Sunday, March 30, 2014

3x Berlaku Lagi.

Assalamualaikum WBT.

Hari ini hari Ahad, 30 Mac 2014. Sudah hampir pengakhiran bulan Mac 2014. Esok-esok muncul pula bulan yang baru iaitu bulan April 2014.

Apa yang aku nak kongsikan pada hari ini adalah 3x berlaku lagi. Kenapa tajuknya 3x berlaku lagi? Ia bermaksud, perkara yang sama berlaku secara tidak sengaja.


SIHIR

Kali Pertama

Semalam, aku menonton tv Al-Hijrah tak salahku, ada mengenai perbincangan mengenai sihir. Aku tidaklah mendengar semalam sebab tidak perlu kot aku menonton atau menambah ilmu mengenainya. Tapi aku ada terdengar la sikit mengenai SIHIR ini.

Antaranya adalah, Nabi Muhammad juga pernah di sihir. Aku kata, memang tak mustahil berlaku kepada Rasulullah. Aku pun dengar sambil lewa. Tup tutup tv masuk bilik menyudahkan kerja design brochure yang tidak siap-siap tu.


Kali Kedua

Hari Ahad ini, macam biasa aku perlu menjalankan misi aku iaitu membuat dan menguli roti untuk di hantar ke sekolah esok. Dari pukul 10.30 sehingga pukul 4 baru selesai menyiapkan dalam 120 roti untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah atau channelku.

Aku siap-siap, tutup kedai, aku lepak sekejap ke kedai selang 2 dari kedaiku. Kedai itu menjual makanan dan pakaian muslim dan muslimah. Kakak itu memang baik, senang nak diajak berborak. Siap tanya, gaji tu. sehari berapa kena bayar. Sibuk benar aku ini. Sambil aku tempahlah jagung kukus. Sedap!

Saya bertanya lagi, 'Kak, tak rehat ke hari Ahad ini?' kak tu jawab, 'Tak nak lah, biar akak rehat malam aje.' Oooo.. baguslah akak ni. hehehe. Tiba-tiba terkeluar topik tah macam mana, kak menyebut, kakak ni sakit. Sakit? Aku bertanya, 'Akak sakit apa?' Akak tu cakap, 'akak kene buatan orang.'

Hah??

Kalau bab itu, memang aku meremang sikit. Kakak ini pula sporting menceritakan perihal keluarganya. Katanya, yang menghantarnya adalah suaminya sendiri. Hah?? Tak percaya? Ye kak, saya tak percaya. Kenapa suami sendiri buat akak macam tu? Katanya nak balas dendam. Astagfirullah Al Azim... Aku sendiri tak percaya. Akak sudah kahwin berapa lama? 23 tahun. Lamanya akak kahwin.. Tapi sayang pula..

Akak berkahwin bukan pilihan akak. Akak berkahwin atas pilihan keluarga. Ooo.. (Mengingatkan aku kepada sahabatku yang kahwin atas pilihan keluarga.) Akak tak nak. Akak mahu bekerja dan mencari duit tapi usia akak 18 tahun sudah berkahwin. Anak da 5 orang. ooo..

Aku pun tekun mendengar cerita akak ini. Kenapa suami akak buat kak akak? Akak baik apa. Bukan, suami akak ini bla bla bla.. Terbuka lah cerita mengenai suaminya.. Kesannya pada akak macam mana? Akak cakap, 'Akak batuk berdarah, dan sakit sendi-sendi.' Sampai ke hospital, bahagian dalam akak berdarah. Isk! Sampai macam tu. Itu dikira santau kak. Sampai hati jadi begitu suami akak buat pada akak.. Jap kak, macam mana akak tahu suami akak yang buat?

Akak sudah banyak berubat ke merata tempat. Kebanyakkannya cakap, mesti orang yang terdekat yang buat ini. Bukan orang jauh. Kakak itu suspek, suaminya. Sebab dalam walletnya ada serbuk-serbuk. Dan dalam masa sama, suami nya pernah berkata, mahu membalas dendam. Astagfirullah Al-Azim..

Nasib baik akak sudah sihat balik.. Bersabarlah akak, cara dan tindakan akak berpisah dengan suami, elok la tu. Biarkan dia dengan labu-labunya. Yang penting, kita kena dekatkan lagi dengan Allah SWT.


PETANG

Kali Ketiga

Aku baliklah dengan abang aku. Sampai-sampai, makan kejap, kemudian bersihkan diri dan solat Asar dan Qada'. Kemudian, aku teringat, aku ada terima miss call dari sahabatku pada pukul 11 pagi. Time itukan aku tengah buat roti. So, aku abaikan kejap dan selepas Asar itu, aku call dia balik.

Apa khabar? Baik. Tengah buat apa? Kawan ku kata tengah buat roti. Hah! samalah kita. Tanya tips nak buat roti coklat bla bla bla.

Sampai habis topik roti, dia start dulu. Una, aku nak cerita sesuatu.. Apa? Erm.. aku rasalah, apa yang kau cakapkan tempoh hari mengenai negetif itu, aku rasa betullah.. Hah? Apa yang negetif? Aku rasa, aku sudah kena buatan orang/SIHIR..

hah???

Ya Allah, betullah aku rasakan sebelum ini.. Selama 2minggu ini, kawanku menceritakan mengenai masalahnya dengan BF dia. Lelaki ini ada masalah kewangan dan meminjam dengan sejumlah wang yang agak banyak.. Aku sudah syak, lelaki ini lain macam. Sebab belum kahwin sudah meminjam wang sejumlah yang banyak dan kerap.

2 minggu yang lepas, kawanku asyik menangis kerana kasihankan lelaki itu. Ya Allah.. lain macam ni.. Tapi aku tidak lah sampai menekan dia supaya tinggalkan lelaki itu. Just aku nak dia berikan aku, apakah pekerjaan lelaki itu. Rupanya kawanku tidak tahu langsung mengenai pekerjaan lelaki itu. Itu memang sudah tidak betul!

Last sekali, berapa dia pinjam? RM 300. Okey, hope itu last kau berikan kepada dia. Lepas tu, berjanji dengan aku, ko takkan berikan lagi kepada dia. InsyaAllah una.. Itu yang aku taknak dengar. Ko kena janji dengan aku. Okey, boleh tolong aku, berikan nama syarikat dia boleh? (Ceh, time ni rasa macam aku ini inspektor gajet! menyiasat kononnya.) Tak pe, take your time. Aku tunggu ye. Atleast minggu depan kau beritahu aku.

Seminggu itu, kawanku senyap.. Okey ke tidak? Tak pa, aku pun diam, dia pun diam.

Petang ni.. aku terima khabaran, dia kena buatan lelaki tersebut.. MasyaAllah!

Kawanku menceritakan perihalnya dari awal hingga ke akhir. Lelaki itu lelaki yang sudah berkahwin beranak dua. Melakukan perbuatan itu, kemungkinan melalui gambar, suara, perjumpaan, berikan barangan, dan melakukan sesuatu di dalam rumah.

Last, aku tanya, berapa sebenarnya amout yang kau berikan? RM 13000.. hah???? okey..lebih baik kau berikan kat aku..boleh lah aku bayar PTPTN aku. balance tinggal RM 13000. uhuhu.. Aku sempat membuat lawak sedangkan kawanku sedang menanggung kesakitan.. MasyaAllah, una una..

Dia memberitahu, una, doakan aku ye. Semoga aku diberikan dan dimurahkan rezeki. Aku tak tahu nak cari duit nak bayar hutang yang aku telah pinjamkan dari orang sekian sekian.. Aku sakit dalam dan luar.. Tolong aku una..

Ya. Aku tolong doakan kau.. Semoga kau tabah sahabatku..

Ini kali ketiga aku mendengar perkataan dan perbuatan ini!!

Apa maksudnya? Hanya Allah yang mengetahui..

-------------------------

Tips untuk menjauhi lelaki jenis ini.

Kakak itu berpesan. Jauhi lelaki ada 4 jenis kena lihat.
1. mata merah.
2. jalan mendada.
3. jalan terjengkit-jengkit.
4. rambut kerinting halus.

Ini kemungkinan, lelaki itu ada panas baran, kaki perempuan, berlagak atau keras kepala. Entah, sejauh mana kebenaran hanyalah orang yang pernah mengalami dan berpengalaman.. (Dulu zaman degreeku, ada pensyarah cerita perihal yang sama.. erm.)

JAUHI lah perkara ini kalau boleh.. Allah melaknat orang sebegini menggunakan ilmu sihir ini. Perkara ini, tidak pasti Allah ampunkan dosa-dosa itu.. Kerana mensyirik dan melakukan perkara khurafat..

Akhir kata, pesan ibuku, keluar rumah, bacalah doa, bismillahi tawakaltulalllah. Walauhaulawalakuataillabillah dan baca doa syifa' Bismillahilazi La yadurulasmihi Syaiulfil ardi, wala fissamail Wahuwal samiulazim. (Entah betul ejaannya - sila tengok di youtube.)

Okey.. cerita hari ini.. 3x berlaku lagi..


ps : adakah aku pernah alami perkara yang sama..? Aku menangis dan meratapi jiwa keduniaan yang tidak sudah? Hope itu bukan dan itu hanyalah ilusi optik diriku yang tidak pandai mengawal diri dan emosi sendiri. Semoga aku belajar sesuatu dari itu.. uhuhu :))


3 comments:

  1. bahayanya sihirnya. akhir zaman, sihir ini bagaikan cendawan tumbuh dengan suburnya.. macam kau kena la men. ingatkah anda lagi mengenainya.. ilmu pukau itu..

    ReplyDelete
  2. pukau utk pau duet ok lg..sihir utk kenakan org lg teruk..

    ReplyDelete