Wednesday, July 24, 2013

24 haribulan - Tarikh Keramat

Assalamualaikum..

Hai, semalam meleleh.. InsyaAllah, hari ini okey. Patutlah kenapa meleleh semalam.. Rupanya, 24 hari bulan itulah, hari pertama jejak kaki di Madinah Al-Munawarah.. Teringat-ingat dekat Madinah..

24 haribulan adalah hari keramat aku.. Kenapa? Kerana, tarikh terakhir aku di Mekah, tarikh pertama aku di Madinah dan tarikh aku berkenalan dengan jejaka yang tidak aku kenal sama sekali. Ya, hari ini.. hari ni 24 haribulan.. genap kami berkenalan selama 2 bulan.. Alhamdulillah.. rasa macam lama da berkenalan dengan jejaka tu.. Rupanya, baru 2 bulan perkenalan.

Pada awal perkenalan kami, ada sedikit krisis.. masalah itu datang dari aku sendiri.. Ya.. Dari aku.. Sebelum ini, aku telah berkawan dengan lelaki.. dan hati aku semakin jauh dari dia dan tidak ada lagi perasaan pada dia.. Aku berdoa dan bersolat istikarah di Mekah hari itu.. Banyak.. Minta petunjuk.. Hati masih sama sebelum aku pergi umrah..

Panjat Jabal Rahmah.. Minta JODOH.. Ya, pertemukan aku seorang lelaki yang baik, soleh, beriman, bertakwa dan beramal soleh. Itulah doa aku yang sering aku bacakan dan doakan setiapkali solat fardu dan solat sunat.. Begitu juga solat di hadapan Kaabah tempohari..

Yang paling aku rasa 'MAGIC'nya.. aku langsung tak terfikir akan berjumpa dengan seorang jejaka di Mekah.. Langsung tidak.. Hatiku dan fikiranku hanya nak beribadat dan minta ampun, rahmat dari Allah..

Berbalik kepada cerita 24 haribulan.. InsyaAllah. 24 haribulan itu juga, perjumpaan kami keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan.. Berkenal-kenalan.. Jejaka itu pernah jumpa mama, abah dan satu keluarga ku.. Dan aku belum lagi berjumpa dengan keluarga jejaka itu..

Agaknya, apa reaksi mereka ye.. Risau sebenarnya.. risau yang amat2.. Hanya Allah aje yang tahu.. Apa yang perlu aku buat time mereka sekeluarga datang rumah.. Erm.. Idea-idea please.. Kata Along, kena tuangkan air depan mertua... erm... (maybe lelaki erm.. itu pun nak neves ke?) hey! itu la perasaaan perempuan tau.. bilamana jumpa keluarga yang baru dan akan menjadi anak yang baru untuk keluarga jejaka itu.. ops! erm..

Perkenalan kami yang singkat ini.. kira genap 3 bulan terus fikir nak ke jinjang pelamin dan ke alam rumahtangga.. Dunia baru akan kami tempuhi.. Setakat ini.. perkenalan kami hanya di telefon dan whatsapp aje.. Jumpa pun kira-kira baru 3 kali.. nak masuk 4 kali kalau jumpa sebelum raya.. Wah! kira tu.. Kami memang jarang berjumpa..

Hari tu minta kebenaran abah nak keluar makan dengan jejaka tu.. terus abah tak bagi.. belum apa-apa lagi nak keluar. So, aku menghormati keputusan abah.. atleast aku minta kebenaran. InsyaAllah, aku tidak membelakangkan keluarga aku.. Jauhkanlah.. mereka banyak berkorban untuk ku.. Tak baik ye.. sangat tak baik...

Aku mahukan keberkatan hubungan kami. Biarkan begini.. Aku masih lagi tanggungan mama dengan abah. Wajib aku penuhi segala permintaan dan kehendak mama dan abah.. Doakan aku ye.. Aku masih baru dalam bab-bab ini..

Dalam doaku.. 'Ya Allah, ampunkan dosaku.. Dosa-dosa kedua ibubapaku, adik beradikku, ipar duaiku, anak buahku, sanak saudaraku, guru-guruku, jiran-jiranku, sahabat-sahabatku dan kaum muslimin dan muslimat..

Ya Allah, mempercepatkan, mempermudahkan dan mempertemukanku dengan seorang lelaki atau suami yang baik, yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Yang boleh membahagiakan dan sekufu denganku. Ya Allah, jika benar, dia adalah suamiku.. satukan kami, satukan jodoh kami, dengan pernikahan yang sah dan perhubungan yang halal di sisiMU Ya Allah.. Berikanlah kedua ibubapa kami menerima kami seadanya. Murahkan rezeki kami.. Kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Berikan kami kebahagiaan dunia dan akhirat hingga ke syurga firdausi.. Permudahkanlah segala urusan kami sebelum, semasa dan selepas pernikahan Ya Allah.. Ampunkan dosaku Ya ALLAH..'

Panjang lagi sebenarnya.. tapi ini yang seringku doakan dalam solatku.. (Aku bukan nak riak.. tapi ni lah perasaan aku mahu kongsikan..) Minta maaf kalau perkara ni salah untuk dikongsikan..

Okeylah.. esok sudah 25 haribulan.. uhuhu.. 16 ramadhan.. hampir nak ke 10 malam terakhir.. Banyakkan minta ampun.. Pintu keampunan dibuka seluas-luasnya pada bulan Ramadhan. Doa orang berpuasa sangat-sangat diperkenankan oleh Allah. InsyaAllah, dimakbulkan dengan izinNya.

Okey.. bye2 semua.. :))

Assalamualaikum..


p/s :  NEVES.. permudahkanlah.. Una, selalu ingat Allah!! :)

0 comments:

Post a Comment