Sunday, June 30, 2013

Raudhah - Antara Taman-Taman Syurga

Assalamualaikum WBT..

Waktu aku menulis ini adalah pada waktu maghrib jam 7.20 petang. Tinggal beberapa minit, Azan Maghrib akan berkumandang. Kali ini aku akan bercerita mengenai Raudhah. Raudhah adalah tempat di antara taman-taman syurga.

Yang menarik mengenai Raudhah ni, ialah sentiasa penuh dengan orang ramai. Tumpuan semua orang yang menziarahi Masjid Nabawi iaitu Masjid Nabi Muhammad SAW. Dikatakan antara tempat yang termakbul doanya dengan izin Allah.

25 Mei 2013 - Sabtu. Waktu Subuh adalah waktu pertamaku bersolat di Masjid Nabawi. Dengan diberikan pahala 1000 pahala setiap kali kita solat di Masjid itu..Kalau di Masjidil Haram, 100,000 pahala Allah berikan kepada sesiapa yang bersolat di situ. Manakala di Masjid Al-Aqsa pula, sebanyak 500 pahala. Bermusafirlah dengan ketiga-tiga masjid ini, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,
"Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke 3 buah masjid iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa' (Riwayat Al-Bukhariy)

"Satu waktu sembahyang di masjidku ini adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak 1000 kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram (Riwayat Al-Bukhariy)

"Sesiapa bersolat 40 waktu solat dimasjidku tanpa luput satu waktu pun, maka akan dikurniakan untuknya keselamatan dari api neraka, keselamatan dari azabnya dan terlepas dari sifat munafik" (Riwayat Ahmad)

Jam 8.00 pagi, kami jemaah perempuan dikehendaki ke Dewan Makan untuk mendengar taklimah melawat ke Raudhah. Semua orang berkumpul dan mendengar sedikit sebanyak apa yang dikatakan oleh ustazah.. Seringkali ustazah menyebutkan adalah, mengenai doa. Jika hendak berdoa untuk minta zuriat atau jodoh, kita hendaklah bermain dengan perkataan. Contohnya, 'Ya Allah, mempercepatkanlah aku mendapat zuriat yang soleh dan solehah' atau 'Ya Allah, mempercepatkanlah jodohku dengan lelaki yang soleh.' Begitu juga jika hendak wakaf kan Al-Quran di dalam Masjid Nabawi. Ustazah akan menbaca doa diiringi doa yang kita minta.

Setelah selesai taklimat, ustazah membacakan doa.. Doa ini membuatkan aku menangis.. Suara ustazah mendayu-dayu.. sayu.. sehinggakan beberapa jemaah wanita menangis.. (Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Masukkan aku ke dalam syurgaMu tanpa dihisab.) - ini doa aku dalam hati..

Okey, bergeraklah kami ke Masjid Nabawi.

Kami beramai-ramai meletakkan kasut di satu sudut yang sama. Supaya, kita akan jupa balik kasut ditempat yang kami simpan sama-sama. Masuk-masuk, ustazah menyuruh kami niat, untuk iktikaf di Masjid. Sahaja aku iktikaf di dalam Masjid ini, kerana Allah Taala. Berikan salam kepada Rasulullah. Jika ada kelapangan masa, buatlah Solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat dhuha, solat sunat taubat, solat hajat dan lain-lain solat sunat.


WAKAF

Sementara beratur, ustazah memberitahu, sesiapa yang nak wakaf Al-Quran, jangan kerumun ustazah. Ustazah kata, jika berbuat demikian, ustazah akan ditangkap. Sebabnya, aku pun tak ingat. Ustazah kata, dia pernah ditangkap 3kali dan terus dibawa ke balai. Paspport akan dirampas, dan tidak dibenarkan datang lagi ke Arab Saudi. Pihak Andalusia, telah menyelesaikan masalah tersebut.

Setelah ustazah selesai memberi taklimat, ustazah kata biar saya yang pergi kepada kamu. Kamu buat seperti biasa. Solat ataupun membaca Al-Quran. Tiba-tiba ustazah tu terus datang kepada mama. Mamalah orang pertama yang diberikan giliran untuk mewakaf Al-Quran di Masjid Nabawi.. Terkejut juga. Ustazah mengeluarkan buku nota kecil, nak wakaf atas nama siapa? Mama sebut nama Along, Alfisyahrina, nama aku, dan nama anis.. Terkedu juga.. Aku ingat nak wakafkan nama aku sendiri.. Mama da buatkan untuk aku. Mama doakan, Along mempercepatkan kurniakan zuriat, aku dan anis, mempercepatkan dipertemukan jodoh.. Aku nak nangis da time tu.. Terharuuu.. Mama, una sayang mama... Terima Kasih Mama.. (Time tu aku masih lagi demam.. meleleh mata aku..).

Setelah selesai akad untuk wakaf Al-Quran, kami ke tepi dengan menunaikan solat sunat sambil menunggu giliran mereka yang lain. Giliran Malaysia, Indonesia, dan Singapore masuk ke dalam (bahagian sebelum ke Raudhah - Berhadapan ke tempat Raudhah). Kena beratur dulu. Okey, kami tunggu giliran kami. Agak lama jugalah. dalam setengah jam begitu.

Penjaga Raudhah, memberikan dahulu jemaah Arab, dan negara-negara selain kami masuk dahulu. Memang dikatakan kamilah jemaah yang terakhir masuk ke Raudhah. Apa nak dikata, itu sudah jadi rules mereka. Perlu ikut dan patuh. Kalau tak, kamu tidak akan masuk, dan dihalau keluar. Ibu, Ibu, Ibu.. itu lah disebut oleh Mak Guard Arab.

Menunggu dan menunggu, akhirnya sampai juga turn kami masuk ke dalam Raudhah. Masuk secara berasak-asak. Diserbu dan berebut-rebut dengan jemaah Indonesia. Mereka siap berlari. Kami, jemaah Andalusia, slow-slow masuk. Bak kata ustazah, kita jangan tiru macam mereka, kita ada kesopanan, tunjukkan kita ni sopan.

Masuk, aku, mama dan anis berpegang antara satu sama lain. Kami mencari karpet berwarna hijau, ustazah juga berikan ruang untuk para jemaah Andalusia bersolat. Mula-mula, Anis solat dahulu, diikuti dengan mama, aku last sekali solat. Da solat, kami anjak ke hadapan sekali. Aku, anis dan mama dapat solat depan sekali, karpet berwarna kelabu pula. No sure, tapi aku rasa itu pun kawasan Raudhah juga.. Macam biasalah aku pun doa ampunkan dosa, mengenai Jodoh dan dimurahkan rezeki. Sebelah Kiri, makam Rasulullah.. Depan, sikit makam Saidina Abu Bakar RA, dan sebelahnya, Saidina Umar RA. Tak nampak dengan clear, kami ditutup sedikit, hanya nampak bahagian atas sahaja.. Itu pun jadilah..

Kusyuk? semestinya tidak, Aku hanya bertawakal.. sebab, aku tahu stokin koyak.. banyak da berdoa kat Raudhah, tapi solat tidak pasti sah ke tidak.. Aku bertawakal sahaja.. Hanya Allah aje tahu apa isi hatiku.. Ampunkan dosa aku..


AL-BAQI'

Kami pun berjalan keluar.. terus mengambil kasut. Berjalan ke perkuburan Al-Baqi'. Ustazah bercerita, kita hendaklah berniat dan berdoa supaya dapat meninggal di Madinah dan dikebumikan di Perkuburan Al-Baqi'. Tempat yang sangat-sangat barakah. Dan juga ustazah juga memperingatkan, kita hendaklah rajin-rajinlah buat solat jenazah. Andaikata kita akan meninggal dunia, siapa yang akan sembahyang kat jenazah kita? Jika kita rajin dalam menyolatkan jenazah orang lain, InsyaAllah, orang lain akan datang dan solatkan jenazah kita. Jangan sombong, sesungguhnya, kita ini juga kelak akan dimandikan, dikapankan, disolatkan dan dikebumi dengan bantuan orang lain juga.

Masa itu, sudah pukul 11.30 pagi. Okey, mama kata jom pergi ke dalam masjid. Aku sebenarnya nak ikut ustazah tu, time tu mama pergi ke toilet. Mama, jom la ke ustazah, mama cakap, mama nak p masjid. Aku agak emosilah time tu.. Aku rasa marah.. kenapa ye.. Entah.. Aku cakap ngan mama, una nak pergi toilet, nak p ambik air sembahyang balik.. Lepas ambik air sembahyang, aku dapatkan mama, aku minta maaf.. Kenapa aku emosi? Aku tak tahu.. (Lama-lama aku fikir.. rupanya, aku hampir kedatangan haid..) Emosi terganggu kot.. uhuhu..

Minta maaf mama..

Masuklah kami ke dalam Masjid Nabawi.. Aku tak larat.. Aku baring aje sehinggakan menunggu Waktu Zohor berkumandang dan solatlah kami. Balik aje, makan dan terus tidur untuk merehatkan badan.. Asar pergi lagi. Aku still demam lagi.. Sebelum solat, aku baring di peha mama.. Mama tepuk-tepuk badan aku.. dan aku menangis.. aku terharu mama buat macam tu kat aku.. Da lama mama tak buat macam tu.. Last pun mama buat macam tu masa aku kecik-kecik.. Dalam hati aku meminta ampun pada mama.. Solatlah kami waktu asar di situ. Balik, singgah kedai kebab.. Makan makanan Arab pula..uhuhu


MAGHRIB

Time tu rehat selepas balik solat Asar. Waktu Maghrib di sana, start dalam pukul 7.04 petang gitu. So kene bersedia dalam pukul 6.00 atau 6.30 petang. Petang tu, aku nak cek internet. Aku tak tahu password, aku duduk kat kerusi Lobby Mubarak Silver bersebelahan dengan seorang perempuan. Aku tanya, tahu password internet Mubarak Silver? Tahu, 33663366.. (Tak salah aku la.. lupa da..uhuhu). Tup tup tup, berjaya masuk line internet. Yahooo! Gembira!

Kenapa aku gembira? Ehem.. aku gembira sebab dapat balas balik mesej jejaka itu kat FB.. Aku tahu, dia sure sudah sampai Malaysia. Jam waktu aku balas message dia waktu malaysia, 11 malam. Kiranya time aku di Madinah around 6 petang. Entahlah apa lah agaknya perasaan aku itu.. Gembira.. happy.. suka.. semua ada.. Anis perasan.. Tapi dia buat tak tahu aje..uhuh

Ada satu mesej tu, jejaka tu berikan 2keping gambar. Rupanya itu gambar curi time aku di Mekah. Terkejut aku.. Rupanya, jejaka tu perasan kehadiran aku time sebelum hari terakhir di Mekah. Kiranya hari Khamis la. Aku pun tak perasan dia langsung. Hanya mengenali dia, waktu terakhir sahaja. (Adakah ini takdir Allah berikan?)

Solat Maghrib dan Solat Isyak sekali di Masjid Nabawi. Tak balik hotel sehingga Isyak selesai. Aku tak makan malam.. tapi terus ke lobby tengok internet. uhuu.. Membalas balik mesej jejaka itu. Gitulah setiap kali aku cuba mencari masa untuk membalas mesej jejaka itu.

Esok rutin sama, Solat Subuh bangun awal dan pukul 8.00 pagi, kami berkumpul untuk sesi ziarah, Masjid Quba', Ladang Kurma, dan Pasar Kurma. Masjid Quba' dikatakan masjid yang dibina oleh Rasulullah sendiri. Jika menziarahi dan mendirikan solat di situ menyerupai 1 umrah. Kira-kira, aku sudah buat umrah 5x di Mekah + 1 umrah di Madinah (Masjid Quba') = 6 Umrah. Kalau aku buat 1 lagi umrah, boleh dikatakan 1 haji. Ju dan hafiz (jemaah kami) - telah buat 7 umrah di Mekah+1Madinah. Alhamdulillah. Jika itu janji Allah, mereka sudah bertitle Hajah dan Haji. :)

Malam pula, kami ziarah dan melontar duit untuk shopping Jubah di depan Hotel kami. Beli dalam 6 helai baju jubah dan lain-lain barang. Anis beli untuk AJAK dan anak-anak buahnya. Beli-beli sampai pukul 12 tengah malam selesai bershopping.


27 MEI 2013

Esoknya, planning ke Raudhah lagi dengan mama dan JU. Kami pergi selepas makan pagi. Dalam pukul 9, kami sudah gerak. Pergi bersama-sama pada mulanya, kami berpisah semasa nak masuk Raudhah. Mama kata nak pergi toilet dan terus balik, dan Ju sudah bergerak dahulu ke depan. Tinggal aku sorang-sorang kat luar Raudhah.

Time nak masuk ke dalam Raudhah, aku jalan slow aje. Dan aku nampak jemaah Andalusia, aku follow aje mereka. Selit-selit, dari jauh aku da nampak mama.. (Allahuakbar, siapa sangka aku dapat jumpa mama kat Raudhah) Aku gergas ke sana mendapatkan mama. Aku pegang bahu mama, MAMA! jumpa mama kat sini.. Yelah Raudhah tu kan time ramai orang. Memang tak expect dapat jumpa mama kat situ. Kami pun sama-sama ke depan berhimpit untuk solat 2 rakaat. Pada mula di kamu solat di karpet hijau, kemudian, kami ke depan sekali, karpet berwarna kelabu. Time tu da start kene halau dengan Mak Guard Arab. Aku cakap wait, wait for my mom. Please. Aku pun tunggu mama habis solat, kemudian aku pula solat di hujung sikit. Still kene marah, tapi aku tak endah. Sebelum tu, aku suruh mama keluar dulu, biar una solat dulu. Da solat baru aku dapatkan mama di luar. uhuhu... Gitulah kejadian hari ke -3 aku di Madinah. Hari-hari terakhir aku di Madinah.


SHOPPING LAGI

Malam terakhir, aku dan anis planning nak pergi shopping lagi kat bahagian jubah hari tu. Dalam pukul 10 macam tu kami keluar. Turun lift aje, nampak abang nuar. Abang nuar tegur, nak ke mana? Kami nak ke tempat semalam. Jom, abang temankan. Kami bertiga pun bergeraklah ke sana bersama-sama. Sampai aje kat tempat semalam, jumpa pulak abang mahmud dengan kak wati. Sudah, kami berlima pulak di situ. Gembira! uhuhu,

Mereka tanya, apa barang yang boleh bagi as a gift.? Aku cakap, freeze magnet. Tapi aku da beli da di Hudaibiah tempoh hari. Depa terkejut, Ada ke? Ada lah abang. Ni sure tak perasankan. Kami berlima berjalan-jalan sampai ke Hotel kaya-kaya, Bin Daud, Depan pintu madinah, sambil gelak-gelak. Uhuhu (rindulah time tu..) Tangkap gambar sesama, beli tasbih sama-sama, sesat, jalan sesama balik. Semua lah.. Abang nuar cakap, jom abang belanja Aiskrim Basket Robin. Kami pun pergi beli aiskrim kat situ.. Makan lah kami aiskrim yang mahal dan sedap dan besar.. uhuhu.. Seronok! Time da pukul 12.00 malam da. Kami still jalan-jalan lagi sehingga melihat jemaah yang baru sampai di Mubarak Silver.

Selepas tu, kami boleh lagi sambung borak-borak kat level kiterorang level 2, sampai pukul 2 pagi. uhuhu.. Gelak kami sampai menganggu jugalah jemaah yang lain. Seronok. Macam-macam kami borakkan..uhuhu. Esoknya, macam biasa, pergi masjid dan solat subuh dan buat ziarah Wida' untuk Rasulullah.. Itu lah aku solat kami terakhir di masjid Nabawi.. Selamat Tinggal Rasulullah.. Jemputlah kami lagi di sini..

Bergerak balik makan lagi nasi dulang kali ke-2 di R&R. seronok! Licin lagi. tapi kali ni, lauk, 1 ayam, 2 ekor ikan! gembira!! ikan double dapat! licin! Alhamdulillah, rezeki Allah berikan. Nyum Nyum! Selesai, terus ke Jeddah untuk pulang ke Malaysia. Naik flight dalam pukul 11 malam, dan sampai ke Malaysia dalam pukul 1 tengahari. Time balik adalah time sedih kami.. last kiteorang berjumpa dengan jemaah satu batch kami. Bersalaman, berpeluk, bercium pipi, dan bergambar.. Sedih, semuanya sudah selesai.. Kami minta nama FB, no phone dan alamat. Kot-kot boleh berhubung lagi.uhuhu.. :)

Alhamdulillah kami semua telah selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia. Tanah tumpah negaraku. Malaysia dihatiku. Alhamdulillah lagi... :))

OH! Malaysia!


p/s: pengalaman dan pengajaran mengajar aku lebih bersabar, lebih banyak mengingati Allah, lebih banyak berzikir dari sebelumnya, banyak mengingati dan merindu Mekah dan Madinah, semualah. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dan hatiku ini..

Terima kasih Allah dan aku bersyukur segala nikmat kurnia yang Kau berikan kepada diriku, adikku, dan kedua ibubapaku.. Jemputlah kami lagi ke sana... SYUKUR ALHAMDULILLAH (buat sujud syukur..) Amin.. :))

0 comments:

Post a Comment