Tuesday, August 13, 2013

Syurga atau Neraka

Assalamualaikum.

Selamat menunaikan solat Maghrib. Di sini, den tidak boleh bersolat. Fitrah wanita.. uhuhu.. Sebelum itu, nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa, atau tak terlayan komen-komen yang diutarakan.. Kadang-kadang, baca aje komen, 2-3 bulan baru perasan. uhuhu.. (itu tanda lama xupdate blog..) uhuhu

Okey, topik kita ialah syurga atau neraka.

Aku terbaca satu post di Facebook. Ada ustaz itu kata, "Nak pilih sahabat, jangan tengok rupa, tengok akhlaknya. Fikir dalam hati.. Dia mampu menarikku ke syurga atau membawaku ke neraka.."

Adui.. mengenai sahabat. Aku ada ramai kawan. Tetapi, kawan aku semua duduk jauh dan kebanyakkannya sudah berkahwin. Geng bujang hanya tinggal berapa kerat aje.. Itu pun, ada yang hampir nak kahwin.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. sepanjang aku berkawan dengan sahabatku dari sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik, dan universiti.. kebanyakkanya semua baik-baik belaka.. Syukur sangat-sangat aku di pertemukan dengan mereka..

Masa aku sekolah rendah dulu.. aku ada sahabat.. bernama Hasni Liyana.. Aku baik sangat dengan dia.. selalu datang ke rumah.. dan ayahnya kenal aku.. aku teringat kata-kata ayah dia.. 'p belajar matematik dengan aini..' wah! sampai camtu sekali.. idokler teman pandai sangat matematik. basic boleh la.. dulu.. time itu masa aku darjah 4. Malangnya.. sampai sekarang.. aku tak berjumpa langsung dengan dia. Hilang... Tanpa apa-apa berita.. Entah ke mana dia pergi sekarang ni.. Sihat ke dia? Hidup lagi ke dia? Atau duduk jauh dari Malaysia? Aku tak tahu.. Last aku tahu, dia sekolah teknik Sungai Buloh.. Lost.. Aku teringin sangat nak jumpa dia.. Cari kat facebook.. ada juga nama hasni liyana. Tapi itu bukan dia.. erm.. agaknya.. manalah Hasni Liyana sekarang.. (semoga suatu hari, aku dipertemukan dengan dia dan tahu khabar tentang dia...) Jejak kasih... Amin..

Ada juga sahabat aku.. dahulu, selalu denganku masa aku darjah 6.. ke mana aku pergi, dia ikut. kadang-kadang aku rimas. nama dia zulfadli.. dari aku masuk kelas.. sampai balik ada aje melekat dengan aku.. uhuhu.. berlarutan sampai aku tingkatan 2.. Bila aku sudah habis SPM.. aku add dia dalam facebook aku.. Aku tanya dia.. kenal tak aku.. dia jawab.. (agak sedih juga lah..) dia tak kenal aku.. erm.. pelik.. tapi itulah lumrahnya.. Aku perhatikan dia dari jauh.. Dia semakin tersasar dalam hidupnya.. bergambar dengan wanita.. berpelukkan.. ke club.. menjadi model maskulin.. dan latest aku perhatikan.. jadi pereka fesyen.. Alhamdulillah.. aku tahu kenapa Allah berikan aku persahabatan ini tidak lama.. agaknya takut tersasar hidupku.. Aku doakan dia.. semoga dia mendapat hidayah dan menjadi lelaki yang soleh..Amin..

Sahabat aku yang sekarang masih rapat adalah Lidyawati. Bila fikir balik.. rupanya tak ramai kawan yang rapat time sekolah tasek dulu.. Dulu waktu aku form 1-3, aku ada kawan baik.. Namanya Zahirah, dan Puteri.. Masing-masing sudah berjauh.. Bila bertemu, hanya waktu wedding..  Lidyawati ni, sahabat aku yang paling baik.. Aku doakan Lidya mendapat redha dan bahagia sehingga ke syurga..Amin..

Waktu aku sekolah teknik.. sahabat-sahabat aku semua perempuan.. itulah yang paling istimewa.. Kenapa Allah memilih aku ke sekolah perempuan.. Aku rasa.. Allah tidak sia-siakan diriku untuk menjadi wanita yang lebih baik..hehehe.. Alhamdulillah.. Syukur segala nikmat Allah berikan.. Dengan aku berpindah ke sekolah teknik ni.. aku cukup solat 5 waktu (itu yang paling aku bersyukur..).. solat berjemaah, belajar berzikir... Belajar menepati masa. belajar menjadi wanita dengan membasuh baju sendiri, mengemas katil, memasak, menjadi aktif dengan persatuan.. Aku happy sangat sepanjang aku 2 tahun di sekolah teknik tu.. (dulu time sekolah tak sabar-sabar nak tinggalkan sekolah tu.. da habis sekolah.. teringat-ingat balik kat sekolah tu..)..uhuhu...

Aku sayang sekolah teknik ku.. SMT ERT SETAPAK..

Kemudian, beralih ke UITM Shah Alam.. Sahabat-sahabat aku di sana pun baik-baik belaka.. Aku syukur juga dipertemukan dengan mereka.. Walaupun aku ada juga buat salah.. tapi itu semua membuat aku sedar, betapa penting persabahatan.. tanpa mereka, kita tidak akan maju.. tidak ada interaksi.. tanpa mereka.. hidup itu kosong..

Yang paling aku tak percaya.. kawan-kawan lelaki aku kebanyakkannya tidak merokok.. peratusannya dalam 80% tidak merokok... itu yang aku sayang mereka. aku pun anggap mereka adik-beradik aku.. hehehe.. kawan-kawan wanita aku pula.. semua comel-comel.. maksudnya.. kecik-kecik.. aku aje yang besar sikit.. hehehe.. sahabat terbaik bagi aku.. Alhamdulillah.. hampir ke semua sudah berumah tangga.. Aku doakan mereka bahagia dengan pasangan masing-masing.. uhuhu..

Sahabat.. untuk memilih sahabat itu penting.. untuk membentuk salasiah kita samada baik atau buruk.. Kalau buruk, buruklah perangai dan tingkahlaku.. kalau baik, baiklah tingkah laku itu.. Sahabat juga boleh membawa kita ke syurga atau ke neraka.. (jauhkanlahku dari azab api neraka walau seminit pun..)

Aku doakan sahabat-sahabat aku.. mendapat hidayah, keberkatan, keredhaan, ketakwaan daripada Allah SWT.. Aku doakan juga sahabat-sahabat aku dapat menunaikan ibadah umrah seperti mana aku telah pergi ke sana.. (doa ini aku selalu titipkan di depan kaabah.. aku tak dapat nak sebutkan nama semua sahabat aku.. hanya menyebut sahabat-sahabat aku.. dapat menunaikan ibadah umrah ini...) Amin..


p/s :  love u.. :)) kepada sahabat baru ku itu.. become my lovely friend and lovely h.......d :))


0 comments:

Post a Comment