Tuesday, September 17, 2013

WASIAT untuk ku sentiasa INGAT.

Ini petikan yang aku kongsikan dengan bakal pasanganku, 


ini dari Dato' Fadilah Kamsah.

As salamu'alaikum shbt tersyg. Ramai wanita tersilap dgn mengharap pasangannya merespon & bertindak seperti mana yg wanita sering lakukan. Lelaki pula sering gagal memahami apa yg sebenarnya di harapkan atau di perlukan oleh wanita. Itu punca jadi tak ngam. Mari kita mulai hari ini benar2 cuba memahami kehendak & keperluan pasangan kita agar terhindar drp konflik yg sia2. Moga Allah rahmati kita semua. Aamiin, wassalam.

--------------------------------

'As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah. Umum dah maklum, Allah sering jodohkan 2 insan yg berlawanan sifat utk saling melengkapi, mengimbangi, didik mendidik & menyayangi pasangan seadanya. Namun, kajian menunjukkan, pasangan yg bahagia mempunyai sekitar 13 persamaan (cthnya, sama2 suka: baca Quran, anak2, kucing, melancong, asam pedas, tempe goreng, baca buku, tanam pokok bunga, dll). Mulai hari ini, mari kita cari persamaan antara kita dgn pasangan (atau bakal pasangan) & gunakan persamaan utk mengukuhkan kasih syg & melihat kehebatan Allah SWT. Moga kita semua di kasihi Allah, manusia & semua makhluk yg baik2. Aameen. Wassalam.'

----------------------------------------

As salamu'alaikum para shbt yg mulia. Pesan Nabi SAW: Bila suami isteri pegang tangan dgn penuh kasih syg, semua dosa kecil akan gugur drp celah2 jari. Agaknya, berapa ramai pasangan suami isteri pegang tgn tiap mlm sblm tidur? Mulai malam ni, saya berpesan kpd diri saya & semua shbt FB yg dah berumahtangga agar PEGANG TGN PASANGAN DGN SYG SEBELUM TIDUR HINGGA AKHIR HAYAT! In sya Allah, byk masalah selesai & rumahtangga akan bahagia & di rahmati Allah. Utk yg masih bujang, berlatihlah dgn pegang hujung katil tiap mlm sbg latihan (gurau je, jgn marah ehh). Moga Allah rahmati kita semua. Aameen, wassalam.

----------------------------------

As salamu'alaikum shbt tersyg. Di musim Raya ni terlalu ramai pasangan yg lansungkan perkahwinan. Di antara CABARAN di awal perkahwinan:
1. Mengenal diri dlm konteks yg baru, ie dunia rtangga. Adakah aku dpt taat perintah Allah, sabar dgn setiap ujian, pamer kasih syg, bertanggungjawab, dll

2. Kenali pasangan yg sebenar. Peribadi semasa bercinta/ bertunang seringkali berubah selepas kahwin!

3. Cari TITIK2 KESERASIAN sbb kebanyakan kita tertarik kpd pasangan yg berlawanan perangai dgn kita!

4. Segera belajar mengimbangi antara kerjaya & rtangga. Ramai pasangan baru yg tak peka mengenai isu ini & hadapi berbagai masalah & konflik selepas kahwin,

5. Belajar utk LEBIH MEMBERI DRP MENERIMA. Jgn sibuk meminta hak, tapi byk memberikan hak kpd pasangan

6. Tukar paradigma ttg rtangga: Jika taat Allah, setia kpd pasangan, byk tolak ansur, pupuk kasih syg, sentiasa cari ilmu ttg hidup berkeluarga-- insya Allah rtangga akan bahagia dunia & akhirat

7. Bentuk keserasian dgn mertua & ipar duai

8. Peka ttg keperluan MENDIDIK & MENEGUR pasangan dgn hikmah

8. Belajar menjadi pelengkap kpd setiap aspek kehidupan pasangan

9. Fahami berbagai peranan yg wajib di mainkan bila berkahwin

10. Cari mentor/ penasihat utk rujukan

11. Membentuk peraturan & undang2 dlm rtangga agar sentiasa positif & cemerlang

12. Don't take anything for granted & cuba lakukan setiap perkara sebaik mungkin

13. Bertawakkal & redha dgn setiap ketentuan Allah. Selamat Pengantin Baru, semuga kita semua di lindungi Allah SWT. Aamiin, wassalam.

p/s :  untuk simpanan ku bila aku lupa.. semoga ini menjadi rujukan ku kelak. :))

0 comments:

Post a Comment