Tuesday, February 8, 2011

Solat PENUH

Assalamualaikum W.B.T

Mina, Ohayo Gozaimasu. (Everyone, Good Morning)..

Hari aku teringin nak menulis mengenai SOLAT.. Entah la apasal la aku menulis pasal ini..
Solat ini adalah kewajipan semua umat islam.. Solat ini juga tiang agama kita bagaimana kita mendirikan tiang itu, samada lurus atau bengkok.. Hidup 100 tahun pun kalo tak solat apa guna nye kite hidup kat dunia ni.. RUGI!



Alkisah, dulu aku susah nak solat penuh. Sampai aku berumur 15 tahun, aku xpernah solat cukup ada aje lubang-lubang. Solat yang aku selalu miss, solat Subuh, Zohor, Asar dan Isyak. Maghrib aje aku pas dan tak tinggal la solat. Mesti la wajib solat Maghrib. Yang lain, harem aku nak buat.. Malassssss sangat2 dulu.. Kalo mama ngan abah suruh solat, ada aje alasan ye sampai menipu, berbohong, berlakon konon ye da solat.. Ya Allah, kalo dikenangkan balik..Maluuuu Ya rabbi.. Teruk!!

Detik aku solat penuh ketika aku bersekolah di sekolah teknik ERT Setapak yang menempatkan sekolah-sekolah yang majoriti perempuan. Aku dapat duduk asrama kat sekolah itu. Sejak itu la start la bersolat penuh. Alhamdulillah.. Sekolah itu juga mengajar aku solat dengan betul, berzikir, dan solat berjemaah setiap kali masuk waktu solat. Dari aku xtahu langsung berzikir sampai aku boleh berzikir dan membaca ayat suci Al-Quran. Paling aku tak boleh lupekan, saat terakhir aku abis sekolah masa Tingkatan Empat, kami yang sebaya ni, ramai-ramai solat jemaah waktu subur. Sedangkan kami boleh bersolat berseorangan atau berasingan, tp kami memilih untuk bersolat jemaah.. Terharu nya..Sedih bile mengenang kan balik saat itu.. seperti tak jupe lagi kawan-kawan yang lain. Sedangkan ada lagi satu tahun boleh jupe lagi..uhuhu

Terima Kasih Sekolahku..

Alhamdulillah Lagi Ya Allah, sekarang aku masih bersolat penuh dan menambah sedikit solat sunat. Solat Sunat selalu aku buat, solat sunat Dhuha ngan solat sunat Witir. Kalo aku tinggal solat, hati aku runsing, resah, tak senang duduk, pening, gelabah, sume la.. Takut aku nak tinggal solat.. Dah jadi rutin harian aku..

Pada pandangan aku, zaman sekarang, ramai orang da tinggal solat yang penting itu.. Tahu keje banyak, tapi bagi la masa dalam 5-10 minit tunaikan solat itu.. Ambil la keberkatan solat tu.. Sangat rugi orang yang meninggalkan solat itu. Kadang-kadang aku pelik ngan sesetengah orang yang agak berusia, masih meninggalkan solat. Dieorang tak rase seperti kehilangan sesuatu ker? Atau tak rasa ke, seperti 'something wrong somewhere'.. Bile diperhatikan orang yang tidak bersolat ini, hidup mereka akan terumbang ambing.. Aku tak cakap sapa2 la.. tapi ini dalam pemerhatian aku...

Tak pe la, Aku selalu ingat pesanan mama, kite tunjukkan mana yang terbaik dengan orang, jangan sampai memusuhi orang itu. Doakan untuk die, supaya mendapat hidayah dari Allah dan menjadi seorang yang soleh dan solehah.. Amin.. :))

JOM KITA SOLAT!!!

0 comments:

Post a Comment