Monday, May 9, 2011

Buku Invoice

Buku invoice aku buat secara manual. 10 buku semuanya. 3 plies, hijau, kuning, dan putih.

Mula-mula design dulu kandungan invoise tu. pastu da okey susun atur dan spelling, start la mencetak. Imposition yang aku buat, satu A4 dapat 2 keping (A5). Jumlah kertas yang perlu digunakan adalah 750 keping. Satu buku 50 keping setiap warna, total nya 150 keping. Customer ni nak cepat. so paling cepat aku boleh buat dengan menggunakan mesin photostat.

Selepas mencetak, aku kene setting numbering. Numbering tu aku guna AI aje, sebab aku xde software numbering. da aku mencetak menggunakan printer inkjet. Print satu persatu setiap helaian.. dari no 0001 - 0500. Pergh!Jenuh jugak la tp berkat kesabaran, chewah! akhirnya siap jugak buat numbering.

Perforating pulak, aku guna alat khas. bentuknya macam pen, tp kene gelekkan ke atas kertas yang hendak dipotong. Perforating ni xboleh buat tebal-tebal. paling tebal pun 5 helai. Buat la slow2.. uhuhu

Binding, aku guna staple aje. make sure kene lah kemas. kalo x mmg xcantek la finishing aku buat..uhuhu
kalo aku guna gam, ambik masa nak kering satu hari jugak la (da buang masa). Lepas staple, aku pun potong guna mesin potong manual.. kiri kanan atas bawah setiap sisi buku tu secara seragam.

Tada..sudah siap...! Alhamdulillah...

Ini antara gambar buku invoice yang telah siap.

buku da siap

dari sudut sisi

ply

ply

ply

cop ikut urutan numbering untuk setiap buku.


P/S :  Makcik ni nak cepat. So, saya cas la RM 5.80 untuk satu buku. :))

0 comments:

Post a Comment