Tuesday, June 18, 2013

Cintaku di Jabal Rahmah

Assalamualaikum..

Hari ini hari Selasa. 18jun 2013. Hampir 21 hari lagi kita nak menyambut bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan. Bulan kita. Bulan umat Nabi Muhammad SAW. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan pahala yang sangat banyak.

18Mei 2013 - hari di mana, hari yang ke dua kami para jemaah SV16 menunaikan UMRAH yang kedua kalinya. Pergi Miqat di Jaranah. Hari yang baru nak berkenal-kenalan dengan para jemaah satu batch. Seronok dapat kawan baru.

Sebelum Miqat, kami dibawa ke JABAL RAHMAH. Di mana tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa bertemu semula selepas berpisah selama 230 tahun setelah turun ke bumi. Nabi Adam di kata di turun kan di India. manakala Hawa di Mekah. Kebanyakkan, orang yang melawat ke JABAL RAHMAH ini adalah hanya 1 niat sahaja. Iaitu JODOH.

JODOH.

Niat untuk mencari pasangan (lelaki dan perempuan). Lumrah manusia hidup berpasang-pasangan. Hatiku juga begitu mahukan hidup bersama seorang lelaki bernama suami. Okey, kembali kepada cerita pengalamannku. Selepas kami melawat Bukit Thur, kami ke JABAL RAHMAH untuk tujuan lawatan la. Ustaz Hanif kata, tempat siapa-siapa nak berdoa untuk dipertemukan dengan jodoh, eloklah berdoa di sini.. Yang bujang boleh la turun dan manakala yang sudah berkahwin pun boleh juga turun. Khas untuk HAJI.. (faham..?)..hehehe. (buat lawak pulak ustaz ni).

Apa lagi, bujang-bujang seperti aku dan anis pun turun dan panjatlah ke JABAL RAHMAH.. Panas.. Naik aje sudah pening. Pening sebab, satu ramai, satu kene panjat. Batu tak stabil. Ada tinggi dan ada yang rendah. (macam batu nak panjat GUA HIRA').

hehehehe...


Aku dan anis panjat. Anis boleh kata, kita kat sini nak buat apa? Hey budak ni.. Berdoa la. Kita doakan jodoh terbaik untuk kita la. Aku berdoa dan anis pun berdoa. Nak tahu apa aku doakan..

'Ya Allah, ampunkan dosa ku.. ampunkan dosa kedua ibubapaku.. Ya Allah, mempertemukanku dengan lelaki dan jodoh yang baik, beriman bertakwa dan beramal soleh. Yang boleh mendidik aku dan menjaga aku, sekufu dan dapat memberikan kebahagianku dunia dan akhirat...'

Aku berdoa ini, langsung tak fikir apa-apa.. Maksud aku, aku masih berharap, kalau ada jodoh yang terbaik untuk aku, aku mahu pilih dia. Walaupun aku tahu, aku ada berkawan dengan seorang lelaki. Aku teringat kata-kata Ustaz Zambri yang MANTOP tu kata, 'Saya suka surah Al-Syam yang menjadi surah pilihannya..' Beliau mengatakan, kita diberikan pilihan dan manusia sendiri yang menentukan hala tuju.' Maksudnya, Allah yang akan berikan kita ilham dan kita yang akan berusaha untuk memilih pilihan kita. Aku ada sertakan link ustaz zambri kata.. Boleh la tonton di Youtube.

http://www.youtube.com/watch?v=TL7mf17Y6Wo


Aku tidak membuka hati untuk sebarang lelaki mahupun si dia di Malaysia. Hati aku kosong. dan berharap yang terbaik dalam pemilihan JODOH. Minta maaf, kalau aku bersikap begini.. Hati ini tidak tahu nak cakap macam mana dan nak terangkan macam mana.. Ya masih mahu yang terbaik.. Ya Allah permudahkanlah dan mempertemukan JODOH yang terbaik untuk ku..

Di sini ada sedikit gambar aku di JABAL RAHMAH.. Rindu..


Dataran di JABAL RAHMAH

Aku posing di sebalik JABAL RAHMAH.

Batu di JABAL RAHMAH
Di sana, ramai orang mencium batu itu, menulis nama di batu itu. Aku rasa ini kurafat. Nasib baik tak bawak marker. Memang den tulis.. hehehe. tak de lah. Baik berdoa berharap pada Allah daripada menulis nama atas batu.. kesian..

next post la ye.. :)


P/S: Allah maha mendengar. Segala butir kata doa itu, ALLAH sentiasa mendengar. Makbul itu hanya dapat samada cepat atau lambat mengikut aturanNya. Yakin, Beriman dan Tawakal. :)



0 comments:

Post a Comment