Sunday, June 23, 2013

Kisah Tawaf Sunat Terakhir

Assalamualaikum wbt..

Hai, selamat membaca semula kisah yang ehem.. tak tahu kategori apa.. jiwang? bukan.. komedi? bukan cintan? erm.sikit la.. hidayah atau anugerah kot.. EHEM! (senyum kejap..) ^^,

24 Mei 2013 bersamaan hari Jumaat adalah hari terakhirku di Mekah Al-Mukarammah.. hari yang sungguh menghayat hati.. Aku tiba di Mekah juga adalah hari Jumaat.. Dari mula aku sampai, aku da start kira hari.. hari pertama, hari kedua, hari ketiga hingga ke hari ke lapan.. Sayunya hati ni.. akan meninggalkan tanah suci lagi berkat ni.. Siapalah aku kalau bukan hanyalah hamba kepada Allah SWT.. 'Ya Allah, hambamu ni banyak sangat dosa... ampunkan dosa-dosaku Ya ALLAH.. Ampunkan daku jika ada salah dan silapku sepanjang aku berada di tanah haramMu ni.. Ya Allah, jemputlahku lagi ke sana.. hati ni meronta-ronta nak datang lagi ke sana.. permudahkan aku untuk ke sana..'


Sambungan dari kisahku dengan tajuk baru.. Kisah Tawaf Sunat Terakhir..


SEBELUM SUBUH

2.30 pagi, waktu aku pergi ke Masjidil Haram dari Hotel. Aku pergi bertiga, aku, anis, dan kak eira. Pergi ke sana hanya niat semata-mata beribadat kepada Allah. Aku kesian tengok anis.. itulah kali pertama dia buat tawaf sunat. Sebab sepanjang dia di Mekah, dia period.. Aku dan mama selalu doakan supaya, period anis dipendekkan.. Dapatlah dia solat, tawaf dan saei di Masjidil Haram.. Hanya hari ke-8, anis baru suci bersih dan dapat menunaikan tawafnya yang pertama.. Aku memang sayangkan Anis, cuma ego aku ni terlalu tinggi.. Ada kisah aku dan anis.. akhir citer ni aku citerkan..

ok, sambung balik point tawaf tu. Sepanjang tawaf tu, dari start aku ajarlah anis, apa yang perlu buat. bacaan, lambaian di hajarul aswad, doa2, zikit sepanjang tawaf.. aku rindu bab nak sampai ke lambaian ke hajarul aswad.. 'Bismillah, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahillham.' - sambil memandang dan melambai dan mengucup dari jauh..

Hari Jumaat, hari yang cuti di Mekah.. pagi itu agak padat dengan orang, kami rempuh juga menunaikan tawaf sunat. Kami pegang antara satu sama lain. Takut berpisah. Yelah, kami hanya bertiga, campur dengan orang-orang yang besar, berkumpulan yang ramai, berlanggaran dengan orang dan kerusi roda dan macam-macamlah ragam tetamu Allah..

Setelah habis tawaf yang ke-7, aku cakap dengan kak eira, 'Jom ke sana. (Ke bahagian solat ke arah Multazam membelakangkan tempat air zamzam)'. Selepas sampai aje kat hujung jalan tu, kami terjumpa lagi jejaka tu lagi kat situ.. Anis tegur, 'Eh, abang, - (ada lagi anis cakap, tapi aku tak ingat dialog itu). Aku pun terkejut juga. Eh, jupa balik abang ni. Cepatnya. Bukan kiteorang yang pergi dulu ke? (hati aku berkata-kata..). Kami hanya senyum dan terus bergerak ke tempat nak solat sunat.. (Aku tak fikir apa-apa..) Aku rasa, semua ni hanya kebetulan..

Kami pun solatlah sunat tawaf kat depan multazam. Doa yang terakhir setelah tawaf di situ.. Kami bergerak menuju ke tempat Air Zam-zam. Minum sambil berdiri - itu salah satu sunat. Doa dan bersyukur, sudah habis tawaf sunat. Cuma anis tanya, tak buat saei ke? Aku cakap, kita hanya buat tawaf sunat. bukan buat umrah. Aku tahu, dia rasa sedih.. Nak buat macam mane.. Tak tahu nak tolong dia macammane.. aku kan ego.. aku terus ajak dia solat subur kat tingkat 1. Anis kata, adik nak ke tempat mama.. Aku pun serba salah.. sekarang ni da ramai orang ni.. Takut tak jumpa mama kat sana.. Banyak kali juga aku dengar die cakap, nak pergi ke mama.. Sayu aje hati ni.. Aku pergilah ambil air zam-zam untuk kak eira dan anis. Minumlah. Kak eira, mengantuk.. Anis, sedih. Aku, memikirkan hari terakhir di situ.. :)

Ni bukan waktu subuh.. Inilah tempat waktu subuh kami solat. Tingkat 1.


MALAK AJYAD

Kami pulang dengan tangan yang penuh dengan aiskrim.. Nyum nyum.. aiskrim Mekah is the paling bestlah!! hahaha.. Mantop gitu. Murah tu murah. 3riyal aje. 6 perisa dalam 1 bekas.. Cer makan waktu selepas subuh! Nikmatnya, tak terkata!! Alhamdulillah!


Kami pulang makan pagi. Aku ada tercakap dengan kak eira. Nada macam seperti terlebih ujub.. kot... 'Una makan aiskrim ni setiap hari. sihat.' macam tu kot aku cakap.. lepas makan tu, berdiri nak hantar pinggan kotor tu, tiba-tiba pening! serius! pening dia lain macam.. sudah! apa da jadi ni.. Aku cakap ngan anis, aku peninglah kepala.. Balik aje bilik, aku terus muntah.. Nak tahu aku muntah apa? Aiskrim tu balik..

MasyaAllah..

Macam tu aku diberi balasan bila aku berlagak lagi ujub lagi-lagi kat tanah haram.. Aku ambil air sembahyang, buat solat sunat taubat.. minta Allah ampunkan dosa aku.. Sifat mazmumah aku.. jauhkanlah aku sifat riak,berlagak, takbur, ujub, sombong Ya Allah.. menggeletar badan aku ni.. Sambil mengemas tu, aku tahan kepala ni.. Da siap semua barang ni, aku tidur kejap untuk hilang sakit kepala ni.. Lepas bangun tu, kepala da elok sikit.. Aku fikir ni kali ke berapa kene ujian macam ni kat Mekah. Sebelum ini ada.. nantilah aku cerita lah.. uhuhu..


TAWAF WIDA'

Pukul 10 nak pergi buat tawaf Wida'. Tawaf selamat tinggal. Wajib kena buat, kalau tak buat atau tersalah buat, boleh kena ganti balik. Dam xsure, ada kot.. tak ingat.. Pergi dengan mama, abah, anis dan aku.. berempat pergi.. Hati ni da start sedih da ni.. tawaf dan tawaf.. doa kepada Allah, Ya Allah, jemputlah kami ke sana lagi.. Jadikan kami tetamuMu lagi.. dan doa-doa seumpamanya..

Balik itu, selepas tawaf wida' tidak dibenarkan ambil gambar dan bershopping lagi. Tidur pun tak boleh. Maksudnya tidak di atas katil dengan nyenyak. Tak boleh. Aku balik dari masjid tu, aku boleh gaduh dengan Anis.. Aku marah dia sebab, dia nak ambil gambar mama ngan abah pegang tangan sama-sama. Aku beremosi hari tu, sampai anis terasa hati dengan aku.. Aku ni ego, still rasa aku ni betul, dan anis salah.. Dia cakap, dia banyak terasa hati ngan aku.. Aku pun rasa tersedarlah.. Ya Allah.. apa aku da buat.. Bila aku fikir, aku banyak doakan dia, banyak backing dia, banyak tolong dia.. Dia tahu ke? dia xtahu semua tu.. Xpe lah.. aku pun balik dengan lajunya tinggalkan mama, abah ngan anis kat belakang.. nak nangis, tapi aku tahan.. Aku fikir, kenapa aku bergaduh kat sini? kenapa..

Dalam bilik, kiteorang buat bodoh aje. Tak tegur langsung. Sampai waktu zohor, kami da siap-siap nak solat. Anis tegur aku, adik minta maaf.. Aku pun, aku cakap ngan anis, aku pun minta maaf. Aku cakap ngan anis, aku nak peluk ko boleh.. Aku pun peluk lah dia.. Erat-erat.. aku tak pernah buat macam ni kat anis.. 1st dalam seumur hidup aku peluk adik aku macam tu.. Ya ALLAH, kami bermaaf-maafan di tanah haram Mu Ya Allah.. Ampunkan dosa kami.. Solat bersebelahan dengan dia.. Rasa pelik..

(menaip sambil tengah meleleh mata ni....).. teringat balik kejadian lepas..


DEWAN MAKAN

Aku dan anis pun turunlah ke dewan makan.. Mama dan abah da makan da. Kami lewat sikit. Kami turun dan ambillah makanan di dewan makan. Aku perasan, ada sekumpulan lelaki kat meja tengah-tengah. Aku malas nak ambil tahu. Masa aku lalu tu, aku perasan, ada orang cakap, aku senyum, orang tu xsenyum balik pun kat aku.. (lebih kuranglah).. Aku pun buat la bodoh.. tak kan nak layan kot.. Malu la juga kan.. Rasanya anis tak perasan..

Kami duduk di meja belakang sekali. Ingat nak makan sekali dengan makcik 3beradik. Mereka ke meja lain.. sedih.. xpelah. makanlah dengan anis. Masa aku duduk tu, aku terpandanglah meja yang berkumpul geng lelaki tadi. Aku terperasan eh! itukan jejaka kat lobby tu kan..? Aku pun tunduk lah sikit kat dia, tanda aku kenal dia. Dia pun tunduk sekali. Yelah, antara abang-abang kat situ, jejaka itu sorang aje aku kenal dan pernah bertegur sapa.

Aku makan macam biasa, dan ada makcik duduk disebelah aku, dan kami borak-borak mengenai Madinah. Madinah, makcik tu kata, meriah kat sana. Makcik tu kata, tak pernah makan kat dewan makan madinah. setiap hari makan kat luar. Wah! fikir macam menarik aje makcik ni cakap.. cerita-cerita sampai habis makan tengahari kami...


WAKTU BERTOLAK

Aku turun bawak beg turun. Niat nak tengok internet la kejap. Tengok facebook.. Ada mesej kat inbox. Nama dia _ _ _ _ _ seremban.. tuuuut. (sensoredkan..) tak mahu bagi tahu.. uhuhu...Hati aku sebenarnya da agak da, ni mesti jejaka tu.. Memang betul jangkaan aku.. Dia lah! aku pun tersenyum.. hehehe.. Eh! ada orang add aku.. Dia juga! hehe.. aku pun approved dia dan tengoklah die punya profile dan picture. Sah! betul!!

Aku fikir, macam mane dia tahu nama aku.. Boleh pulak dia add aku..? Pelik! Ni perbualan kami.. :)

  • Conversation started May 24
  • 10:35am
    JEJAKA

    Selamat beribadat di Al-Nabawi 
    Dan diselang seli dgn shopping.. Hehehe.. 
    Take care ya...
  • May 24
  • 7:07pm
    Aini Husna Molis

    terima kasih. Mcm mane tahu fb sy ni?
    semoga selamat pulang ke malaysia. 
  • 7:15pm
    JEJAKA

    Hehe.. Gifted kut.. 
    Keep in touch yer
    Btw, saya ................................. 7:35pm
Lebih kurang macam tu lah permulaan kami.. Ada lagi. tak nak cerita semua kot.. Malu lah.. Rahsia antara kami lah..uhuhu..

Kami berbual di fb sehingga dia pergi dahulu. Tinggallah kami yang nak ke Madinah di Lobby.

'Selamat Pulang semula ke Malaysia'

Perbualan kami tidak habis di situ.. Sambung di Madinah.. hehe..

cont... Madinah!! I'm Coming!!! Rasulullah kekasih Allah!!! Jemputlah aku ke sana!!

Tidur.... uhuhu


P/S: setiap aturan yang Allah berikan ini, bagi kita manusia biasa hanya fikir ia adalah kebetulan. tetapi jika difikirkan semula, ia adalah rancangan Allah, yang mengatur segala pertemuan, kasih sayang, isi hati, kesabaran, kesedihan, ketabahan dan lain-lain tanpa kita sedar.. Hebatkan Allah.! siapa yang boleh dustakan? Bacalah surah Ar-Rahman.

Allah.. Allah.. Allah.. ampun dosaku.. dan terima kasih dengan pemberianMu.. ^^ happy.. :)


0 comments:

Post a Comment