Friday, September 6, 2013

Buku Keluarga Bahagia dengan Asmaul Husna

Assalamualaikum.

2 minggu lepas, aku sempat mencapai satu buku yang aku ambil secara spontan, tanpa aku perlu memilih. Aku terus capai buku ini, dan terus baca dan tertarik dengan buku ini.

Keluarga Bahagia dengan Asmaul Husna.

Walaupun cover biasa-biasa sahaja. Tapi effect buku ini memang TERBAIK! Dengan berzikir nama Allah ini, hasilnya sangat merujakan.

Contoh yang paling mudah adalah dengan menyebut dan berzikir, 'Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.'
Allah yang Maha Penyayang dan Allah yang Maha Pengasih. Cuba zikir ini setiap pagi dan hari, hasilnya hati ni rasa, Allah sayang sangat kat kita. Allah kasih sangat dengan kita.

Hasil sekelilingnya, pun rasa mesra, rasa kasih, rasa sayang antara satu sama lain..

Ada satu yang mengujakan aku, nama Allah 'Ya Malik'. Allah yang Maha Memiliki.

Kisahnya begini,

Hani (bukan nama sebenar) adalah isteri yang mempunyai suami yang penyayang. Disebabkan rasa sayang yang teramat dan akut kehilangan suaminya, dia cuba mengongkong suaminya sehingga suaminya merasa rimas. Hani terlupa, suaminya bukan miliknya. Pada pandangannya sekiranya dia mengongkong suami, pasti suaminya tidak lari apatah lagi di ambil oleh wanita lain. 
Namun sangkaanya meleset, apabila pada suatu hari dia terlihat pada skrin telefon bimbit suaminya, ada kata-kata cinta daripada wanita yang tidak dikenali. Pada saat itu juga, dia beras mahu meraung. Badannya lemah, dan dia hampir-hampir pengsan kerana tidak menyangka perkara itu dapat berlaku padanya. Hatinya tidak dapat menerima sama sekali takdir Ya Qadir yang Maha Berkehendak dan Ya Muktadir yang Maha Menentukan Takdir. 
Hatinya berasa gelisah, bimbang dan takut kehilangan suami tercinta. Oleh yang demikianm dengan kehendak Allah Ya Rahman Ya Rahim yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dia menceritakan kepada kawannya. Kemudian, kawannya memberikan doa berikut, 

"Ya Allah Ya Malik, suamiku ini milikMu, bukan milikk. Engkau memberi kepadaku dan Engkau dapat mengambilnya daripada daku pada bila-bila masa. Daku menerima kepastian-Mu Ya Qadir Ya Muktadir dengan hati yang reda dan rela."
Allah Ya Quddus Ya Jalil yang maha suci lagi maha jernih, sucikanlah jiwa yang kotor ini yang mana dalam jiwa ini ada berhala yang bernama suami, yang sedang  daku sembah selama ini.  
Sedangkan hanya Engkau Ya Waddud yang maha pencinta yang harusnya duduk dalam hati ini. Hati ini bukan tempat untuk makhluk, tetapi untuk-Mu Ya Waddud. Keluarkan dan sucikan jiwa ini daripada cinta suami dan alirkan secebis cinta-Mu Ya Wadud supaya daku mapu mencintaiMu dan dengan cinta itu daku mampu hidup demiMu semata-mata bukan demi manusia. " 

Selain daripada doa itu, kawannya juga mengajar menyebut nama 'YA MALIK, YA QUDDUS, YA JALIL dan YA WADDUD' sebanyak 40kali setiap kali selepas solat dan apabila hati berasa gelisah. Berkat keajaibab daripada Allah melaluli Asmaul Husna, selepas seminggu dia beramal dengan zikir dan doa itu, suaminya sudah berubah kembali sayang kepadanya. Dia mendapat tahu, perempuan itu sudah meninggalkan suaminya dan mencari lelaki lain. 
Hani juga berasa teruja apabila suami menyayangi lebih daripada sebelum ini. Dia mampu bersujud kepada Allah Ya Malik yang memiliki suaminya dan sedah memberi kembali cinta Nya melalui suaminya sehingga Hani mampu merasai cinta yang suci, tulus, dan murni. Itu adalah cinta Ya Waddud.

Kisah-kisah orang yang mengamalkan nama-nama Allah, semestinya ada kesan di hati dan sekelilingnya.

Insya Allah, keluarga bahagia sehingga ke syurga.. Ingat, buat semata-mata kerana Allah SWT.



P/S : suka dengar zikir terapi 2, Hafiz Hamidun. Ya Rahman Ya Rahim.. Hati sentiasa mendengar dan menyanyi-nyanyi dengan sendirinya. Harap ia berterusan sehingga ke akhir hayat..

INSYALLAH.

0 comments:

Post a Comment