Saturday, March 2, 2013

Mahu membeli design kad kahwinku

Assalamualaikum..

Di sini membawa perkhabaran mengenai pihak ketiga mahu membeli kad kahwinku. Yang terbaru adalah seorang tuan haji dari semenyih yang ingin berkerjasama untuk membeli kad kahwinku..

Pada mulanya, aku tidak mahu layan. Ingatkan seperti orang lain untuk membeli kadku..Mengingatkan beliau ada tuan haji kemungkinan seusia bapaku..Aku menyuruh kak linda membalas emel tersebut. Dan jawab daripada tuan haji, seperti kecewa dengan jawapan yang diberikan.

Setelah berfikir panjang dan mendengar radiobisnes dari Puan Ainon dan Tuan Bukhari, baru aku tahu, kita tidak perlu kedekut dan merahsiakan hal bisnes a.k.a resepi kejayaan kita kepada orang lain. Perlu menceritakan dan berkongsi apa yang boleh kita berikan kepada orang lain.

Dengan itu,

Tindakan aku, membalas semua emel tersebut dengan perkongsian yang boleh aku berikan kepada tuan haji. Diharap tuan haji menerima kata-kata dan perkongsian aku kepada beliau. Aku tidak mahu company moliscardgallery dilabel dengan negatif dan tohmahan yang tidak baik. Untuk menjaga nama syarikat, lebih baik kita berkongsi apa yang kita ada kepada orang lain.

ini ada picture untuk perkongsian..



"Jika tuan/puan mahukan design kad saya, saya tidak dapat memberikan design yang telah dibuat. Ia kerana, ia sudah menjadi originality company saya. Saya boleh berikan link website yang boleh tuan/puan yang ingin membuat cover kad kahwin. Semua yang saya berikan adalah free. Tidak perlu berbayar.

Diharap, tuan/puan boleh melakukan seperti mana saya lakukan sekarang. "

p/s : Okey, happy hari ini, dapat meluahkan serba sedikit apa yang perlu disampaikan kepada orang lain.. :))
Semoga Allah murahkan rezeki kalian. :))

0 comments:

Post a Comment