Friday, December 9, 2011

Buku-buku untuk akhir 2011

Update buku yang sempat aku baca dan ada juga tak baca lagi.. Ini antaranya gambar buku yang aku sudah baca. Aku tulis sedikit review buku ini..


1. Ebay 2010 - ini majalah ebay untuk permulaan membeli dan menjual di ebay. actually tak faham. tp nanti ada masa dan laptop baru kelak, akan aku layari ebay malaysia, untuk aku beli ape yang patut.

2. Mustafa Ataturk - Ini buku sangat2 bagus! Rekomen untuk korang2 baca buku ini.. Memang kita duduk malaysia ini, langsung tak tahu pasal orang ini. Dia la orang atau manusia yang pertama yang menghancurkan islam pada zaman khalifah uthmaniah. Bahkan membunuh ribuan alim ulama dan rakyatnya dengan kerakusan pangkat dan dendamnya pada islam.

Asal dari islam, ibu dan ayahnya dari islam. Kerana ayahnya taksub dan sayang dengan sahabatnya, sanggup melakukan perkara syirik sehinggakan melahirkan lelaki ini iaitu mustafa al-ataturk.

Mayatnya kini, rasanya di awetkan kerana tidak diterima bumi. Bila nak tanam, mayat akan berlubang dan keluar dari tanah tersebut. Ini pengajaran untuk kita semua.. So, baca lah!!! Syok! 5 bintang aku bagi.!

Ebay dan Mustafa Ataturk

3. Imam Syafie - Pejuang Kebenaran.

Buku ini pun best sangat. Sehinggakan aku rasa sangat bertuah kerana ikut mazhab imam syafie ini. Kita yang jahil ni, tahu kite ikut mazhab syafie, tetapi tak tahu asal usul imam syafie ini dan apa yang dipejuangkan dalam islam. Penuh dengan hukum hakam dan undang-undang yang kebanyakkannya berlandaskan al-quran dan hadis.

Bagi aku malang dan kesian pada orang melayu islam ini, tidak tahu mengenai imam syafie ini. Sepatutnya ditekankan lagi pembelajaran tentang ilmunya kepada anak-anak melayu supaya lebih bersemangat mempelajari ilmu agama yang sgt tinggi ni..

Sayang bagi aku, sebab terlambat kenal imam syafie ini.. Alhamdulillah, setelah membaca buku ini, aku lebih semangat mempelajari ilmu agama  islam ini. :)

Meh, aku citer ckit pasal imam syafie ini, nama syafie ini sebenarnya Muhammad Bin Idris Bin Abbad Bin Uthman Bin Syafie Bin Saib Bin Abdul Yazid Bin hasyim Bin Abdul Mustalin Bin Abdul Manaf.
Beliau juga keturunan Nabi Muhammad dan dilahirkan di tanah suci, Palestine.

Seusia 9 tahun, beliau telah menghafal Al-QURAN. Umur 15tahun telah berhijrah ke Madinah untuk mempelajari ilmu dari Imam Malik. Beliau mempunyai otak dan pemikiran sangat bijak dan tiada tolok bandingnya dengan orang lain. Nak lebih lanjut baca sendiri la. Aku bagi 5 bintang juga. uhuhu

Imam Syafie - Pejuang Kebenaran
Ini kata2 imam syafie.. yang buat aku terasa terpanggil untuk laksanakan dan mengamalkannya.

"Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.."


4. Islam & Demokrasi / Wanita Berpolitik

Hhehe,,xbaca lagi, so, tak dapat komen ape2 pasal buku ini.. :))

aku ni berjuang dan semangat berpolitik. aku suka berpolitik tp kene berpada2.. mengenai politik negara kita Malaysia ini, byk aku perhatikan ada baik dan buruk.

Bagi aku politik ni wajib kene ada setiap orang. Baru semangat untuk berjuang untuk negara dan islam. Islam ni sahaja meliputi semua aspek iaitu politik, ekonomi, dan sosial. Jangan lah kita mengasingkan politik dan islam. Kita seolah-olah meniru org kristian dengan mengasingkan sains dan agama. Nabi Muhammad juga membina Kerajaan Islam dengan mengukuhkan pentadbiran politik, ekonomi dan sosial sehingga islam dapat disebarkan ke seluruh dunia.

Islam & Demokrasi / Wanita Berpolitik
5. Yakjuj & Makjuj

Ini buku terbaru aku baca lah.. Masyallah, apa yang perlu aku katakan, buku ini terlalu detail sehingga kite tahu sejarah dari nabi ibrahim sehingga tahu puak apa yang terjadinya puak dan kaum yakjuj dan makjuj (gog dan magog) ni.

Credit kat penulis ini. memang terlalu detail sampai aku menguap lalu tertido la membacanya. memang tidak dapat bayangkan macam mane keadaan yang diceritakan.

So sape nak baca, boleh baca.(tak abis lagi baca....) - cube habiskan... :))

Yakjuj & Makjuj
6. Solusi & GenQ

Majalah ini mmg aku kumpul dari solusi berape tah. tak egat. rasanya dari solusi 17 kot.
Memang seronok baca majalah ini.. baca input dan ilmu telah aku baca dan ketahui.. Untuk kawanku, buat la koleksi majalah seperti ini, banyak ilmu yang kite tak tahu.. nak banyak kesalahan telah kite lakukan..


Solusi 37 / GenQ
7. Agenda Yahudi Menakluk Dunia

Buku ini aku tertarik sebab lepas baca buku Mustafa Ataturk, hati aku nak tahu siapa orang yahudi dan kenapa Al-Quran menyebut jangan berkawan atau membuat perjanjian dengan orang yahudi. sesungguhnya, Allah melaknat kaum yahudi dan nasrani.

Bila aku baca buku ini, baru aku tahu asal usul kaum yahudi ni...jeng jeng jeng...

Amerika Syarikat  - 90 % orang yahudi... jangan tak tahu...

Zaman dulu, semua negara menghalau orang yahudi ni. sehinggakan orang yahudi kebanyakkannya berpindah ke satu pulau yang dinamakan Amerika. Disitu, mereka sudah merancang untuk menghancurkan islam dengan menggunakan pelbagai kaedah termasuklah perniagaan, perindustrian, senjata, dan kewangan.

Wang digunakan sekarang ini, semua angkara Yahudi Amerika. Mereka yang menukarkan penggunaan emas/dinar dan dirham kepada wang kertas yang langsung tiada value untuk masyarakat kini.
Mereka bila-bila masa sahaja akan menjatuhkan mata wang dengan sekelip mata jika mereka nak.

malas la nak cerita, baca la sendiri.. banyak input boleh korang baca.. xperlu kite risau dengan orang yahudi ni. kite yang islam akan menang juga suatu hari nanti.!!

Jika Imam Mahdi muncul, aku nak join tenteranya untuk jihad ke jalan Allah!! (Kalau aku masih hidup lagi..)


Agenda Yahudi Menakluki Dunia
p/s: baca lah buku. dengan ilmu ni kite tahu pelbagai ilmu dan tahu cara melaksanakan dan mengamalkannya. sebarlah ilmu dengan niat berdakwah kepada kawan2 dan keluarga..

Dakwah ada salah satu senang dapat pahala... :) menjadi pencen kubur kelak..!!

0 comments:

Post a Comment