Wednesday, June 19, 2013

JODOH DI TANAH HARAM

JODOH.

Semua orang berharap apa yang dinamakan JODOH.

Jodoh menurut islam adalah Takdir atau Ketentuan Allah sejak azali lagi. Allah telah merancang dan memilih calon yang sesuai untuk kita dari alam jasad sebelum jadi BABY lagi. Jodoh yang Allah berikan itu adalah sesuai dengan keimanan pada seorang hambaNya.

Cepat atau lambat, memang Allah susun yang terbaik untuk kita dan ada hikmah disebaliknya. Tapi menurut masyarakat melayu islam di Malaysia. Kalau perempuan kahwin lambat, ada sahaja dipertanyakan, dipersoalkan, diperkatakan dan dibisikkan.. Kahwin awal begini caranya, kahwin lambat begini jadinya. Mulut manusia atau pun budaya kita memang sudah terbawak-bawak sejak zaman dahulu lagi..

Jodoh yang bagaimana Allah redhai dan diberkati? Jodoh yang telah diikat oleh AKAD NIKAH melalui ikatan nikah yang sah. sah. sah dan sah.

TANAH HARAM

Tanah yang diberkati oleh Allah swt. Adakalanya, apa yang dipercakapkan, atau kelakuan yang terlebih sudah boleh menjadi ia makbul. Kak eira, suka menyebut JODOH JODOH JODOH setiap kali lelaki yang hensem (sorry kak..pengalaman kita bersama.. :) ). Dan harapan akak, semoga Allah berikan sesuatu keajaiban.. Aku pun mendoakan kak eira dipertemukan JODOH yang paling special dari Allah swt.

Aku rasa, setiap masa dan hari aku sebut mesti doakan pasal JODOH. 'Ya Allah, pertemukanku jodoh...' samada solat sunat atau solat fardu. Kadangkala apabila terbiasa menyebutnya, setiapkali solat confirm ada perkataan tu.. uhuhu

Tapi, niat aku apabila berada di Tanah Haram, aku langsung takde niat nak mencari jodoh di situ. Niat aku hanya nak beribadat kepada Allah dan mengharapkan makbulnya doa yang dipohon.. Hati kosong, hati hanya mahu bersolat sahaja, hati mahu dekat dengan Allah selalu, hati yang sentiasa mengejar waktu solat, hanya nak berlari pantas untuk mengecop tempat kosong, baca Al-quran, beriktikaf di Masjid dan merenung masa depan seperti MALAS nak memikirkan dunia..


PERKARA YANG TIDAK DIRANCANG LANGSUNG

Ok. Pengalaman ini, aku dapat pada hari terakhir aku di Mekah pada hari Jumaat pada 24Mei 2013.

Gini ceritanya... Pertemuan aku ini adalah satu anugerah, keajaiban, kebetulan dengan seorang jejaka yang tidak langsung aku kenal. kosong. nothing. tak tahu. Hanya aku tahu, jejaka itu adalah jemaah umrah sama seperti aku. Satu hotel dengan aku di Malak Ajyad.

Permulaan cerita adalah, sebelum hari peristiwa itu berlaku, aku, kak eira, ju dan anis planning nak buat tawaf sunat terakhir pada pagi sebelum subuh sebelum kami semua bertolak ke Madinah. Janji kami akan jumpa di Lobi. Aku dan anis bangun dan bersiap sedia nak pergi tawaf sunat. Janji jumpa pukul 2.00 pagi. Okey, aku sudah siap. anis lambat sikit. Aku cakap dengan anis, 'aku turun dulu lah, kot-kot kak eira dan tunggu kat Lobi sorang-sorang'. 

Aku pun turunlah. Turun-turun, aku tengok kat lobi, alamak, kak eira takde. Yang ada lelaki Arab dan seorang jemaah lelaki. Alamak, aku sorang-sorang perempuan kat sini. Baik aku tunggu kat depan lif. kot-kot anis turun. Masa tu perasaan tu memang lah takut. Yelah, sorang-sorang, lain semua lelaki. Risau dan takut.. hahaha..

Dalam beberapa minit, anis pun turun. Letak kunci di kaunter. Dan jejaka tu bangun, lantas aku dan anis pun ambil la tempat jejaka tu duduk. Nasib baik ada tempat kosong.. Okey, tunggu kak eira.

Tiba-tiba.. jejaka tu menyapa aku dan anis. Oh, okey, maybe nak ajak berborak kot. Macam jemaah lain nak berborak. Memang langsung tak fikir apa-apa. Yelah, sebab kita niat nak pergi tawaf sunat dan tunggu kawan. Jejaka tu bercerita, katanya dia last day hari tu. Kami pun cakap, kami pun last day. Jejaka ku cakap, die dari Madinah dulu baru ke Mekah. oooo... Kami cakap la, kami tak pergi lagi ke Madinah. Kami cakap, 'best ke?'. Jejaka ku kata, Madinah lagi meriah dari Mekah. Rasa rugi tak shopping banyak-banyak kat sana. Ingatkan Mekah lagi meriah. 'Oh, yeke?' Jejaka tu pun siap bagi tengok video dari Madinah. Dia kata, 'kain terbang'. Aku tak dapat bayangkan macam mane. Selepas tengok video tu, aku rasa WAH! meriahnya! hehehe..

Ada satu part aku tertinggal. Part di mana, jejaka tu tanya (aku tak ingat), ayat dia lebih kurang, 'ada buat umrah lagi ke?' Aku cakap ada, 'baru buat semalam'. Jejaka tu tanya, 'kenapa tak ajak.? Ala, tak tahu pulak nak pergi umrah sekali..'. Aku pun senyum ajelah.. tak tahu nak kabor apa lagi..uhuhu

Kak eira pun turun. Ju tak ikut. Kak eira cakap, ketuk bilik takda menyahut. So, decided, turun dan terus ke lobi untuk meneruskan perancangan yang dirancang malam hari tu. Kata kat jejaka tu, okey, kami pergi dulu. Jam menunjukkan pukul 2.30pagi. Kami bertiga pergi meredah pagi yang sejuk tak sejuk sangat...

okeylah, next post den citer apa terjadi selepas bergerak dari hotel itu.. sorry, tergantung cerita ni.. mata den ni dan hujung-hujung aje da ni.. Nak aje kene letak mancis kat mata kalau boleh nak sambung cerita ni. uhuhu...

K la.. sorry..

okey..daaa...

night.. sweet dream. baca doa dan surah 3kul dan ayat kursi dan bismilah 21x.
dan la ilahaillah.... (mengucap sebelum tidur..) kot-kot tak terbangun esoknya.. - Ustaz Ismail Kamus yang ajar no..

okey..

Assalamualaikum... :))


p/s: Ya Allah, ampunkan dosaku.. ampunkan dosa kedua ibubapaku, adik beradikku, ipar duaiku, anak buahku, sanak saudaraku, guru-guruku, jiran-jiranku, sahabat handaiku dan kaum muslimin dan muslimat sekalian..

Jika ada yang terasa apa yang aku cuba sampaikan selama ini, aku minta maaf.. tiada perasaan riak, takbur, ujub, berlagak.. Hanya sekadar perkongsian hati di blog ini untuk berkongsi pengalaman yang epik ini..AMPUN... :))












'

0 comments:

Post a Comment