Friday, March 1, 2013

Istiqomah

Assalamualaikum...

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari.

Hari ini nak cerita istiqomah.. Sejak bila aku mula memikirkan istiqomah? Ya, sejak aku membaca buku Prof Kamil.. Di situ titik permula aku memulakan niat istiqomah.

Perkara apa yang telah aku buat untuk istiqomah dalam sesuatu perbuatan itu? Dalam perkiraan aku, ada 4 setakat ini.

1. Solat Tahajut dan Solat Taubat setiap malam kecuali PERIOD.. Aku start solat tahajut sejak selepas bulan puasa tahun lepas 2012. Lepas raya, Alhamdulillah, aku terus buat sehingga kini.. Ada juga aku terlanjak tidur. Perkiraan aku terlanjak dalam 5-6kali juga la.. Kalau aku terlajak, hati aku rasa menyesal..sebab tiada lagi untuk hari semalam untuk aku qada' balik..

Hari semalam adalah hari semalam.. bukan untuk hari esok... Jika aku bangun awal, aku akan buat 5 perkara atau 5 solat iaitu, solat tahajut, taubat, istiqarah, hajat dan solat Qada solat subur yang pernah aku tinggal dahulu.. kemudian, masuknya azan subuh, aku pun buat solat sunat sebelum subuh dan seterusnya solat subuh..

2. Puasa Isnin dan Khamis setiap minggu. Aku ikut kata-kata prof, berpuasalah isnin dan khamis. kalau boleh puasa la Nabi Daud.. selang 1 hari setiap minggu..(itu belum lagi aku buat...entah bile aku boleh buat..) Puasa ini, aku buat juga selepas raya tahun lepas, selepas puasa Qada' terus aku menyambung kepada puasa isnin dan khamis..

3. Qada' solat 5 waktu.. Ya, aku pernah tinggal solat 5 waktu.. Aku start PERIOD pada usia aku 11 tahun waktu itu aku darjah 5. Dalam bulan 7-8 gitu, tak ingat. Dari situ, aku tak solat-solat sehingga aku tingkatan 3.. Kira-kira 5tahun juga la.. kadang solat, kadang tidak.. ikut mood gitu.. selepas aku bersekolah asrama tingkatan 4 di sekolah teknik, Alhamdulillah, aku dapat solat penuh sehingga sekarang..

Aku beristiqomah untuk menggantikan solat 5 waktu pada 1Februari 2013. Hari 1 Mac 2013. Sudah sebulan aku Qada'.. Alhamdulillah..dapat juga aku buat selama sebulan.. Pada mula aku start buat, memang payah.. lama-lama aku sudah terbiasa buat.. Hope dapat aku teruskan sehingga 5 tahun..

4. Istiqomah keempat - exercise untuk mengecilkan punggung dan peha.. xsure boleh ke tak.. kemalasan tu ada aje.. setakat ni sudah istiqomah 2minggu exercise.. tidak tahu sama ada ada perubahan atau tidak..uhuhu... Hope ada la sikit2.. Kat situ lemak berkumpul sebab duduk aje di kerusi kerja tanpa bergerak ke mana.. Effectnya, situ la lemak-lemak berlepak..

Insyallah, akan aku tambah lagi istiqomah yang lain.. dalam ertikata disiplin dan ikhlas melakukan sesuatu perkara kerana Allah..


p/s : nak kuruskan badan.. bila lah aku nak istiqomah...uhuhu makan adalah aktiviti kegemaran ku.. :)

0 comments:

Post a Comment