Monday, August 27, 2012

Ego

Assalamualaikum. Hari ini 27hb Ogos - 9 Syawal 1433H. Malam agak boring, tak tahu nak buat apa. Dalam laptop ni, kalau buka internet, terus buka blog haji muhd kamil dan pun roza roslan. Favourite penulis blog, buku, motivasi dan sebagainya.. Alhamdulillah, Allah telah memperkenalkanku dengan pasangan ini.. Terima kasih Allah.. hidayah Mu tidak dapat ku hitungkan dengan kata-kata dan perbuatan..

Semalam, aku menangis setiap kali baca penulisan pun roza roslan.. antara yang paling aku suka apabila, puan roza menceritakan mengenai ke Raudah, untuk bersolat lebih lama di sana, dan berdoa di makam Rasulullah.. Setiap doanya, Allah kabulkan tanpa puan roza perasan.. lama-kelamaan, barulah puan tu sedar, Allah telah memberikan masa dan hadiah yang istimewa dari doa yang dimintanya kepada Allah... Allah, Allah, Allah.. istimewanya doa kepadaMu.

dan



yang paling aku tak boleh aku lupakan setelah aku baca blog puan roza, pasal seorang ibu yang ego.. dan akibatnya membuatkan suami dan anak2, berjauh hati dengan masakan beliau.. beliau sangat terkilan apa yang telah berlaku.. pada mudanya, beliau sangat gemar memasak, setelah berkahwin dan berkerjaya, tiada masa untuk memasak untuk keluarga, dan suami hanya memberi makan makanan seperti maggi. suaminya agak complain dengan masakannya kerana, katanya tidak seperti ibunya memasak.. suaminya suruh belajar dengan ibunya.. Agaknya, puan itu ego atau sangat sibuk dengan kerjayanya, beliau mengabaikan tanggungjawab itu sehingga anak-anak meningkat usia dan berkahwin..

bila tibanya hari raya, beliau cuba untuk memasak untuk keluarga, suami kata tak perlu masak, dan hanya makan diluar ataupun beli lauk diluar. Dan setiap kali hari raya, anak-anak akan merancang untuk makan diluar sahaja tanpa ada masakan dari ibunya.. Beliau amat sedih dengan keadaan ini..
Apabila suami kelaparan, beliau cuba untuk masak, tetapi, suami kata, biar la saya memasak dan saya melihat cara masakannya adalah seperti persis cara masakan ibunya.. Remuk hati beliau..

cerita ini membuatkan aku terkejut. dan betul-betul terjadi dikalangan masyarakat kita.. Masyallah..

moral of story.. untuk aku (aku belum kahwin lagi..) aku akan cuba ambil ini sebagai iktibar dan ilmu yang baru ini untuk masa depan.. antara katanya, "hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.

Sungguh, masakan ibu rupanya mampu menjalinkan perhubungan ibu dan anak. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dikenang oleh anak-anak suatu hari nanti. Ada ilmu yang boleh diturunkan menjadikan ia bermanafaat".
Ya Allah, ampunkanlah dosaku.. banyak lagi dosa tak tertanggung olehku..Aku malu dengan diri aku dahulu.. Ampunkan dosaku, dan egoku.. Buangkan la sifat egoku ini.. dan berikanlahku sifat bersangka baik dengan orang lain.. Amin Ya Rabbal Amin...

p/s: aku mahu dan akan mempelajari menjadi ibu yang boleh melahirkan dan mendidik anak menjadi khalifah atau pemimpin yang boleh berjihad semata-mata kerana Allah.. Insyallah..

0 comments:

Post a Comment