Thursday, July 25, 2013

Hati Lebih Tenang

Assalamualaikum..

Hati lebih tenang. Hari ini aku telah berpuasa seperti biasa. Bertawakal bahawa aku boleh puasa selepas kedatangan bulan. Aku solat dan membaca Al-Quran, jiwa aku tenang seperti sebelumnya. Time tidak berpuasa, hati gelisah. Tidak tahu nak buat apa..

Nak share, hari ini jejaka itu sharekan kepadaku beberapa video semasa dia dan sahabat-sahabatnya ke Mekah. Saat-saat mereka atau hari-hari sebelum mereka pulang ke Malaysia. Setiap langkah atau tempat itu, sama seperti aku lalu di sepanjang pergi dan balik hotel Malak Ajyad ke Masjidil Haram.. Ya, sangat rindu suasana itu.

Aku masih berdoa, mudah-mudahan dapat pergi ke sana lagi dengan izinNya.. Tempat itu, jauh dengan perkara dunia sekarang.. Fikiran hanya mahu beribadat sahaja kepadaNya. Jauh daripada fikir wang, kerja, dunia, politik, kucar-kacir, permasalahan, dan lain-lain selain beribadat.

Tidak puas. itulah gambaranku.. uhuhu

Okey, lah.. next week balik KL.. rindu da kat ampang.. see u ampang.. :))

p/s : Allah sentiasa melihat kita..

0 comments:

Post a Comment