Friday, December 10, 2010

WIKILEAKS

Pendedahan rahsia paling kontroversi


Wikileaks adalah laman web yang mengodam maklumat sulit Amerika Syarikat yang kini serius dan masih dalaman pantauan yang agresif dari pihak kementerian pertahanan Amerika Syarikat. Organisasi yang memaparkan dokumen sulit daripada sumber yang tidak diketahui dan maklumat Internet yang dibocorkan itu sudah mula menapak di dalam talian sejak tahun 2006.

Pertubuhan itu mendakwa diasaskan oleh para penentang politik dari China, wartawan, ahli matematik dan pakar teknologi syarikat baru dari Amerika Syarikat, Taiwan, Eropah, Australia dan Afrika Selatan.

Aktivis Internet, Julian Paul Assange, 39, yang bertindak sebagai pengasas dan ketua pengarang WikiLeaks dipercayai mula mengendalikan laman web itu dari rumahnya berdekatan dengan Universiti Melbourne, Australia.

PERJUANGAN kebebasan media Assange tetap diteruskan biarpun dia sudah ditahan atas dakwaan jenayah seksual.

Ternyata WikiLeaks mempunyai agenda. Ia sengaja mahu menyuluh wajah sebenar Amerika Syarikat (AS) melalui pendedahan dokumen-dokumen berkaitan tahap pengintipan Amerika ke atas sekutunya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, WikiLeaks turut membuka pekung AS dengan mengetengahkan insiden pembunuhan penduduk dan wartawan Iraq oleh tentera AS. Negara yang digelar ‘Polis Dunia’ itu kini malu apabila masyarakat antarabangsa sudah mengetahui berhubung penafian ketiadaan laporan rasmi kematian orang awam.

Itu termasuk rekod yang menunjukkan bahawa 66,081 daripada 109,000 kematian di Iraq bukanlah disebabkan pertempuran.

Akhbar The Guardian yang menyiarkan kandungan WikiLeaks juga mendedahkan bahawa banyak laporan penderaan tahanan disokong bukti perubatan. Ia menggambarkan kes tahanan yang dirantai, ditutup mata, diikat pergelangan tangan atau kaki dan digantung malah dirotan, ditumbuk, ditendang atau dikenakan kejutan elektrik.

“Kerajaan AS dan beberapa pemimpin dunia lain menyifatkan pendedahan WikiLeaks tidak bertanggungjawab dan boleh membahayakan keselamatan negara masing-masing.

“Pentadbiran Presiden Barack Obama sedang mencari ruang untuk mengenakan tindakan undang-undang mengenai pembocoran maklumat WikiLeaks,” ujar Peguam Negara AS, Eric Holder yang cuba menutup kudis majikannya.

ANTARA laman web WikiLeaks yang telah ditutup akibat digodam pasukan keselamatan upahan Amerika Syarikat.

Isu Malaysia

Satu lagi tarikan dari aspek pembaca Malaysia adalah penglibatan nama negara ini dalam kandungan dokumen-dokumen berprofil tinggi itu.

“Malaysia juga terkena tempias berikutan isu AS pada Februari 2009 melalui pejabat kedutaannya di Beijing meminta China menyekat sebuah firma negara itu daripada menjual giroskop panduan peluru berpandu kepada Electronics Components Ltd. yang berpangkalan di Malaysia.

“Ia menggambarkan seolah-olah kerajaan Malaysia tidak melakukan apa-apa sedangkan kerajaan kita mengetahui hal itu,” katanya merujuk kepada isu Malaysia yang turut dipetik dalam WikiLeaks.

Beberapa hari lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia melaporkan mempunyai maklumat mengenai dua firma Malaysia yang terlibat dengan rangkaian yang dikawal oleh Iran untuk membeli teknologi peluru berpandu dari China. Hal itu, bagaimanapun, tidak boleh diumumkan sehingga mendapat pengesahan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kes itu masih baru dan KDN akan mengambil pendekatan terbaik kerana ia melibatkan keselamatan dalam negara. Antara usaha yang dijalankan adalah dengan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi perisikan luar negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan KDN.

MELALUI pelbagai saluran media, orang ramai semakin tertarik untuk mengetahui isi kandungan fail rahsia yang belum didedahkan WikiLeaks.

Jelas Azmi, pendedahan isu-isu seumpama itu boleh memberikan gambaran yang tidak selamat sungguhpun banyak maklumat Amerika dibongkar melaluinya.

Walaupun pembaca melihat maklumat daripada WikiLeaks menelanjangkan tembelang AS yang bersifat talam dua muka, ia tetap mempunyai impak terhadap persepsi orang ramai seterusnya memberi kesan negatif kepada setiap negara yang dihubung kait.

Bilik rahsia WikiLeaks seperti filem James Bond

BEBERAPA orang bekerja di bilik bawah tanah WikiLeaks di Stockholm, Sweden.

STOCKHOLM, Sweden – Bilik bawah tanah yang menempatkan pelayan-pelayan komputer milik pengasas laman web Wikileaks, Julian Assange (gambar) umpama set filem James Bond, lapor sebuah akhbar semalam.

Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia.

Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit.

Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin.

Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams.

PINTU masuk ke bilik bawah tanah laman WikiLeaks di Stockholm, Sweden.

Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm.

Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal.

Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air tejun buatan.

Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan.

Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara.

Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa.

Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam.

Assange kini ditahan di Britain selepas polis menangkapnya dengan menggunakan waran tangkap polis Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita

0 comments:

Post a Comment