Sunday, January 19, 2014

Sate ikan / Lokching

 Assalamualaikum WBT.

Hari ini baru pulang dari kuala lumpur setelah berkursus dengan motivator terkenal.. (Semoga beliau dan keluarga beliau dilimpahi rahmat dan dilindungi oleh Allah swt. :)) )

Aku memang suka tengok orang masak.. aku suka.. channel di rumah jika aku keseorangan adalah channel masakan.. Hanya Allah aje tahu apa yang aku suka.. hehehe.. Terima Kasih Allah sebab berikan aku perasaan suka pada masakan. :))

Dahulu, aku tak pernah memasak sehinggakan ibuku memasukkan aku ke sekolah teknik. Aku kelas katering 1. Aku dahulu bila periksa masakan, aku tercorot.. sebab, aku suka olah resepi sedia ada jadi resepi aku.. last-last tak jadi.. fail masakan aku.. entah..

Bila aku tanamkan dalam hati, una, buat ikut resepi bulat-bulat, baru aku buat dan menjadi! hehehe.. Lama kelamaan, aku adalah orang yang 1st yang dapat markah tinggi.. uhuhu.. waaaa.... gua tak sangka!  hehehehe... itu adalah kenangan aku 10tahun yang lepas.. lepas rinduku pada sekolah perempuan ku.. sekolah yang paling istimewa bagi aku.. terima kasih kepada guru dan sahabat yang banyak menunjuk tunjuk ajar sehingga menjadi insan yang lebih berdikari. :))

Berbalik kepada resepi ini..

Aku baru membaca post seorang chef ni.. chef ini sering kali memasak masakan timur tengah. Kelas memasaknya di taman kosas ampang. Aku tak pernah pergi, insyaALLAH, jika ada kesempatan, aku nak cuba join.. mana tahu pakar dalam masak masakan Arab! teringat aku kepada Mekah.. Makan Nasi Arab dengan ikan goreng tak buang insang.. ekekeke.. kenangan semua itu..  

Ini resepi sate ikan. dahulu last makan di terengganu tahun 2008. Da tak makan da.. hilang .. 1st makan time sekolah agama kat taman tasik tambahan dahulu.. Orang tu tunggu aje depan sekolah. 1 cucuk 10sen.. murah2 dan sedap!! suka!

okey, aku share ye.. dan aku nak simpan resepi ini untuk diriku juga. enjoy my frienzzzz.. :))



RESEPI LOKCHING YANG TELAH DIOLAH DARI RESEPI ASAL

Bahan-bahan:

1 kilo ikan selayangdibuang tulang– dikisar lumat
500gm tepung sagu/tepung ubi kayu (resepi asal hanya 100 gram) sebab anak-anak yang nak versi macam kat kampong
1 cawan gandum (resepi asal tak ada)
2 biji bawang besar - dikisar
1 ½ sudu besar garam
½ sudu besar gula
1 sudu makan serbuk lada sulah/ lada hitam (resepi asal 1/3 sudu teh serbuk perasa – 
1 sudu besar baking power 

Cara memasak:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil & boleh picit sedikit menjadi sedikit leper. Kalau melekat tambah tepung lagi.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap. (kalau lama keras bila dibakar) 
5. Cucukkan pada lidi dan bakar. Saya guna kuali magic jer
SOS MANIS

Bahan-bahan:
1 labu bawang putih (resepi asal 4 ulas bawang putih – dikisar lumat
2-3 cawan air(buat banyak anak suka hirup kuah ni) 
5 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 
½- 1 cawan gula sudu makan gula
garam 1 sudu makan garam
Sedikit pewarna merah ½ tutup botol
1 bji cili merah besar
2 biji cili padi (nak lagi pedas tambah le sendiri)

Cara memasak:
1. Bawang putih dan cili di blender dengan air .
2. Masakkan dan masukkan gula, garam dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
3. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
4. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang

ps: usaha dan usaha.. displin dan displin.. :))

3 comments:

  1. Salam sis..sy nak tanya..ape effect letak tepung gandum n lebihkan tepung sagu..sy nak cuba buat nanti..kalo blh nak sebijik macam yang dijual tu..

    ReplyDelete
  2. setahu saya tepung sagu menjadi tepung ikut mampat. saya juga ada buat guna tepung sagu/ubi untuk kukus ikan digulung dengan telur, betul2 mampat. :)

    ReplyDelete
  3. Salam. Nk tnye ni resepi utk brp cucuk ye?

    ReplyDelete