Wednesday, February 15, 2012

Pembelajaran dalam kerajaan Uthmaniah

Assalamualaikum..

Suka akan pengisi buku Kepemimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Penulis dia, Muhammad Syaari Abdul Rahman dari keluaran publisher PTS.



Kehebatan kerajaan Uthmaniah bergantung kepada institusi pendidikan hebat yang kebanyakkan adalah dari kalangan "ulama". Contohnya, seperti guru kepada Muhammad Al-Fateh iaitu Syeikh Aq Syamsuddin iaitu Ulama yang tersohor ketika di kerajaan Uthmaniah. Beliau tidak terlibat mana kuasa menteri atau politik. Tetapi hanya menjadi guru yang hebat untuk mendidik anak muridnya, Muhammad Al-Fateh.


Beliau bukan sahaja guru kepada pakar dalam bidang Al-Quran, Sunah dan fikah sahaja, bahkan hebat dalam bidang matematik, astronomi, seni peperangan, ilmu biologi, ilmu perubatan, sains botani dan sejarah. Beliau dipertanggungjawabkan oleh Ayahanda Sultan Murad, untuk mendidik anaknya Muhammad Al-Fateh menjadi seorang yang hebat ketika beliau dari kecil lagi sehingga menjadi seorang ketua hebat dan disegani oleh ramai orang.

Lukisan Sultan Muhammad Al-Fateh yang dilukis oleh pelukis Itali.


Ini kata yang menarik hati aku untuk menulis kat blog.

" Mahasiswa Uthmaniah harus mempelajari semua cabang ilmu pengetahuan kerana cabang-cabang itu saling melengkapi dalam membentuk walaupun satu perkataan. Mahasiswa yang mengabdikan hidupnya untuk satu cabang pengetahuan sahaja, hakikatnya berada jauh daripada kebenaran illahi. Elemen penting dalam pendidikan islan adalah muderris. Dia diiktiraf kompetensinya dalam ilmu-ilmu keagamaan dan spiritual. Mahasiswa boleh menjadi pakar dalam bidang apa pun, namun setiap daripada mereka wajib melalui kurikulum dalam sains spiritual dan keagamaan. Apabila mahasiswa memerlukan latihan khas, ia pergi ke mana sahaja yang ada cendekiawan terkenal dalam bidang itu. Dia mendapatkan daripada pakar itu diploma kompetensi dalam ilmu itu. Demikian jelas di sini yang penting adalah muderri itu sendiri, bukannya institusi."


Hilal Inalchik

Menggambarkan pentingnya kesan didikan yang dari ulama. Ia membuktikan bahawa kesan pendidikan tersebut bersama-sama dengan ulama kekal bertahan selama 600 tahun. Dengan kehadiran para ulama juga, membuatkan rakyat menjadi berkobar-kobar untuk menuntut ilmu dan ke arah jihad kerana Allah.

(Banyak lagi sejarah tentang Kerajaan Uthmaniah perlu dibaca..)

p/s : Bagi pandangan aku, Malaysia memang mempunyai sistem pendidikan tetapi semakin lama pendidikan malaysia semakin suram, tidak bermaya, kosong, tiada pengertian hidup. Yang penting hanya mahu lulus peperiksaan untuk mata pelajaran yang wajib. Ia hakikat dan realiti. 

Kalau nak kita tiru seperti Kerajaan Uthmanih, mungkin jauh untuk mencapainya. Mudah-mudahan, negara kita Malaysia akan maju dan aman damai dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat.

belajar dan belajar dan belajar lagi...

0 comments:

Post a Comment