Friday, February 3, 2012

Antara Produk yang sudah dicetak... :)

Assalamualaikum...

Sudah lama tak update blog. tengok dan bukak aje.. pastu bila sudah layan facebook, memang tak jadi update..hehehe..

Sekarang ada masa ckit, boleh la update apa yang telah dibuat sebelum ini.. Ini antara kad kahwin, business card dan flyers yang sempat buat akhir dan awal tahun 2011/2012. :)


Ini kad kahwin lipat 3. Pihak perempuan ye yang warna kuning tu, yang putih tu, untuk pihak lelaki. Sebenarye ada masalah dengan kad ini. Printer yang dihantar cetak tu salah cetak imposition (kedudukan). Sepatutnya, cetak dalam kedudukan Z-Fold, yang jadi ye lipat mcm brochure. Sudah silap disitu.. Total kad order 1000 keping..!! bukan ckit, kalau setakat 200, boleh layan. tp 1000 keping. Memang agak kesal, kecewa, sedih, serabut otak pada mula. sebab customer agak marah juga. yelah kad nak guna untuk edar awal tetapi macam ni jadi ye..

dan

Nasib baik la printer reprint balik.. kalau tak melayang jugak la duit dengan kerugian bukan salah aku...uhuhu..



Ini business card yang untuk kawan Najwa iaitu Salmah kerja di pejabat ADUN Bota. RM 25 sekotak / 100pcs



Kad kahwin sekeping dari Negeri Sembilan - Effa. Arigato Gozaimasu.. :)

Kad Kahwin Famiza dari Bota Perak. Dapat peri kenduri orang ini.. Mak ai, ramai ye orang datang. Rupanya, ayah ye kenalan ramai orang. Ayah ye bukak kedai makan, tu yg ramai kenalan..uhuhu..

Terima kasih atas jemputan, dan dapat makan enak2.. :)


Kad kahwin Normala dari Bentong, Pahang. Tempat kelahiran Ibu ku.. Hajah Inon.. :)


Kad Kahwin Adhar. Nasib baik customer ini okey. Tak de banyak kerenah. Tq Adhar.. :)


Untuk pihak perempuan - 700 pcs


Untuk pihak lelaki - 400 pcs


Kad Kahwin Hamidah.. mengenai kad ini, aku selalu buat salah.. hehehe.. tah ape yg aku save dan buat tah.. minta maaf customer ye.. :)


Yang ini kad kahwin design baru untuk tahun 2012. First customer yang pilih design ini.. TQ.. :))
Banyak juga tempahan mereka..tq2 again.. :)


Ini bahagian belakang kad... :)


Kad Kahwin lipat 2 dari Ainiislah dari Kedah. ini pun design terbaru dari MOLISCARDGALLERY.


Flyers 1000 keping both side, A4 size, Art Paper 128gsm.. :) Thanks Kak Shida..bagi job ini..



Kad Business yang buat hari tu..hehehe


P/S :  byk dugaan dan cabaran bila bekerja sendiri ni.. semua kene buat keputusan sendiri dan kene ada persefahaman dengan kedua-dua pihak.  :)

0 comments:

Post a Comment