Thursday, February 23, 2012

Antara Kad yang sudah hantar kat pelanggan. :)

Assalamualaikum.

Masuk tahun 2012, Alhamdulillah, rezeki kad kahwin aku mendapat sambutan, memang awal tahun buzy sikit. Kebanyakkan customer aku yang beli kad ni, kahwin pada cuti sekolah bulan mac dan jun.


Semalam, prof muhaya beri slot celik mata dan hati di radio ikim. Kata-kata beliau yang paling aku ingat, "untuk mendapat keberkatan dalam pekerjaan, kurangkan mengumpat, mengeluh, merungut, menyesal, buang masa, dan lain-lain sifat negetif. Ini mengakibatkan gaji tang tu juga, hidup pun macam tu juga, persekitaran kerja tak enjoy, gaji xnaik2, hidup penuh stress, keluarga ada masalah dan sebagainya"

Sebagai contohnya, kalau kite leka, lalai, merungut, mengumpat, cari kesalahan orang lain, hasil gaji kita itu menjadi tidak berkat dan kehidupan kita akan terumbang ambing dan kalau yang ada anak tu, gaji kita beri kat mereka, mereka juga akan menjadi degil, nakal, malas, dan sebagainya.

Aku lebih2 lagi, kerja sendiri dan dibawah ayah aku sendiri, banyak kali buat perkara seperti itu, mengumpat, pemalas, main facebook, mengeluh, merungut, ambil barang kedai tp xbayar, banyak la lagi.. rasa berdosa sangat2.

Dalam masa yang sama, buat lagi, buat lg dan lagi dan lagi perkara mazmumah tu.. Aku rasa, tang kita nak buat dosa tu kan, ingat Allah, ingat Allah, dan ingat Allah... perlu Istghfar byk kali.. sentiasa ingat akan kematian dan akhirat.. 

Hopefully, cuba kurangkan perkara-perkara yang tak elok tu.. sampai tak buat dah. boleh ker? Insyallah, boleh..!!! Disiplin Disiplin Disiplin - Muhammad Al-Fateh

Erm.. 

Oklah, enjoy la dengan kad kahwin ini.

Antara kad kahwin yang telah ditempah,















p/s: lisa surihani sudah kahwin dengan yusry KRU. jeles? memang jeles tp bila pikir buat apa nak jeles sebab masing2 ada kelebihan masing-masing, kehidupan masing2, jalan hidup masing2. Aku doakan mereka berbahagia hingga ke syurga. (Yusry didiklah lisa dengan penuh ajaran agama islam. Keberkatan perkahwinan korang akan kekal abadi...)

0 comments:

Post a Comment