Thursday, February 3, 2011

Menutup Aurat

Assalamualaikum W.B.T

Saja je tulis pasal menutup aurat ni.. Aku cuba dan ingin memahami kefahaman islam supaya menutup aurat. Apatah kite ni wanita atau perempuan memang wajib menutup aurat. Batas wanita menutup aurat ialah seluruh tubuh badan dan hanya muka dan tapak tangan sahaja yang boleh terdedah.

Kini, aku satu persatu cube melaksanakan suruhan Allah supaya menutup aurat. Dahulu aku kanak-kanak, aku dikenakan baju skirt ketika aku sekolah rendah sehingga aku darjah 3. Setelah itu, aku mengikut kawan aku untuk memakai tudung buat kali pertama. Hanya ikat dan lilit aje di kepala, sebab dahulu aku agak aktif sebab masuk pelbagai aktiviti sekolah. Tahun 4 itu jugak aku da mula memakai baju kurung ke sekolah.. Memang agak selekeh la. Tapi dah nama nye sekolah..uhuh

Okey itu satu, ni lagi satu, aku memakai tudung mula-mula ikut kawan dan terus-terus aku memakai sehingga sekarang. Masa aku form 1, cikgu kelas aku dulu, pernah memberitahu, kalau nak pakai tudung kene lah memakai dengan anak tudung supaya tidak nampak rambut kita. Yelah, kalau pakai tudung yang jarang sure nampak rambut puye apatah lagi anak rambut terjuntai-juntai. Buruk rupeye.. So, dari situ aku da amalkan memakai anak tudung sehingga sekarang.

Selepas itu, aku perhatikan dari dulu aku pakai tudung tapi berlengan pendek. Aku pakai macam tu sampai aku universiti. Kadang-kadang aku rimas kalau pakai lengan panjang ini. Agaknya da terbiasa kot. Masa sekolah teknik dulu pun wajib pakai lengan panjang, hehe.. biasa la kalau da jadi senior, semua peraturan dilanggar ye.. nasib baik sekolah dulu semua perempuan, Batas-batas dengan lelaki tak ada cume hanya cikgu lelaki je. tapi itu pun jarang jumpa.

Bila aku universiti, macam seperti dahulu, memakai tudung tetapi memakai lengan pendek. Sampai satu tahap tu, aku dan terbiasa kalau nak pergi kelas, kene pakai lengan panjang atau pun cardigan. Bila aku buka lengan aku, aku rase seperti sejuk dan seperti tak pakai baju...hahaha.. (perspektif aku la).. La ni kalo nak pakai lengan pendek pun pakai kat rumah aje. ye lah, nak tidor kan..uhuh

Satu tahap sudah aku laksanakan..

Satu hari aku bekerja, aku ternampak seorang customer masuk ke kedai, nak membeli barang.. Dia berpakai purdah.. Aku pun mengangap die tu ustazah mengajar kat sekolah agama. Dari situ aku da terdetik nak cube memakai purdah.. sampai macam tu skali aku rase nak cube.. Aku bukan ye pandai sangat bab-bab agama, sekolah agama pun xabis.. tetiba nak pakai purdah.. Mesti orang kata aku ni kuno, tak moden.. dan satu lagi, suatu hari solat kat R&R, aku ternampak seorang gadis memakai purdah, aku rase, cantik ye perempuan tu walaupun aku tak tahu rupe dia.. Mak aii! Bile la aku leh tiru macam die.. uhuh... Aku bukan xnak pakai lagi cume, aku nak buat slow-slow..

Contoh wanita memakai purdah

Aku ada terbaca satu blog mengenai purdah, memang menguatkan lagi la perasaan mengenai purdah. Ni blog die http://keluargakusayang.blogspot.com mengenai pemakai purdah. Seronok aku membaca ye.. macam-macam info aku dapat. Terima Kasih ye Kak Chik, walaupun xkenal tapi rase dekat aje..uhuhu

Aku kene cube memperbaiki diri ni dari satu persatu.. tranformasi aku selepas ini, aku nak memakai stoking bile keluar rumah atau kerja.. Pastu membeli tudung yang labuh bersaiz L.. dasyat pulak aku rasanya.. Insyallah, akan aku pratik dan pratis kan diri aku untuk menutup aurat dengan mengikut syariat islam..

Terima kasih mama, sebab memberikan baju yang agak besar dan jubah.. Una sangat2 menghargainya.. Una nak jadi muslimah sejati.. Insyallah.. :))))

4 comments: