Sunday, March 25, 2012

tutorial untuk adobe illustrator

Assalamualaikum WBT.

Hari ini ada masa nak layan blog. So, ingat nak bagi tutorial untuk menghasilkan design yang menarik menggunakan Adobe Illustrator.

Software yang digunakan ini adalah software Adobe Ilustrator CS5.

Ini nama dia Tracing and Color (istilah aku punya la..)

1. Mula-mula buka new file. Setkan dalam size A4 - 21cm x 29.7cm. Color Mode : CMYK. Raster Effect : 300dpi, dan tekan OK.


2. Cari satu subjek atau design yang nak trace. Yang ini saya ambil gambar rabbit sebagai subjek untuk trace la.


3.  Sebagai basic, nak zoom in dan zoom out perlu tekan (CTRL dan + ), (CTRL dan - ) serentak.  Untuk mendapatkan fokus pada subjek tersebut.


4. Kemudian, ambil tools pen. Bentuk dia macam bentuk pen. Clik itu dan setkan color yang kontra dari warna subjek. Saya ambil warna merah untuk stroke. Supaya saya nampak apa dan dimana perlu saya trace.
Cara penggunaan pen yang betul adalah, clik pada satu point, kemudian, ikut jaluran warna sama.

Contohnya, saya ambil bahagian coklat di telinga rabbit itu. Nak dapatkan shape itu, clik yang pertama pada 1 point kemudia, clik yang kedua, jangan lepaskan dan follow shape pada telingan itu. Seterusnya buat sampai habis sehingga kembali ke titik yang pertama tadi.


5.  Contoh yang telah saya trace.Setiap color perlu buat tracing. Kalau warna coklat, ikut warna coklat. Kalau warna merah, ikut warna merah. Tak kira la bahagian dalam ke, bahagian luar ke. tapi make sure mesti jumpe semula titik yang pertama tadi. Hope boleh faham ye.


6. Ini untuk bahagian mata pula, bulatkan. Ambil tools shape yang bulat. kemudian, ikut size bulatan mata tersebut.


7. Buat sehingga habis. Contoh yang telah saya buat. Cuba asingkan yang telah tracing dengan subjek tadi. Anda akan nampak apa yang anda trace.

8. Bahagian mewarna pula. Ambil tools Eyedropper atau clik (I) sahaja. Kalau perasan nampak tak tools yang sudah saya clik itu. itu la eyedropper. 


Contohnya, clik garisan ribbon yang telah anda trace itu, kemudian, ambil tools itu, clik pada warna merah ribbon  kat subjek td. Tools ini akan follow warna yang asal subjek itu.



9. Yang ini untuk bahagian badan rabbit itu.

10. Okey, seterusnya, color baju pula. Yang asal guna Gradient, tapi, bagi saya xperlu la ikut 100 % mcm color kartun tu. ikut kata hati la nak warna apa. asalkan menarik. Saya pilih warna PINK. Inilah hasilnya.


11. Ini hasil keseluruhan apabila saya sudah color kesemua apa yang saya telah trace. Dari kepala hingga ke kaki.



12. Yang ini, saya bagi contoh nak menghasilkan design. Kalau la ada customer nak kartun ini dan perlu diletakkan dalam scallop, cuba hasilkannya jadikan ia lebih menarik.

Saya letakkan pasangannya. Warna biru. nampak lah rabbit tu jantan dan betinanya. Scallop yang berwarna purple dan background kotak-kotak.

Centerkan depan, scallop dan background.




13. Done. :)

p/s : pertanyaan, komen dibawah ini ya. tq. :)

1 comments: