Sunday, February 12, 2012

Seminar Marketing Power - Dr. Azizan Othman -11 Mac 2012

Bismillah,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Assalamualaikum.

11 Mac 2012- Sabtu, ada satu seminar yang aku join. Iaitu, Seminar Marketing Power 2012. Kira aku join seminar Dr. Azizan ni kali yang ke-5. 1st aku join dulu, masa 2010, masa mula-mula aku baru start berniaga. Bila aku join ni, semangat aku untuk berniaga berbuak-buak (sampai cam tu sekali). Tengok member-member belajar, semua dapat keje bagus, gaji bagus, sudah ada aset. Aku aje terkial-kial.

Mula, join SKPD 2010, pastu IMKK 2010, Seminar Luar Biasa 2010, Seminar Marketing Power 2011 dan latest Seminar Marketing Power 2012.

Memang tak de member boleh aku ajak. So, layan diri sendiri la. Kat sana, jupe la kawan baru. :)
Paling aku rapat pun, dengan Kak Syikin, Pergh bukan calang-calang orang aku jupe kat sini. Semua hebat-hebat!

Sabtu lepas, aku sorang2 aje pergi. Patutnya Anis, join sekali, die pula ada program sabtu tu. So, ajak la member yang lain, semua xdapat join. Akhir ye, sorang2 la aku pergi.. It's okey. Maybe rezeki aku, untuk diri aku dan masa depan aku. :)

Start pendaftaran, 7-8.30pg. Kene daftar, kemudian staf bagi aku gelang tangan yang xbole koyak tu. hehehe. Beratur la aku di sini. Ada gmbr aku ambil ni. Tengah berdiri beratur.


Time ni tak ramai orang. Jika dibandingkan masa 2010, lg best! berebut2! Dulu lagi gile! uhuhu.


Sekitar kawasan Wisma MCA. Semua sedang tunggu nak masuk dewan aje.


Ni gambar mula-mula masuk ke dalam Dewan. Aku duduk di tengah2 sekali. Direct tgk muka dr. Azizan. hehehe. Aku pernah duduk depan, belakang, tengah, kanan, kiri, semua aku rasa. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.


Ini situasi Dewan MCA. Sebelum seminar dimulakan.


Sebelum aku masuk dewan, aku da niat, aku nak duduk sebelah perempuan sahaja. Tak nak lelaki. Tak mo aku. Tak biasa sebenarye, sebab kita bukan muhrimkan, memang tak elok pun. Akhirye, dapat jugak kiri kanan aku perempuan..uhuh


Ini situasi dimana, Dr. suruh tangkap gambar untuk diupload kan di facebook. "kau ada?".. memang tak sanggup tulis pun. itu tanda-tanda riak tu..hehehe.


Dari bahagian belakang, ramai giler orang datang! hehehe


Bahagian depan, nampak tak Dr Azizan tu..hehehe.

Seminar ni FREE sebenarye, xbanyak tips die bagi tapi banyak bagi contoh sahaja. Kata FREE kan, berbaloi juga. Pengisian ada, best, xboring, syok, asyik gelak aje. Kalau berbanding tahun lepas, ada juga tips die bagi, untuk small, medium, high method for marketing die bagi.

Aku bagi contoh seorang peserta yang join advance marketing power, 6 bulan sahaja, die sudah beli 2 kondominium. Pratik apa yang diberikan oleh Dr. just follow aje apa yang die bagi tips tu. Sekarang kakak tu, dapat untung dari perniagaan 400% - just jual biskut dirumah sahaja.

Aku pun terkejut juga. Kali ni, aku nak follow marketing Dr. , aku nak tgk sampai tahap mana aku boleh capai. Aku nak keje dengan orang lain, macam da payah. Aku kene usaha untuk diri sendiri juga.! Tak boleh pandang belakang lagi. Just pandang depan dan depan, and always think positive!!

"Saya kaya dan berjaya"

Niat, kite berniaga ada 2 sebab :
1. boleh menambah nilai hidup orang lain
2. menyelesaikan masalah ramai orang.

bukan syok sendiri ye. dan bukan kerana duit dan wang!! semua tu hanya dunia semata2. Kita kene berjaya dunia dan akhirat sekali. INGAT!

Dengan akhir kata, advance marketing power kali ni, aku nak pergi. untuk tambah lagi ilmu pengetahuan aku mengenai marketing dan dunia perniagaan. Nak tahu berapa aku kene bayar advance ni? hehehe

HARGA SEBENAR - RM 1997.00 = sebab aku ada datang hari tu, dapat lagi murah - RM 997.00 seat VIP lagi tu. Insyallah, akan aku usaha duit ye untuk kursus ni.

Wasalam..

P/S : peduli kata orang, yang penting untuk diri dan orang lain juga. Aku Kaya dan Berjaya!! I'm A Money Magnet!

3 comments:

  1. ya btl tu...sy pun join kat mlaka...mmg nak mgalir airmata juga dgr kesungguhan Dr azizan tuk bkongsi pengalaman tpi sedihlah baca komen2 yg tak berapa nak sedap telinga ni mndgr...knp org tak nak bsikap tbuka n mnimba ilmu dr yg berilmu......

    ReplyDelete
  2. salam, biar la apa yang mereka nak katakan. bak kate dr. azizan, itu semua mulut biawak..hehehehe.. teringat lawak tu.. budak kecil di tepi kita selalu akan menghasut kita, jgn buat ni, jgn buat itu, jeles sane, jeles sini..

    yang penting, kita percaya kepada potensi diri, yang kita akan kaya dan berkaya dunia dan akhirat. !!

    ReplyDelete
  3. best jugak seminar marketing power yer...InsyaaAllah nak pegi jugak seminar ni nanti....

    ReplyDelete