

Assalamualaikum WBT.

Hari ini Ahad, 16hb Mac 2014. Aku baru pulang dari Kuala Lumpur. Semalam aku hadiri sesi temuduga. 2 minggu lepas, aku mendapat khabaran dari ibuku, ada surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Aku terkejut sebenarnya. Sebab aku memohon 5 tahun yang lepas. Sebagai Pegawai Penerbitan Gred N41.

    Aku pergi semalam, sebagai pengalaman pertama aku temuduga secara formal dengan kerajaan. Aku takut ketika itu. Malam-malam, aku belajar dan menghafal tentang SPA, Jawatanku dan berkaitan dengan Penerangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

    Apa yang aku peroleh, hanya pengalaman. Mengikut firasat aku, aku tak berjaya dalam jawatan besar ini. Ini kerana, jawatan pegawai penerbitan ini lebih kepada jawatan penulisan dasar-dasar negara. Aku tidak pandai dalam penulisan lagi-lagi dalam bahasa inggeris. Penemuduga itu bertanya, ada pengalaman atau aktiviti yang aku terlibat dalam penulisan? Aku jawab secara jujurnya, aku tak pernah terlibat mana-mana aktiviti penulisan. Kebanyakannya, kelas design dan business.

    Mengenai blog, penemuduga juga ada bertanya, ada blog? Ada. tapi lebih kepada design dan keagamaan. Mereka terkejut dengan bidang aku. Sebab jauh dari apa yang diminta untuk memenuhi jawatan itu.

    Isu semasa ketika temuduga. Aku menjawab, terbaru isu MH370. Apakah rumusan yang aku boleh simpulkan. Aku jujur lagi. Aku jawab, 'isu ini saya bahagikan kepada dua. Iaitu, fakta atau konspirasi. Aku tahu, aku tak boleh jawab begitu. Sebab itu, melibatkan dasar dan keselamatan negara. Dia agak terkejut. Aku cuba terangkan. Kehilangan itu, secara akal logik, boleh jika Allah mahukan. Tetapi, sebenarnya, Allah sangat sayang kepada MANUSIA. Walaupun, mayat ditanam, mayat dibunuh, atau kehilangan, pasti Allah akan temukan. Itu aku pegang.

    Konspirasi. Aku sudah percaya pada mulanya sebenarnya. Tapi, ramai menafikan. Entah. Walaupun ada isu mengenai segitiga bermuda yang banyak kapal terbang lalu dan HILANG. Entah, aku kuat pada itu. Jawapan aku pada penemuduga, aku baca kat laman sosial. Mereka angguk. uhuhu. (jawapan selamat). hehehe..

    Penemuduga itu, tiada apa nak disoalkan dan pastinya aku tahu, aku tidak dapat jawatan itu. Aku mempunyai target tinggi tapi bilamana kefahaman aku mengenai pegawai penerbitan adalah SALAH! So, its okey, is my first experience! kecewa itu ada tapi aku rasa ada hikmah sebaliknya kejadian semalam.

Bersangka buruk atau bersangka baik mengenai isu itu? ERM... sangka buruk sebenarnya, tapi memikirkan bagaimana keadaan penumpang pesawat itu.. sihat ke? okey ke? cukup makan ke? selamat ke? hidup ke? Masih dalam pertanyaan semua orang.

Apa-apa pun, kita doa yang terbaik untuk mereka MH370.


AYAT SANGKAAN DALAM AL-QURAN.

Tiga minggu yang lepas, setelah berlaku suatu peristiwa yang aku sendiri rasa agak malu, aku menjumpai ayat SANGKAAN ini sebanyak 4x. Aku tak tahu, kenapa sebanyak ini aku jumpa?


Buku pertama, aku membaca buku BICARA INI DEMI ILLAHI, buku tulisan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Tajuknya, BAB 7, BURUK SANGKA, MENGUMPAT DAN MENCARI KESALAHAN, m/s - 69.

Bersangka buruk, mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang lain meletakkan seseorang Muslim itu bukan sahaja memiliki akhlak yang kotor tapi juga menjauhkan daripada kesucian agama islam yang sebenar. Banyak kesan tidak baik yang akan wujud apatah lagi melibatkan hubungannya dengan orang lain seperti keluarga dan masyarakat.

Rasulullah sendiri melarang keras daripada berburuk sangka dan berhati-hati dalam penilaian kita kepada orang lain. Bimbang ekoran sangkaan tidak baik akan menjadi punca perbalahan atau pergaduhan.

Tindakan kita yang berprasangka dan membuat andaian sendiri tanpa berusaha untuk bertanya kepada tuan tubuh sebenarnya mengundang bahaya. Kita seharusnya berusaha menjauhkan dan mengelak daripada perbuatan tersebut. Jika tidak, kita terjerumus dengan dosa.

Short form aku : sangkaan tidak tepat -  kita sampaikan kepada orang lain -  mereka percaya - terhasilnya mengumpat - timbul tuduhan melulu tanpa bukti - jadi batu api - dosa.

Usah sesekali menyangka yang bukan-bukan kepada seseorang hanya kerana kita bermasalah dengannya. Begitu juga jangan kita terlalu terburu-buru menyangka keburukan tentang seseorang sehingga akhirnya akan membuatkan kita menyesal kemudiaan hari. Perbuatan ini usah menjadikan amalan. Bahaya!




Buku kedua, buku ini, aku sudah baca separuh. Bilamana aku membaca semula buku ini, aku membaca tulisan Puan Roza Roslan dengan tajuk Hidup itu Indah. Tajuk buku ini - ILMU KEHIDUPAN, kompilasi lima orang penulis yang hebat mengenai kehidupan. Boleh buka m/s : 394

Menceritakan mengenai, apabila berkumpul, beliau takut dan gusar jika kita bersembang dengan perkara-perkara yang sia-sia. Menceritakan aib seseorang tanpa kita sedar. Pada masa yang sama, kita sedang memakan daging saudara kita sendiri.

Ini gambarnya.




Yang ketiga, buku yang sama juga, tapi penulisan Prof Kamil Ibrahim dengan tajuk NOTA HATI, m/s - 422.



'Tegurlah jika kita melihat sesuatu mencurigakan. Ia sukar tetapi, insyaALLAH ia boleh dilakukan.' Bersangka ada dua sangkaan, dilarang dan dibenarkan.

Maksudnya,
1. Sangkaan yang dilarang lebih kepada, hasad dengki, khianat, busuk hati dan kadangkala bersifat atas dasar persaingan. Amat malang jika menceritakan perihal perkara mengaibkan. Mengumpat adalah modus operandinya.

2. Sangkaan yang dibenarkan, juga sebenarnya dilarang. Contohnya, jika kita mengajak manusia lain untuk berbuat baik, 'Kenapa tidak soalt', ''Kenapa solat di luar masjid?', 'Kenapa solat berhampiran dengan tong sampah?'

Kita pasti berfikir begini, ' Orang ini ingin menunjukkan yang beliau lebih baik, mulia dan terpilih di sisi Allah'. Tafsiran itu, sering berlaku kepada mereka yang ditegur. Mereka bersifat DEFENSIVE, mahu membenarkan tingkah laku tersebut kerana malu kepada diri sendiri. Ia membabitkan EGO seorang manusia.

'Mengingati sesama Islam secara umumnya adalah perkara yang terpuji dan dituntut. Jika kita melenting keranan ingatan umum, bermakna kita sendiri sudah membina prasangka buruk. Andai kata kita mempunyai perasaan begitu kepada mereka yang mengajak kebaikan, maka cepat-cepatlah kita berdoa.'  Ayat Prof Kami. - Copy.

(faham? tak faham, erm..)

dan,


Yang ke-4, Al-Quran. Bilamana aku membaca Al-Quran, tiba di Surah Al-Hujurat. Aku membaca ayat Al-Quran dan membaca juga terjemahannya sekali. Sampai ke ayat yang ke-12, aku terkejut, tergamam sekejap dan aku berfikir. Kenapa aku jumpa ayat ini lagi?

Ini gambarnya,


Sepanjang aku membaca ayat ini di mana-mana buku yang aku beritahu di atas ini, aku tak pandang pun ayat dan surah mana. Bila aku membaca AlQuran, dan tiba di surah Al-Hujurat, itu yang aku tak tahu nak cakap macam mana. TERKEJUT! Ia masih dalam lingkungan SANGKAAN dan MENGUMPAT.

Aku tahu ini petunjuk dari Allah swt. Kenapa dan Apakah, itu persoalan aku. Tapi aku tak boleh berfikiran begitu. Sebab semua ini bukan kebetulan. Pasti ada perkara yang aku buat selama ini, melakukan perkara sangkaan dan mengumpat? Astagfirullah Al-Azim.

Aku betul-betul bertaubat atas apa yang aku lakukan sepanjang beberapa bulan ini. Aku rasa ini petunjuk dan petanda aku telah melakukannya. Maha suci Allah. Allahuakbar.


'Nikmat manakah yang kamu hendak dustakan' - Surah Ar-Rahman.


Aku tidak menceritakan kepada sesiapa pun. Kecuali semalam, aku bercerita mengenai ini kepada tunangku. Tunangku kata, ayat apa? Aku menceritakan mengenai sangkaan itu berdosa dan jangan mengumpat. Seram sebenarnya nak menceritakan perihal ini. Tapi aku tahu sesungguhnya, aku pasti Allah sayang hamba-hambaNya..

Terima kasih Ya Allah, atas segala petunjuk yang diberikan. Hamba ini leka dan alpa mengenai duniawi ini. Tunduk dan patuh dengan nafsu dan perasaan. Minta ampun dan taubat mengenainya.

Terima Kasih juga kepada tunangku, Azham Abara Ahmad.. yang masih menerimaku seadaanya. Aku banyak buat salah dengannya. Beliau seorang yang sangat-sangat penyabar. Sentiasa menasihati diriku ini. Semalam juga banyak perkara terbongkar. Alhamdulillah, beliau kata, 'case closed.' Pastikan ia sebagai 'learning process..'. Banyak aku belajar kali ini. Kata-kata beliau betul-betul membuka hati ini. Kadang kala, aku tak faham, tapi buat-buat faham. hehehe..

Kaitannya dengan prasangka? Beliau sudah lama tahu sebenarnya apa yang aku buat beberapa bulan ni. Dari segi suaraku, gayaku, caraku apa yang aku buat selama ni.. Tapi beliau tidak berprasangka tapi beliau seorang yang tahu apa akan berlakunya nanti. (tengok!, beliau tiada perasaan jeles.. hehehe).

Defensive atau Offensive. Erm.. Perkataan baru aku belajar darinya.

erm.. una, please open minded sikit. (Macam mana eh?) - Istiqomah menjadi lebih jujur.
Ini lah cuitan hati ini yang terbuku baru-baru ini. :)

Hidup itu indah. :)

Assalamualaikum WBT.

Bye-bye :))



p/s :  Hope and pray to happy dan lovely all the time with Allah SWT. :) Love u Allah!~~

2 comments: