Tuesday, August 21, 2012

Aturcara majlis perkahwinan

Assalamualaikum dan selamat pagi! Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! hari ini raya yang ke-3 setelah selesai berpuasa 30 hari (sebulan) di bulan ramadhan. Hari raya yang pertama dan kedua memang hari yang sangat sibuk. dari pagi sampai ke malam xsudah2 ke dapur. Syukur dengan kemenangan yang Allah berikan. Tak tahu akan jupa lagi di bulan ramdahan yang lain..

Doaku sepanjang malam adalah "Ya Allah, istiqomah la diri ku untuk beribadat kepadaMU setiap malam dan permudahkanku untuk berpuasa Isnin dan Khamis setiap minggu semata-mata keranaMU Ya Allah.. Janganlah aku melupakanMu, leka dengan keseronokan duniawi.. seimbangkanku dengan perkara dunia dan akhirat.. Jadikanku wanita yang solehah yang boleh menjaga auratku, menjaga kedua ibubapaku ketika mereka tua kelak, tebalkan kesabaranku dengan segala ujian yang Kau turunkan kepadaku..dan Tabahkanlah hatiku ini Ya Allah... Ya Allah, pertemukanku jodohku dengan seorang lelaki yang beriman, bertakwa, beramal soleh, dan sekufu dengan diriku.. yang boleh melahirkan anak dan zuriat yang akan menjadi khalifah dan pemimpin untuk berjihad ke jalanMu Ya Allah.. makbulkan doaku Ya Allah.. Amin Ya Rabbal Alamin.."

Aku berharap dan percaya dengan doa, sebab aku tahu Allah mendengar setiap doa yang diminta oleh hambaNya. cepat atau lambat aje Allah makbulkan. Yakin!!



Aturcara Majlis Perkahwinan

Kata-kata Prof Kamil.. mengingatkan aku mengenai aturcara majlis perkahwinan.. aku copy paste statement prof,

"Lalu ada orang mengirim e-mel bertanya (nota: setelah membaca kisah bagaimana saya mengaturkan perkahwinan melalui majalah ANIS), “Prof, bolehkah beri saya cadangan untuk memasukkan solat zuhur di dalam aturcara perkahwinan yang akan saya anjurkan. Saya tidak nampak jalan”.
Ia kelihatan sukar. Lalu saya memberi 4 jawapan gila yang mudah. Pertama, lakukan majlis perkahwinan bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Kedua, timbangkan majlis bermula selepas solat zuhur sehingga sebelum Asar.

Ketiga, Laksanakan majlis selepas waktu Asar sehingga waktu Maghrib. Atau keempat, biarlah kita lakukan majlis perkahwinan mulai jam 9.30 malam sampailah – tidak mengapa – ke fajar.

Itulah, letakkan keutamaan di paras yang betul. InsyaAllah  makna mudah dan menyeronokkan dalam Islam akan kita kecapi. Soalnya, mahukah kita berubah melangkaui norms dan adat?"


Erm..baru aku terfikir.. kalau kita buat aturcara majlis pada tengahari, sure, akan kacau waktu Zohor.. xde maknanya, orang melayu/masyarakat melayu yang kebanyakkannya nak berhenti makan, semata-mata nak solat Zohor.. hanya segelintir orang sahaja.. (aku agak aje..mengikut aturan sepanjang perkahwinan di Malaysia..)

Kalau aku akan berkahwin kelak, aku nak ikut kata prof yang pertama - start aturcara pukul 9 pagi -habis 12.30 tengahri (zohor : 1-4 petang) - atau pun ajak ramai2 solat jemaah kat rumah kalau boleh. tak de la menangguhkan solat zohor/asar.. Aku taknak tanggung dosa orang yang datang, sebab tak solat Zohor.. hanya disebabkan itu adalah majlis aku.. aku xnak jadi macam tu.. jauhkanlah dosa2 ni Ya Allah..

Dan aku ada dengar ceramah ustaz don kat youtube, pengantin perempuan terutamannya, hendaklah menutup aurat. tudung kena labuh menutupi dada/perhiasan badan, lengan tangan ditutup, dan pakai stokin. Makeup ala kadar sahaja. perhiasan itu hanyalah untuk suami sahaja.. Insyallah, majlis perkahwinan dan hidup berumahtangga akan diberkati oleh Allah SWT..

Aku harap, suatu hari nanti, tradisi ni berubah masa dan keadaan. Masa, di awalkan atau tidak mengganggu waktu solat dan keadaan, pengantin / pengunjung menutup aurat ke majlis perkahwinan. sebab majlis itu adalah majlis ibadat..


p/s  : setiap orang diberikan ujian..adakah kita tahu itu ujian ke tidak? nak tahu, bermohon kepada Allah, permudahkan setiap perkara dan tanamkan kesabaran yang tinggi sepanjang kehidupan..

0 comments:

Post a Comment