Wednesday, June 26, 2013

Madinah Al-Munawarrah Panggilan Agung.

Assalamualaikum WBT.

Selamat Malam. Hai berjumpa lagi kita di blog unaku. Unaku.. aku create time aku belajar di UITM.. uhuhu.. Nama geli-geli gitu..uhuhu.. Abaikan..

Okey, hari ni nak cerita mengenai Madinah. Sebelum itu, aku nak cerita sebelum aku tiba di Madinah Al-Munawarrah. Bandar bersejarah yang paling Agung di dunia!


SELAMAT TINGGAL MEKAH AL-MUKARRAMAH.

Pagi Jumaat 24Mei 2013

24MEI 2013, aku akan meninggalkan Mekah.. Ya.. Hari terakhir aku di sana.. Aku rasa hati ini sedih, sayu.. Aku melihat bangunan sekelilingku.. Masjidku.. Tawafku.. Air Zam-zamku.. Saeiku.. Angin Panasku.. Aiskrimku.. Hotelku.. Aku akan tinggalkan semuanya sekaligus.. Entah bila lagi aku akan ke sana.. Hatiku membisik.. Aku tunggu panggilan dari Allah lagi.. Untuk menjadi tetamuNya lagi..

Peristiwa akhir ku di Mekah meninggalkan kenangan yang sangat pahit dan manis. Pahitnya, time aku bergaduh dengan Anis dan manisnya, berbaik semula dengan dia.. Berpeluk erat memohon kemaafan.. Kemudian Allah berikan aku perkenalan yang baru.. seorang jejaka langsung aku tidak kenal.. Adakah secara kebetulan? Adakah memang dirancang oleh Allah? Adakah ia takdirku? uhuhu.. Suka suki aku membuat tafsiran ini.. Mana satukah yang betul? Hanya Allah sahaja yang tahu..

Aku duduk di Lobby hotel sambil membalas message di facebook. Perkenalan baruku berlarutan sehinggakan jejaka itu pergi dahulu.. Aku tahu, batch kami batch last. Kami melihat satu persatu batch jemaah meninggalkan lobby hotel Malak Ajyad. Sehinggakan jejaka itu hilang dari pandanganku.. Hatiku membisik, insyaAllah. Kita boleh jupe di facebook ye.. :)

Selamat Pulang Malaysia..


PETANG.

Janji untuk bergerak adalah dalam pukul 2.00 petang. Kami menunggu dan menunggu bas tak kunjung tiba. Sehinggakan kami menunggu sehingga pukul 4.00 petang. Gembira.. Ya, sebab kami menunggu bas.. Sampaikan makcik 3 beradik tu, tidur di kerusi di Lobby tu.. Penat tunggu sebenarnya.. uhuhu.. Aku perasaan, abah siap buat roti lagi kat dewan makan..

Hah! pasal roti di dewan makan Mekah. Wah!! aku rindu roti itu!! Roti itu sedap sangat. Roti tu tebal, berwarna coklat, bila dibakar betul2 cook.. dan disapukan mentega, jem dan peanut butter kemudian letak gula atas tu.. Pergh! meleleh! Anis dan aku sure buat macam tu.. Aku perasan, Abah, setiap kali makan pagi, tengahari, petang, wajib bakar roti itu dan makan di bilik.. hahaha.. Mula-mula kami pelik, apasal abah selalu bawak roti ke bilik.. Bila kami makan.. ambik ko, kami da tiru style abah..

Okey, berbalik kepada petang itu..Yeah! bas sudah sampai.. tapi.. bukan nak complain. Bas itu..kurang penghawa dingin.. Petangkan agak panas.. Bila masuk dalam bas, agak kedap udara jugalah.. Kami bersabar ajelah, maybe ini juga satu dugaan dari Allah.. Aku tahu ramai merungut. tapi nak buat macam mane, kita hendaklah redha, bersabar, dan bersabar banyak-banyak..

Ustaz kata, kita akan berhenti di perhentian mana tah..Aku pun tak tahu nama tu untuk solat fardu Asar diQASARkan. menjadi 2rakaat. Toilet.. faham-fahamlah.. Bilik surau wanita, erm... kena ikut turn kalau nak solat kat situ. Bersabar. Ye Bersabar.

Setelah kami selesai solat, kami naik bas itu, tiba-tiba, rasa sejuk sikit.. Alhamdulillah.. Ingat nak tong tong duit, suruh bas ni masuk angin aircone. Hahaha. memandai aje aku ni.. hehhe.. sebelum tu ustaz ada beritahu, jika ada batu pada selipar atau kasut, buangkan ke dalam bas ini. Sebab, kita tidak boleh bawak apa-apa yang ada Tanah Haram keluar dari situ walaupun sebutir batu kecil. Kami pun cek dan cek.. Ada.. nasib baik..

ni aku cerita kat madinah.. kejap nak JUMP cerita kejap mengenai batu tu..


(Kat madinah, ada kasut yang aku selalu pakai ke Mekah.., Aku letak dalam beg besar yang sorong tu.. tengok-tengok, TERKEJUT aku, ada banyak lagi batu kat bawah selipar tu.. Aku pun keluarkan satu persatu letak dalam plastik.. Da siap tu, aku bungkus batu tu termasuk batu kat kasut Anis, aku ikat.. aku turun lobby Mubarak Silver, aku jupe orang nak ke Mekah.. Macam mane aku jumpa orang tu.. 

Macam ni.. aku da jumpa ustaz yang selalu kat lobby tu. tanya macam mane nak hantar balik batu tu. Dia suruh bawak turun dan jumpa dia. tapi aku tak jumpa dia balik. Dan aku jumpa orang lain. Pakcik. hehehe.. Aku turun lift. Dan sampai dewan makan, ada orang nak masuk ke dalam lift dengan memakai pakaian IHRAM.. aku pun sure la tahu, yang orang ini mesti nak ke Mekah. Dalam lift tu ada 5 orang kot.. tak ingat... 

Dengan selambernya aku tegur orang tu.. 'Pakcik, pakcik nak pergi Mekah kan..', Pakcik tu cakap, 'Aha, nak pergi da ni pukul 2.00 petang..', Aku cakap, 'ooo.. pakcik boleh tolong saya tak.. Saya sudah ke Mekah, saya baru perasan, ada batu kat selipar saya. Batu ini dari Mekah. Boleh tak pakcik tolong saya, hantarkan balik batu ini ke Mekah..' Time tu aku perasan semua orang tengok aku... Jeling-jeling sebab apa tiba-tiba aku bersuara dalam lift.. hahaha.. Pakcik tu cakap,'Boleh, masuk kan batu tu dalam beg pakcik.. Aku buka zip beg dia, aku masukkan ke dalam beg..' Sampai aku ke tingkat bawah.. Aku ucapkan terima kasih pakcik.. Itu aje.. semua orang macam senyum kot.. uhuhu.. entahlah.. Asalkan batu tu dan sampai balik ke MEKAH dalam keadaan selamat pun da cukup, Alhamdulillah... Dalam hati, Aku bertawakal aje lah..).


Berbalik pada cerita tadi..

Kami pun bergerak 2-3 jam kot, kami pun sampai ke R&R.. Time tu da masuk waktu Maghrib. Ustaz cakap, kita makan dulu. Kita makan Nasi Arab Dulang. Rupanya macam dalam gambar tu. Ada ayam 2 ketul dan seekor ikan.

Hahahaha.. Meh aku citer pasal ni.. (seronok bila kenangkan balik). Satu dulang untuk 5orang makan. Kami 4 beranak dan seorang lagi abang anwar. Pergh! Kecoh time ni.. Lagi-lagi ada abg anwar. Dia suka menyakat anis.. Almaklumkan, boleh ngam gitu. Makan sambil borak sambil gelak..hahaha.. itu lah situasinya. Dan ikan goreng tu.. sedap sangat. Sedapnya sampai kami order seekor lagi ikan..hehehe.. Meja kami aje yang tambah lauk..hehehe.. Ustaz, nak tambah ikan boleh? Ustaz tu pun order untuk kami.. Dalam 5 minit macam tu, tiba la ikan goreng yang sedap itu ke dalam dulang kami.. Nyum..nyum..nyumm..

Makan dan makan.. Licin dulang kami.. Nampak tak tu.. kami sungguh selera dengan hidangan yang simple lagi ringkas ini.. Kami ushar gak dulang meja lain.. Depa tak habis makan la.. (UJUB da mai da..) dalam hati kata, rugi-rugi..ehehe.. Kami suka..! :)) kenyang..Alhamdulillah..



Solat Maghrib beratur dengan orang india.. pergh.. malas lah nak citer.. faham-fahamlah.. uhuhu..
Lepas solat, kami order air coklat panas kat R&R tu.. sedap pulak.. uhuhu Masuk balik bas..dan tidur balik....hahaha..


SAMPAI KE DESTINASI

Kawasan sekitar Masjid Nabawi

Dalam bas tu, tekak aku da rasa lain.. Sakit.. Aku tanya abang anwar, ada ubat sakit tekak tak? Abang anwar ni Orang Farmasi.. Pasal ubat, serah pada dia.. Aku minta satu biji ubat hisap. Tidur dalam bas pun tak selesa.. Aku balut muka aku dengan tuala, (macam pakai niqab tu), bernafas sambil sakit tekak, hidung tak selesa. Udara tak sedap nak bernafas.. Gitu lah..

Dari jauh aku da nampak cahaya Madinah.. Ya.. itulah Tanah Haram Madinah. Hati aku berdebar-debar sebenarnya.. Sebab, aku fikir, aku dapat juga menjejak kaki di bumi Madinah yang sangat-sangat barakah.. Sebelum sampai.. Ustaz kejutkan kami dari tidur, dan tengok di sekeliling kawasan Madinah..

Aku... aku menangis.. aku menangis kerana terharu dapat masuk juga ke tanah Madinah.. Kesan Sejarah Lama yang sangat-sangat agung, paling indah dan paling terkenal di dunia.. Aku akan berjumpa dengan Rasulullah di sana... Ya aku kan berjumpa dengan Rasulullah.. Ya Rasulullah.. kenalilah aku.. terimalah aku untuk menerima syafaatmu.. Aku menangis kerana terkenang pengorbanan Rasulullah di Madinah.. Meleleh air mata ni.. Aku menangis sambil tutup muka dengan tuala itu.. Aku tak tahan.. Hanya Allah aje yang tahu perasaan aku time tu.. MADINAH.. sebut nama itu, macam-macam benda akan fikir.. Ya Allah, temukanku dengan kekasihMu Ya Rasulullah..

Dari jauh aku da nampak kubah Nabi berwarna hijau.. Ya Allah, kami semua mengirimkan salam kepada Rasulullah dan sahabat-sahabat Nabi. Termasuklah mengirimkan Salam dan Al-Fatihah kepada penghuni perkuburan Al-Baqi'.

Wah! Meriahnya Madinah!! Penuh dengan lampu, kedai-kedai makan, kedai pakaian, dan kedai-kedai yang lain lah! Ya Allah, seronoknya.. (sambil teringat jejaka itu cerita..uhuhu).. Kami sampai di Madinah pada pukul 11.00 malam. Hotel yang kami duduk tu nama dia, Mubarak Silver.. Sampai-sampai aku terus demam.. Aku tak larat, aku duduk di kerusi lobby. Ada kakak tu tegur, demam ke.. Aha.. suara aku pun da berubah jadi suara rock.. Kakak tu bagi panadol satu papan. Kakak tu doktor.. uhuhu.. Dalam hati aku kata, wah! jumpa lagi doktor.. Akak tu low profile sikit. memang jarang dapat berborak ngan dia.. Baiknya hati akak ni..uhuhu..

Sambil menjeling ke arah cikgu yang pegang hphone.. Akak, ada line internet tak? Akak cakap, 'Ada tapi kena ada password..' Yeke? Ala.. macam mana nak online.. Takpelah.. Ustaz pun mengagihkan kunci bilik kepada para jemaah. Kami semua duduk di tingkat 2. Seronok.. Sebab semua boleh kami jupa di satu floor yang sama..uhuhu..

Waktu dan pukul 12.00 malam.. Subur pukul 4.15 pagi.. Penat tak habis lagi.. Dengan demamnya.. tak tahan.. Aku tidur sekejap aje.. Pukul 3 pagi sudah bangun.. Dan mandi.. (Ustaz kata, kalau nak masuk ke dalam Masjid Nabawi, kenalah bersih dan berwangi-wangian...).. Aku dengan demamnya, mandilah.. Pakai baju kurung baru.. Baju kurung untuk hari raya tahun ni sebenarnya, tapi aku sudah pakai untuk ke masjid.. Berkejar ni nak ke masjid.. Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa sejuk dan panasnya badan ni.. Macam nak baring aje.. Aku gagahkan diri ke masjid..

Dalam Masjid Nabawi

Masuk-masuk masjid, aku mengirimkan salam kepada Rasulullah.. Pergh! ramainya... kami solat di atas simen.. bukan di karpet.. Apalagi, menggigil.. Sejuk.. Tak tahan.. Lepas solat, kami dihalau dari duduk kat situ.. Kami nak berdoa, tapi kena halau.. Yelah, kami duduk tu tempat laluan orang nak jalan.. tu pasal kena halau..uhuhu.. Berdoa dan balik terus ke dewan makan.. Sarapan..

Mama cakap, kita akan ke Raudhah pukul 8pagi nanti. Yeke? Okey.. tidur kejap, dan bergegas ke dewan makan, dengan taklimat ke Raudhah..

Raudhah.. cerita panjang.. next cerita aku cerita lagi ye..

Cerita ini, aku masih ingat step by step.. langkah demi langkah aku di Madinah..


Okeylah.. Good Night.. Terima kasih membaca nukilan tak seberapa ni..

Terima kasih. Assalamualaikum..


p/s :  teringat Prof Kamil di Madinah. Prof Kamil duduk di Bukit Uhud. Hati aku, sure xdapat jupe.. Masa sangat-sangat singkat di Madinah.. Harapan hanya tinggal harapan untuk berjumpa dengan mereka sekeluarga. Hanya buku dia aje, aku bawa ke hulu ke hilir..

InsyaAllah, permudahkan aku untuk bertemu dengan mereka.. Mahu mendengar ceramah dan tazkirah beliau.. Amin.. :))







0 comments:

Post a Comment