Friday, February 4, 2011

Hidup Kenelah Bersederhana..

Assalamualaikum W.B.T

Salam. Hari ini hari kedua Hari Raya Cina sempena tahun Arnab. Pagi-pagi aku bangun seperti hari-hari biasa aku bangun untuk bekerja. Memang bekerja pun walaupun rata-rata nya bercuti beraya walaupun bukan hari raya kita orang islam.

Selepas solat subur, aku membaca buku solusi reprint no 5 punya. Cerita mengenai mengejar masa. Ada satu topik, tajuk die, hidup la bersederhana.



Hidup ini senang jika besederhana dari segala sudut. Hidup ini kite kene lah selalu beringat bahawa, dunia ni hanya sementara sahaja. Kite sebagai manusia hanya penumpang sahaja di sini, seperti kita menumpang di rumah orang, tidak perlu beria-ria untuk membeli barangan mewah di rumah itu. Anggap itu, sebagaimana kita duduk di dunia ini, dan ganjaran itu ada di akhirat kelak.

Sebagai umat islam, ketebalan keimanan, kesederhanaan, rendah diri perlu ada dalam diri. Dan ada satu artikel tu menyatakan, umat islam tidak dibenarkan menggunakan peralatan emas dan perak untuk dijadikan seperti perhiasan rumah (PERABUT), tempat makan (PINGGAN ATAU CAWAN), tempat melepaskan "hadas kecil atau hadas besar" (TOILET), dan sebagainya. Ini akan menimbulkan perasaan riak dan takbur kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain tentang kemewahan yang kita miliki.



Aku, kene tebalkan rase rendah diri dan kesederhana dalam diri. Biar la kita diam.. Orang kata, " diam-diam berisi".. Jangan la memandang orang yang pendiam tu tak ada ilmu, bakat, tak cerdik, dan sebagainya. Mana la tahu orang tu lah yang lagi cerdik dari orang yang asyik menceritakan perihal kisah diri dan kemewahan yang ada.

Ada satu ayat tu menceritakan, jangan la berlebihan makan, makan lah apabila rasa lapar. Dan makan jangan sampai kenyang. Jangan la memilih makanan, biar la bersederhanan apabila mengambil sesuatu makanan.Contohnya, ambil roti kosong tanpa mentega atau kaya. Makan la sebagai alas perut. Itu pun sudah memandai.



Contoh la: Ada suatu hari, sahabat itu suka makan makanan yang sedap dan lazat. Tak sedap itu die tak makan, agak ye memang tak pandanglah langsung makanan tu kot. Suatu hari, sahabat yang hidup sederhana ni ajak la sahabat tadi ini duduk rumah dari pagi sampai ke petang dan sahabat tadi tidak dijamu makanan dan minuman. Sahabat tadi tu sudah lapar sangat. Tuan rumah ni pun kesian, bagi la sahabat ini, bubur tanpa garam, gula, ramuan dan sebagainya. Sahabat tadi terus makan bubur itu sehingga kekenyangan. Tuan rumah ni pun membawa la makanan yang lazat lagi sedap la dari bubur tu.. Sahabat itu kata, saya sudah kenyang dan tidak mahu makan makanan itu.

Dari cerita tadi, sahabat itu insaf dan mempratikkan diri die itu supaya bersederhana. Makan jika perlu sahaja.
Jangan la memilih makanan tu, sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah..

Lepas aku baca ayat ni, aku teringat semalam makan besar di restoran siam kat Bota ni. Makanan banyak, dan makan sampai kenyang sangat sampai nak jalan pun slow2 sebab nak bawak perut yang sudah disumpat dengan makanan tadi. Balik-balik2, solat isyak, tengok tv kejap, dalam satu jam lepas tu kepala dan ngantuk. Terus tidur sampai ke pagi.. Masyallah.. agaknye itu la penangan kalau makan berlebihan had. Bile da kenyang ngantuk pastu tidur. Badan pun apalagi, naik la lemak-lemak kat badan.. Kan da malu sebab badan da besar..


Peringatan tu semua, lepas ni kene lah BERSEDERHANA... :)))

0 comments:

Post a Comment