Tuesday, July 23, 2013

Tangisan Masjid Nabawi

Assalamualaikum..

Hari ni hari selasa.. Aku tidak berpuasa.. Pabila aku tidak berpuasa, aku rasa sunyi daripada beribadat kepada Allah.. Aku rindu nak bangun pagi untuk bersolat tahajut dan solat taubat.. Aku rindu pabila aku nak berdoa pada Allah.. Aku nak cari tempat mengadu. Hanya pada Allah sahaja aku mengadu, berdoa dan bertawakal.

Kenapa aku begini tiba-tiba..

Aku baru sahaja selesai tengok jejak rasul hari ini.. Aku sedih, aku rindu, aku terlalu rindu dengan masjid nabawi.. kenapa? aku tak puas jejak kali kat situ.. aku tak puas. hanya 4hari sahaja aku dapat jejak kaki di situ.. Aku tak lama..

Pabila aku tengok cahaya, suasana, kubah hijau Nabi, sekeliling masjid, kelibat orang ramai, azan yang dilaungkan, aku menangis.. aku tak tahan, tak terkata sebenarnya perasaan aku ini.. Hanya Allah sahaja yang tahu..

Di samping itu, jejak rasul kali ini, fetri yahya telah mengunjungi rumah Prof Kamil.. Bila aku dengar suara dan tazkirah beliau, lagi aku sayu. lagi sedih.. semangat beliau tentang agama islam.

Beliau menceritakan penting sahur ini..

Sahur, bukan setakat bangun dan makan sahaja. Tetapi penghayatannya tentang islam itu sendiri. Sepertimana kaum wanita, isteri, bangun untuk menyediakan sahur, ia perlu berdoa kepada Allah, 'Ya Allah, aku menyediakan sahur ini, semata-mata untukMu Ya Allah..' Sebelum bangun, buatlah lain daripada kebiasaan. Iaitu, bangun dan buatlah solat 2 rakkat ataupun lebih. Lebih-lebih lagi, solat tahajut, taubat, istikarah, hajat..

Bermunajat kepada Allah..

Masjid Nabawi, masjid yang sangat-sangat barakah.. Indahnya tak terkata.. Suasananya menyusuk jiwa.. Hati Rindu bila mendengar alunan azan di sana.. Allahuakbar.. Allahuakbar..

Ya Allah, jemputlah ku ke sana lagi.. Ya Rasulullah, terimalah aku sebagai umatmu.. Aku tidak puas untuk bersolat di Raudhah mu.. Aku mahu merebut untuk mencapai pahala dan keredaan Allah swt.. Aku mahu kebahagiaan..

Ampunkan dosaku Ya Allah..

...


p/s: tangisanku tak henti-henti bilamana menulis kerinduan ku pada masjid ini..

0 comments:

Post a Comment