Monday, December 27, 2010

Novel Bulan Januari

Ni la buku novel yang perlu dibaca.. tp xstart pun lg..hehe..buku ini menanti aku untuk membaca ye..uhuhu
da abis baca satu persatu, akan aku ceritakan di dalam blog ini..hehehe...


Wasilah Cinta Weera - Sipnosis yang boleh aku terjemahkan, cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama aweera yang berjaya dalam kerjaya yang menjawat jawatan sebagai creative director di sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Kehidupan waktu kecilnya berbeza dengan kehidupan manusia biasa. Aweera melarikan diri dari rumah kerana aweera sering dipukul oleh ayahnya. Aweera lari ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan seorang lelaki iaitu Rayyan. Rayyan telah menyelamatkan kan Aweera dan mendidiknya menjadi seorang yang  berakhlak mulia yang berteraskan agama Islam. Ramai orang salah faham dengan kedudukan mereka yang dikatakan gay. Sebenarnya tidak, mereka menyayangi antara satu sama lain hanya kerana Allah SWT.
    Hidupnya yang selalu diselubungi dengan nasib yang malang. Suatu hari, aweera telah ditemukan oleh seorang wanita iaitu bekas tunang kawan serumahnya Firdaus. Sebenarnya, firdaus telah melarikan kekasih aweera dan berkahwin dengannya seminggu sebelum majlis perkahwinannya berlangsung. Wanita tu mencari Firdaus sampai ke rumah aweera dan disaat itu, berlakulah bibik pertemuan antara mereka berdua. Aweera bersimpati dengan wanita tersebut. Lantas, aweera terus berkahwin wanita itu tanpa kenal asal usul wanita itu atas dasar untuk menyelamatkan maruah keluarga itu.
   Cerita ini, ada usul-usul keagamaan dan membuat kita terfikir, cinta bukan sekadar lelaki dan perempuan bahkan semua orang. Cinta yang agung adalah cinta Allah SWT.



0 comments:

Post a Comment