Tuesday, June 25, 2013

Umrah Pertamaku..

Assalamualaikum WBT.

Selamat menunaikan fardu Maghrib.

Hari 16 Syaaban, tinggal lagi 14 hari lagi akan kita berjumpa dengan bulan yang paling istimewa buat umat islam iaitu BULAN RAMADHAN. Bulan itu adalah bulan perubahanku, bulan pahalaku, bulan kekusyukanku, bulan tanpa radio atau muzik atau tv, bulan penuh dengan ibadat, bulan ujian untukku, bulan kesabaranku, bulan menahan lapar dan dahagaku, dan lain-lain seumpamanya. Ikut pada apa yang dirasa setiap umat islam.

Aku ingin menyambung cerita.. tetapi aku nak kembali dahulu keadaan aku sebelum menunaikan UMRAH iaitu pada 16Mei 2013. Boleh?


KEWANGAN

Setiap orang mungkin telah memasang niat untuk menunaikan UMRAH termasuklah aku. Ya. Aku sudah memasang niat untuk menunaikan UMRAH pada tahun lepas. Iaitu pada bulan ramadhan 2012. Bagaimana? Aku minta pada Allah. Setiap sebelum sahur, buat 4 solat sunat dan doa pada solat hajat, doa semasa membuka puasa, dan doa selepas solat fardu.

Pada awal tahun, aku da dapat rasa aku akan pergi tahun 2013. sebab mama sendiri beritahu, pencen ini kita pergi mekah. Alhamdulillah. itu yang aku tunggu. 'Mama, una nak kumpul duit sikit ye.. Mana una mampu ye mama. Una try simpan duit.' Walaupun gaji aku xseberapa macam orang lain.. tapi atleast aku try simpan. Aku simpan kat tabung haji. Aku simpan-simpan, masih tak cukup.. Mama, una minta maaf, una tak cukup duit. Mama, kata, takpe, mama belanja pergi umrah ni pakai duit pencen mama... Ya Allah, aku serba salah.. aku tak mampu lagi..

Aku pergi umrah, aku tak beritahu sesiapa pun.. termasuk kawan-kawan rapatku.. sedara maraku, kecuali ada orang yang beritahu yang aku sekeluarga pergi umrah.. ye aku malu.. seminggu sebelum aku nak pergi umrah, xsalah aku, sehari sebelum pergi umrah baru aku beritahu kawan-kawan, yang aku nak pergi umrah. Nak kirimkan doa x? Meh, aku doakan doa korang kat sana. Tanpa aku beritahu, dalam satu hari tu, tiba-tiba ramai yang contact aku.. Yang contact aku ni, mereka tak tahu aku nak pergi umrah.. Yang contact aku semua tanya pasal bisnes aku. Nak buat ini, nak buat itu.. Aku terpaksa tolak. Time tu baru aku cakap, nak kirim doa x? Walaupun orang yang baru aku kenal. Aku tulis satu persatu doa mereka di dalam buku.

Barang-barang keperluan yang lain, ada sikit pakai duit aku, ada sikit pakai duit mama. Kadang-kadang, aku belanja anis barang yang dia xcukup. Aku kesian juga tengok dia. Dia baru aje abis kontrak dan menganggur. Apa yang dia nak, aku cuba tunaikan. Sebelum bayar, aku kene kira dulu, cukup ke tak duit ni. Mama, memang bagi duit. Tapi aku habiskan duit aku dulu, baru guna duit mama.. Malu.. Nak buat macam mane.. Guna jugaklah..

Sebelum balik KL, jiran-jiran kedai ada berikan sedikit duit. Oh! terima kasih. Ada yang beri duit riyal pun ada. Alhamdulillah. Makngah ngan kak mimi pun ada berikan sedikit duit. Itupun, alhamdulillah. Simpan. Duit itu aku kena simpan beli barang sikit untuk mereka. Along ngan abang rudy pun berikan sikit. Buat untuk belanja. Alhamdulillah. Bolehlah sikit2 ada duit..uhuhu..
Terima kasih.

Kak mimi cakap, pasal kewangan.. 'Soal kewangan tu dari Allah...kak mimi ngan abg megat dulu pun tak brapa nak cukup duit tp bila niat kita ikhlas dan tak putus2 doa subhanaALLAH DIA tolong beri rezeki dari arah yg tak dsangka2 dptlah kami berdua kesana... selasa depan balik kl...insyaAllah panjang umur kak mimi jumpa makteh ngan una....dengar org nak p mecca...ish rindu sungguh nak kesana lg...'

Ini aje, da menguatkan hati untuk pergi sana..


KLIA

Hari khamis, kami berdebar-debar nak pergi da ni... Dup dap dup dap.. Mandi sunat ihram, solat sunat musafir, solat sunat ihram, potong kuku dan perkara-perkara lain yang sunat sebelum menunaikan umrah. Terima Kasih pada abg rudy dan along, kerana sudi menghantar kami ke KLIA.

Sebelum berangkat, Pakcik Mokhtar tolong azankan kami di depan rumah. Aku perasan, stokin aku jarang. dan ditegur oleh Along.. Alamak, jaranglah..Aku pun tukar yang tebal. hehehe.. kenangan aku yang tak boleh lupa. Hanya kami sekeluarga sahaja yang pakai telekung. HAHAHA.. malu sebenarnya. tapi along kata. buat apa nak malu. dieorang lagi malu tengok ko da pakai telekung. yeke along? Anis, rileks aje. aku aje mengelabah.. hhehehe..

Tapi aku juga perasan ada seorang abang tu, sudah pakai ihram dari rumah. Kira dia sorang aje pakai ihram pada pukul 12 tengahari.. Orang itu aku xkenal lagi, kat mekah baru kenal. Iaitu abang anwar..uhuhu Abang kesayangan anis. hehehe.. kami bertiga memang baik dengan abang anwar. kami tahu umur dia da 50-an. tapi still nampak muda dan boleh join kiteorang punya lawak..hehehe

Kami berkumpul di pentas. Dan mutawwif kami kata, flight kiteorang delay. Sepatutnya pukul 3.15 petang, delay sampai pukul 5.15 petang. Lama tu.. kami solat zohor dan jamak asar sekali kat KLIA. Dapat baucer secret recipes untuk 4orang makan. Semuanya bagi along. tapi kami makan la juga sikit2. heheh.. nak merasa sikit aje.. uhuhu..

Kami pun bergerak masuk dan naiklah plane.. Kami start kenal dengan makcik 3 beradik. Anis yang banyak tegur mereka, baru aku masuk join. Sebab anis, duduk tepi. aku duduk tengah dengan mama. Layan kartun la time tu.. tak boleh tidur.. tak selesa.. anis, siap main game lagi tu. lantak ko la..uhuhu.. Mama pun layan kartun. hehehe..

Setelah 1 jam sebelum sampai ke mekah, kami diberitahu oleh pilot, suruh miqat. Bagus juga plane arab saudi ni, siap bagi tahu miqat lagi tu. Tidak lah mengelabah sangat.. uhuhu.. Sudah miqat, kene jaga pantang larang pula...

Sampai kami di Mekah. Penuh dengan permandangan yang sangat cantik.. lampu-lampu yang banyak, memayungi keindahan mekah. (permandangan seperti di atas bukit Gua Hira.) Alhamdulillah, sampai juga ke tanah suciMu Ya Allah..


JUMAAT

Hari Jumaat kami tiba di sana. Pukul 11 malam macam tu kami tiba. Pukul 12 kami naik bas ke Tanah Haram Mekah. 2jam perjalanan ke sana.. Kami yang kepenatan, tidur dalam bas.. Sampai saje ke pintu gerbang yang macam rehal baca Al-quran tu, kami dikejutkan supaya tengok permandangan di situ.. Mata lalok, tengok kejap aje, pastu sambung tidur balik..uhuhu..

Sampai aje di Hotel kami, di Malak Ajyad, dalam pukul 2.00 pagi gitu, kami diberikan agihan kunci dan makan untuk makan malam di situ. Ustaz kami beritahu, turun di lobby pukul 3.00 pagi. Kita boleh jamak maghrib dan isyak di masjidil haram. Lewat kami solat time tu. 3.15pagi, azan subuh pertama sudah dilaungkan. Kami ingatkan azan da.. kelam kabut solat jamak. uhuhu.. Rupanya solat subuh pukul 4.15 pagi.. sempatlah solat.

Hari tu kan hari Jumaat, pagi tu tak rasa ramai tau.. Biasa-biasa aje.. Ada makcik dari jemaah kami nak pergi toilet. Toilet jauh. Mula-mula anis aje yang temankan makcik tu. Yang anis ni xbawak pula selipar nak ke toilet, berkejar aku dapatkan anis dan makcik tu. Last-last, aku pun pergi sekali ke sana.

Mama dengan kumpulan jemaah yang lain. Dari jauh da nampak mama. Its okey, mama okey di sana. Kami solat jauh sikit dari mama. Solatlah subuh pertama kami di Masjidil Haram.

Mama ada cerita baru-baru ni.. Ingat tak hari pertama sampai tu, kan imam baca surah Al-Sajadah. Aha, ada mama. Mama kesian tengok jemaah kita yang duduk depan mama. Kenapa dengan mereka. Mama rasa solat mereka batal. Kenapa? Sebab, kan surah sajadah ada sujud sajadah. Mereka tak buat. tapi mereka rukuk sahaja. Itu tanda sudah batal solat, kerana tidak mengikut imam. Tapi mereka still on solat subuh itu. Mama terkilan tak tegur mereka hari tu. Batal maknanya kena qada' balik sepatutnya..

Aku dan anis masih ingat kata-kata mama sebelum solat subuh tu, maybe imam ni baca surah Sajadah. Kalau nak tahu itu surah itu, mesti imam tu start dengan membaca ALIF LAM MIM. Itu tanda surah itu dibaca dan ada sujud sajadah. Alhamdulillah, kami buat seperti diberitahu.. Harap-harap begitulah solat subuh pagi itu.


UMRAH.

Start umrah selepas subuh. Mak aii.. Ramainya.. Pada mula tu, kami bersama-sama. Selepas itu berpecah. Hilang! Ustaz tah ke mana, yang lain tah ke mana. Kami hanya bertawakal aje. Time tu hanya ada abah, mama, anis, kak eira dan mak kak eira. Kami berenam time tu. Isk, macam mane ni.. Kami tawakal dan ikut aje buku yang andalusia bekalkan tu.

Mama pegang dengan anis, aku tukang baca buku dan doa tu. Kami pegang erat2..Ramai time tu.. Abah da kat depan. Tawaf mana boleh pusing belakang, boleh batal tawaf tu. Kami redha. pusing dan pusing sebanyak 7kali, selesai akhirnya tawaf kami yang ke 7.. Time nak solat pula. Tempat penuh kat multazam. kami carilah tempat yang boleh solat. Mane yang kosong, Kami solat sahaja.

Mama nampak penat. Tapi kami teruskan pula minum air zam-zam dan ke Saei pula.. Cabaran Saei pertama! pergh!! exercise cik una ni.. kurus kaki ni..uhuhu.. Penatnya, hanya Allah sahaja yang tahu.. Berjalan tanpa berhenti dari Safa ke Marwah! Without stop! Kesian mama.. Kaki mama da sakit. Anis yang pegang mama. Aku still pegang buku dan bacakan mereka doa. Abah da ke depan. Biasalah. uhuhu..

Habis di penghujung saei di Marwah, langkah seterusnya adalah Tahalul. Kat situlah kami jumpa ustaz balik.. Alhamdulillah.. Syukur dihujung itu jumpa ustaz balik.. Malu2 gitu ngan ustaz, almaklumlah, baru aje kenal beberapa jam. hahaha.


SESAT

Balik lah kami dari Saei.. tapi.. di penghujung Masjid itu.. kami sesat..tak tahu jalan pulang... yang abah pun main jalan aje.. kami pun ikut sampai ke hujung jalan tak jumpa-jumpa hotel. Termasuklah kak eira dan maknya sekali ikut kami.. Kaki da penat, mama lah paling kesian.. Sakit kakinya. Tak berdaya nak berjalan da.

Aku ngan kak eira decided, jom kita ambil teksi. Yang jenis 6 orang boleh naik. Aku pergi seberang, aku tahan teksi arab tu, kata nak pergi Hotel ini. Tunjuk nama hotel dan kad hotel yang aku simpan tu. Nasib baik orang tu cakap melayu. senang lah aku cakap. Berapa riyal untuk 6 orang? Dia cakap 20 riyal. okey. Boleh.

Abah ngan mama tanya berapa? Aku diam.. Aku tahu mereka tak setuju dengan harga itu. Tiba-tiba ada orang cakap 15riyal.. aku mengiyakan aje.. Aku xnak mereka tahu. Biarlah, asalkan kita sampai ke hotel tu dengan selamat. Dekat aje pun hotel tu kalau naik teksi. cajnya, mak aii.. boleh beli aiskrim mekah, 6 mangkuk. Itulah jalan yang terbaik.. :)

Pengalaman pertama sesat di Mekah. Aku rasa itu baru dugaan pertama kami di Mekah.. Jeng jeng jeng.. Allah maha mengetahui lagi maha pengasihani..

next pitstop, next umrah. :)

p/s :  Setiap perkara ada pengajaran dan pembelajarannya tersendiri. Lain sekolah, lain pengalamannya. Itu sudah diaturkan dan disusun oleh Allah swt. Kita merancang, Allah yang menentukan segalanya. Doa banyak-banyak, usaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya.

InsyaAllah!!! Amin!!






0 comments:

Post a Comment