Monday, March 21, 2011

Secret Garden

Assalamualaikum..

Semalam (20 Mac 2011) hari terakhir aku menonton cerita korea "SECRET GARDEN". Cerita ini baru aje publish tahun lepas 2010.. Jalan cerita menarik dan diselangselikan dengan citer sedih..ada jugak la babak aku ternangis..uhuhu.. bukan ape..(sedih sebab bapak perempuan tu mati la..) sob..sedih..uhuhu.. Pelakon-pelakon citer ni umur 25 tahun ke atas, kiranya mature la.. So, aku rase sesuai kalo orang dewasa nak tonton cerita ini.. Pelakon lelaki die agak macho..HAAHAA..pelakon perempuan die comel...aku suka..

Lelaki ini nama die KIM JUN WON (hyun bin) dan perempuan itu nama die GIL RA IM (han ji won). Mereka ni pantang jupe aje, mesti gaduh.. Memang tak ngam la.. Satu hari, secara xsengaja, mereka pergi ke satu restoran di pulau jeju (jeju island) yang nama dia adalah (SECRET GARDEN).. mereka dibekalkan dua botol alkohol gitu, untuk diminum. Pada malam itu, mereka minum dan terjadilah satu peristiwa memang tak logik la.. Bertukar jiwa / soul dalam badan berlainan.. Jiwa perempuan tu masuk dalam badan lelaki tu, manakala jiwa lelaki tu masuk dalam badan perempuan tu...Hahaha..memang tak logik.. tapi, selepas itu macam-macam berlaku..So, nak tahu lebih lanjut, tengok citer ini... Best!!

Kat bawah ni ada link kalo nak tengok citer ini ye.. http://www.mysoju.com/korean-drama/secret-garden/Satu episode satu jam. 20 episode. Ost Secret Garden boleh la download di 4shared.com, dan Kebanyakkan comment citer ini agak positif jugak la..uhuh MEMANG BEST!



Poster


Pelakon Secret Garden


                                                       Hyun Bin                         Ha Ji Won

Aku bagi 4.5 Bintang! uhuhu.....

0 comments:

Post a Comment