Monday, June 17, 2013

HIdup itu indah..

Assalamualaikum wbt.

Hari ini nak masuk 8syaaban bersamaan 17hb Jun 2013. Genap sebulan aku pergi menunaikan umrah di Mekah Al- Mukarramah.

Syukur tak terkata yang tak boleh diluahkan kerana dapat menjadi tetamu Allah. Inilah perkara yang paling diidamkan sejak beberapa tahun yang lepas. Niat sudah ada, masa untuk ke sana tidak tahu. Pada 16Mei2013 Khamis, aku, anis, mama, abah berpeluang menunaikan umrah.

Tahun lepas pada bulan Ramadhan aku dan berniat dan bersolat sunat hajat untuk mengumpul wang menunaikan umrah. sepanjang sebulan tu, itulah doa yang aku minta. Sebelum itu, aku sudah membaca buku prof kamil, Saat Yang Diuji, itu yang membuka minda dan hati nak ke sana.. Video beliau, tazkirah beliau, semangat beliau memang mantap dan menghayati jiwa ragaku! Seperti dalam awang2an.. hehehe.. (sangat2 mencintai Allah..)

Okey, cerita mengenai pengalaman ke sana.. Ya Allah, banyak sangat kenangan manis ketika aku di sana.. Tak dapat nak cerita setiapnya.. Dari hari pertama bertolak dari KLIA hingga ke akhirnya di KLIA.. (mengeluhku kesenyuman lebar sampai ke telinga..).. kenangan yang cukup2 paling terindah sepanjang aku berusia 27tahun..

Aku terima, dugaan, cabaran, kesabaran yang tinggi, ketabahan yang tinggi, keresahan yang tinggi, kekenyangan makanan Arab, kesedihan, kekecewaan, kegembiraan, kepayahan, keletihan, kehebatan, dan lain perasaan yang tak dapat dibayangkan.. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.. Aku menulis ni, pun aku nak meleleh airmata.. RINDU.. itu yang boleh gambarkan..

Rindu,

Ya, aku rindu Mekah.. Aku rindu Madinah.. Aku rindu Malak Ajyad, Aku rindu Mubarak Silver. Aku rindu semuanya di sana.. Ya Allah, jemputlah aku lagi ke sana.. Aku rindu nak tawaf, rindu nak saei, rindu nak Miqat, rindu nak solat di Hijir Ismail, rindu nak minum air zamzam, rindu nak berlari2 di situ..

Paling Yang aku tak sangka adalah.. penemuan aku dengan seorang jejaka..

Jejaka? Ya Jejaka yang langsung aku tidak kenal.. jeng jeng jeng.. nantilah aku cerita. Mata da mengantuk! esok nak berpuasa sunat hari isnin pada bulan syaaban pada esok hari kerana Allah Taala.
Sebelum tu, praktis solat sunat tahajut.. itulah the strongest untuk pemantapan iman dan jiwa kerana Allah swt!!

Next session, den cerita ye..

Night!

Assalamualaikum..

p/s: mimpi mekah.. mimpi kaabah, mimpi jejaka tu..ouw! gatai cik una ni. xdelah.. harap2 ini lah doa yang Allah makbul kat sana di Jabal Rahmah, Multazam, Hijir Ismail, kawasan menghadap tapak NABI IBRAHIM, Pancur Emas, Depan Kaabah, Raudhah, Doa Solat istikarah dan Doa solat Hajat.

Mempercepatkan, mempermudahkan dan mempertemukan lelaki yang soleh, beriman, dan bertakwa, sekufu, dan berbahagia hingga ke syurga firdausi.. Amin.. :)

0 comments:

Post a Comment