Thursday, April 28, 2011

Hari Pesta Buku di PWTC, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum..

   Pesta buku di PWTC, Kuala Lumpur. Aku pergi masa hari Sabtu, 23 April 2011. Aku pergi dengan adik aku, anis alwani, sedara aku, ezza, kakak dan abang ipar aku, along dan abg rudy.

   Tujuan aku pergi ni sebenarnya nak cari supplier Telaga Biru. Aku pun spare la RM100 aje pergi sana. Takut-takut aku terbeli buku novel kat sane. Sampai aje kat PWTC tu..perrghh! ramai giler! dalam kul 11 macam tu, puye ramai makhluk Allah kat sane.. sesak..! jalan pun kene control la bahu, takut terlanggar2 orang. Tak tahu nak cakap camner. uhuhu...Peluh!!

    Dah jumpe Along, along pun terus perkenalkan En. Jaini dari pengedar sah Telaga Biru. Yang aku malunya, da la aku sampai lambat, dengan tangan penuh, flyer ye, Hp lg aku pegang, aku pun ambil la Name card En. Jaini tu.. Sampai aku nak bg name card aku, name card en. jaini pulak terjatuh! aduh!! 1ST impression da malu depan die..Oh!! tidak! Pastu die pulak yang kutip tu! aduh! lagi malu aku.. malunya.. Terasa mcm nak pengsan aje.. haha.. dengan padat ngan manusia kat situ, aku relaks aje.. mesti die faham, ramai orang, Hope die faham.. uhuk!! Die taya, berape nak kuar modal? aku kate, saya hanya peniaga kecil-kecil aje. belum lagi tahap nak luar modal yang besar. tp mmg aku nak beli buku tu untuk jadikan stok kat Bota ni. uhhu.. okey, nanti hubungi die. boleh bincang2..uhuhu

Aku ada selitkan gambar-gambar kat PWTC hari tu.

Ni kat booth Telaga Biru
Pastu aku g Booth NB Kara. Kat sane xramai orang tapi peminat Norhayati Ibrahim ramai p sane nak tangkap gambar dengan die..uhuhu.. Jupe suami die kat sane.. Orang Turkey.. uhuhu.. Aku dapat bergambar dengan die..siap salam dengan die..uhhu...terima kasih Along, tangkapkan gambar aku dengan Norhayati Ibrahim..uhuhu

Booth NB Kara

Norhayati Ibrahim - Penulis Novel Terkenal - Hushler!!

Aku dan Norhayati Ibrahim.

Yang ini sekitar tingkat 1. Bahagian pendidikan, Buku Novel seperti Karnadya, Kaki Novel, NB Kara, Fajar, dan macam-macam lagi la..

Tingkat 1

Tingkat 1
Ada Saleh Yaakob.. uhuhu die tengah bagi hadiah kat orang. pertandingan ape tah, aku pun xtahu..uhuhu

Salleh Yaakob tengah bagi hadiah kat orang..
Aku balik dengan membawa beberapa buah buku..Lenguh jugak la tangan nak bawak buku-buku ni.. Aku beli buku NB Kara yang terbaru, Sejam 2.50, dengan Sambal Kerang Najwa. Diskaun? haha..Ada2.. mane leh beritahu, pecah rahsia den.. Pastu beli buku Karnadya, penulis, Mimie Afinie dengan Aina Emir, pastu beli buku Ramli Awang murshi yang terbaru, Sutera Bidadari, beli 4 buah terus! Untuk dijual..Diskaun hanya 20% sahaja..boleh la..uhuhu

Lepas beli buku, p makan kat Saba Restaurant kat Setiawangsa, Kuala Lumpur. hehe..Along ngan Abg Rudy belanja..uhu.. Terima kasih Along ngan Abg Rudy... :)) Sedap! aku suke..! kenyang sampai ke malam..uhuhu

Saba Restaurant
Ezza ngan Anis

Along ngan Abang Rudy

Mereka berempat menjamu selera

makanan aku!

aku dan makanan

View kat Setiawangsa

P/S: aku seronok hari tu.. malam tu sambung tengok citer korea Sungkyunkwan Scandal!!

0 comments:

Post a Comment