Sunday, June 3, 2012

Bengkel melukis bersama Kartunis Ubi

Assalamualaikum.. WBT.

Hai!! hari ini nak update pasal workshop ataupun bengkel bersama kartunis UBI. Bengkel tu diadakan pada 2 June 2012(Sabtu) di bangunan diamond business apatah, tak ingat nama bangunan tu tapi dekat dengan Setapak..hehehe. dekat aje dengan Sekolah lamaku kat Teknik ERT Setapak.

Okey, berdasarkan pengalamanku join bengkel ini, kira okey la, dapatlah serba sedikit ilmu melukis kartun tu. sebab memang da lama xmelukis sejak zaman sekolah SPM 2003.. lama x?? (pernah jadi top student dalam seni..kekekeh.. pastu SPM lingkup dapat B... hehehe) memang time sekolah selalu beli majalah Ujang/Gempak/ dan ada lagi majalah kartun yang aku minat dulu2..

Dulu ada juga praktis melukis, asyik tak jadi aje.. senget la, herot la, mmg xde rupe la kartun la. CACAT.uhuhu. So, malas.. sampai masanya, aku boleh design dalam digital.. iaitu membuat lukisan di software illustrator.. uhuhu.. Alhamdulillah.. Allah memberikan aku bakat dan kemahiran seperti ini..

Kita sambung cerita bengkel itu.. bengkel satu hari suntuk.. dari pagi sampai petang. tp yang bestnya, makan xputus2.. asyik makan aje..uhuhu. Mula2, masuk kelas tu, belah kiri aku ada budak dan sebelah kanan aku, ada wanita.. dan aku kat tengah2.. Salam dan berkenalan. Budak itu baru form 1, dan kakak tu, sudah 30tahun.. 2-2 ni hebat dalam melukis.. pergh!! meleleh aku..dan rasa sangat segan pulak duduk dengan dieorg.. Ubi ada suruh melukis apa nak lukis dulu sebelum kelas bermula..

Aku pun melukis la..asyik nak tergelak aje, tgk lukisan aku..hancur.. mmg xde rupe kartun.. malu sangat2.. kakakakah... tgk kanan, mcam pelukis manga, tgk kiri, budak ni lukis budak perempuan bersama kucing..pergh!!! rasa macam nak blah aje, macam salah kelas aje aku dtg ni..uhuhu

Budak depan aku ni darjah 2, lagi hebat dari aku.. Mak aii!!! kenapa?? kenapa mereka2 ni hebat belaka!!  Aku lukis banyak karekter, pastu UBI gelakkan aku.. nak wat macam mane, da namanya pro, sure la kene gelak.. uhuhu

Collect semua orang puye lukisan.. aku dengan hampa dan sedih, layan la perasaan yang agak malu dan segan ni.. UBI pun mengajar seperti kami ini baru budak belajar.. ada serba sedikit diajar dan shortcut, macam mane nak jadikan sesuatu itu karektor dan watak sesuatu kartun itu. Dari Muka, Rambut, Bentuk Muka, Aksesori di muka, dan lain-lain. Siap diajar macam mane nak bentuk kan orang, mesti kene buat rangka supaya memudahkan kita melukis bentuk badan orang.

UBI ada cerita, Gayour ni, hebat dalam anatomi struktur tulang manusia, Gayour mengkaji pergerakkan tangan, kaki dan sebagainya, supaya kartun beliau lebih real walaupun bentuk kartun. Petang tu, Gayour datang bersama2 gift... GIFT!! yeah!! Gayour ni rambut die afro.. tp karakter dia boleh tahan lawak jugak la.. asyik gelak aje..

Beliau pun menceritakan serba sedikit pengalaman menjadi artis kartunis ni.. dari kenal UBI macam mane sehingga sekarang. Pengalaman ke oversea, menceritakan, masyarakat barat sangat menghormati ART ni.. walaupun kartun anak hentam ayah, rakyat hentam raja dan sebagainya, is still RESPECT dan HORMAT!! tp Gayour ada cakap, kita sebagai orang islam, kene tahu batas dan adat sopan dan sesuai dengan masyarakt islam. Stop! Jangan buat buat perkara2 yang jauh dari islam. Tahu hukum2 yang sesuai dengan SENI ni..

Okey juga Gayour ni, aku suka cara pemikiran die. Aku beli buku die, melukis kartun bersama Gayour.. siap ada Autograf beliau dan UBI sekali.. Kat bawah ni ada gambar autograf depa-depa ni..Syok tu.. :)) Alhamdulillah, rezeki aku dan dapat peluang ini dan merasai suasana bersama pelukis2 termasyur di Malaysia.. :))

Boleh la tgk gmbr ni.. :))

Ini nota UBI yang diberikan setiap peserta. Comel x? uhuhu
UBI bagi kami melihat hasil karya sebelum kartun ini di publish menjadi buku.
Ini buku Gayour. nak dapat buku ini, boleh beli di karangkraf. Harga, RM 15.00
Tanda tangan Gayour. cun x?? uhuhu
Autograf UBI. hehehe siap ada gambar perempuan lg tu.. CANTIK2..
Ini antara isi kandungan buku Gayour. xbaca lagi. sebab buzy ckit..uhuh

p/s: syukur rezeki ilmu yang telah Allah berikan.. Alhamdulillah.. :))

1 comments: